Jumaat, 28 Februari 2014

Lumpuh sebab Makan Bawang Putih bersama Bawang Merah?

Ermm..saja buat entri ni sebab terkenangkan mak kat kampung..Balik hari tu rasa  macam tak puas bersembang dengan mak..dalam dok bercerita tengok mak sibuk asingkan..bawang putih dengan bawang merah dalam bekas berasingan..tanya mak sebab apa asingkan? Dulu mak letak sekali jer  dalam satu bekas..Mak cakap dalam Tanyalah Ustaz hari tu cerita..tentang makanan yang tak boleh campur bila makan di antaranya adalah bawang putih dan bawang merah..kalau nak makan kena asing-asing..sebab nak info lebih detail aku pun Google serata blog...cari pasal ni...rupanya seseorang tu boleh Lumpuh sebab Makan Bawang Putih bersama Bawang Merah. Gerun pulak bila baca pasal fakta ni..sebab tak pernah tahu pasal info ni..



Rupanya ni..AMALAN PEMAKANAN SUNNAH iaitu Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi S.A.W. Mungkin dari sudut kimia...ada sebatian di dalam bawang putih dan bawang merah yang akan bertindakbalas jika dimasak atau dimakan serentak dan menghasilkan bahan yang boleh menyebabkan seseorang tu lumpuh. Jadi mulai sekarang aku pun kalau nak masak aku lebihkan masak menggunakan bawang putih sebab bawang putih mengandungi khasiat yang sangat tinggi. Di sini diberikan 15 khasiat bawang putih yang patut anda tahu!



Tablet GARLIC SHAKLEE

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas.

Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual mengandungi Allicin aktif). Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000 mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Berminat untuk merasai sendiri kebaikan GARLIC SHAKLEE ?? Boleh sms 013-2995854 untuk pertanyaan/pesanan.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms/whatssup 013-2995854

Isnin, 17 Februari 2014

Cara Atasi Bayi Meragam?

Seronok tengok bayi yang baru lahir..comel..sejuk mata memandang.Waktu-waktu macam ni..bayi memang lebih banyak tidur dari berjaga..Tapi apabila usia menginjak...bayi mula meragam..Di sini dikongsikan tips yang Cara Atasi Bayi Meragam saya ambil dari Majalah Pa ma..

Comelkan?Wajah cucu sulung Rosyam Nor yang baru lahir, Hanan Adraa dari MH Online.

Sebenarnya, semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan.
Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini. Anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.
Sapukan bedak yang biasa dipakai oleh ibunya atau selimutkan dengan kain ibunya. Dengan cara ini, bayi tersebut akan berasa yang ibunya sentiasa berada di sisi dan mungkin tidak meragam lagi. 

sumber:http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/bayi-mula-meragam-1.251837
Free Auto Malaysia Backlinks