Khamis, 27 September 2012

Wanita yang Sihat..Hidup Lebih Positif



BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.
Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.
"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.

"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada," ujarnya

Selain itu, golongan ini risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.

Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?
Dr. Asmah menasihatkan agar wanita memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan.

"Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut," ujarnya.
Mengulas keperluan suplemen dalam kehidupan wanita hari ini, Dr. Asmah memberitahu, ia mungkin membantu memelihara kesihatan dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan.

Menurut beliau, kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman.

Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.
"Manjakani pula mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan faraj. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan.
"Kacip Fatimah pula dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin," katanya yang juga Penasihat Kesihatan Beaurose keluaran ZZ Beauty Line.

"Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes). Saya sarankan kepada wanita supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan sama ada dalaman atau luaran untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan di tahap yang paling memuaskan," ujarnya.

Dipetik dari :utusan.com.my

======================================================

kalau ikutkan Dalam vitamin Shaklee pun ada Rose Hips, ikut artikel di atas ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Jadi sebab tula vitamin C menjadi antara produk terlaris. Kalau makan boleh perasan kulit akan jadi cerah dan bertukar jadi kemerah-merahan. Raut muka nampak jadi lebih awet muda dari usia sebenar dan kulit pun tak jadi kusam.




Selain tu, Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
__________________________________________________________
Dan ini dia Vitamin C kegemaran dan pilihan saya..
Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

Kandungan Vitamin C yang tinggi.
Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

sumber:Shaklee Malaysia
------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan vitamin C Shaklee..
boleh sms fae zain 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks