Memaparkan catatan dengan label Vitamin penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin penyusuan. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mac 2013

Tips Banyakkan Susu Badan dengan Set Penyusuan 3M

Hari ni saya nak berkongsi tips banyakkan susu badan dengan Set Penyusuan 3M. Tapi bukan makan sembarangan macam tu saja. Ada langkah-langkah yang anda perlu ikuti selepas menggunakan set 3M ni. Set ni bukan "magic" yang bila makan automatik susu melimpah mencurah-curah macam air paip. Selain suplemen, ibu-ibu juga perlu ingat bila dah berusaha, jangan lupa pada-Nya yang mengurniakan rezeki pada kita. Amalan dan doa di bawah ini sangat bagus diamalkan bersama set penyusuan yang dibeli.

Berat bayi bertambah dengan sihat melalui penyusuan ibu.


1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.


2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.


3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.



Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.


1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.


2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.


3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.


4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
Ayat 72-73 Surah Yasin


5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu ini.


Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini yang bermaksud
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)


♥ RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH!!! ♥

Set ini lengkap dengan 6 vitamin yang sangat membantu ibu-ibu yang menyusu serta menambahkan susu badan.


Set Penyusuan 3M ini membantu ibu-ibu menyusu:

[✔] Sentiasa BERTENAGA Sepanjang Hari
[✔] Merangsang pengeluaran Susu
[✔] Meningkatkan Kualiti Susu
[✔] Mengurangkan sakit pinggang dan lenguh badan
[✔] Mengembalikan KEINTIMAN hubungan suami isteri
[✔] Membantu ibu menyusu KEKAL CERIA tanpa stress
[✔] Dan banyak lagi!!!

Antara fungsi vitamin-vitamin ini:

[1] VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kurang imun & mudah mengalami masalah penyusuan seperti clogged duct, masisitis, thrush dll. 

[2] Vita-C : meningkatkan imun tubuh ibu. Vita-C juga membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

[3] B-Complex : menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang boleh mengganggu penghasilan susu. B-Complex juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

[4] Alfalfa : penggalak susu ibu, membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga bagus untuk merawat keputihan dan bertindak sebagai 'perapat'!

[5] Ostematrix : menggantikan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, mengurangkan risiko osteoporosis, reput gigi serta merawat masalah sakit uraf saraf serta kejang otot kaki dan tangan

[6] ESP : protein soya yg membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu. Membantu mencantikkan dan menganjalkan kulit serta payudara.


Testimoni Set Penyusuan 3M

Stok EBM bertambah selepas menggunakan set 3M  bersama "pumping" yang betul serta konsisten dan doa yang berterusan.


Inginkan  BREASTFEEDING SET? Hubungi :
Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor ID:887424| sms/call: 013-2995854

Khamis, 11 Oktober 2012

Power of Protein for Long Lasting Energy

Kalau tengok title tu...banyak maksud tersirat..dalam tenaga berpanjangan tu..Sebelum ni masa baru-baru register dengan Shaklee saya sendiri pun hairan apasal diaorang asyik sebut-sebut ESP..best sangat ke?Akhirnya setelah "membodek" encik suami berjaya juga saya beli ESP ni..Saya beli sebab susu saya makin merudum sejak anak ke-2 saya berumur 10 bulan. Saya tengok dia macam tak kenyang2 lepas minum susu. Lagi satu sebab orang cakap ESP ni boleh cantikkan kulit, gebukan wajah dan anjalkan "aset" sekali. Tu yang berkobar-kobar nak try tapi tak pernah terfikir yang ESP ni turut bekalkan tenaga sekali, memang bila umur dah mula bertambah dan anak2 makin lasak(dua2 plak hero)rasa lesu je..dengan kain berlambak tak berlipat, kerja rumah yang tak siap2 memang mood pun jadi tak elok je memanjang. Tapi lepas minum ESP dalam seminggu dah mula ada kesan yang baik pada tenaga saya. Walaupun sibuk nak "update" status kat fanpage, nak berblog dan segala macam..takde plak rasa penat. Alhamdulillah dapat kesan positif "after" ambil ESP.  Kulit pada bahagian tangan yang paling ketara berubah, sebelum ni nampak macam tangan "makcik-makcik" je..Tapi after minum ESP tengok kulit tangan jadi tegang, halus dan cerah. Parut-parut yang ada dekat tangan mula nampak pudar.susu pun rasa makin pekat jadi baby pun cepat kenyang, ni baru seminggu saya ambil ESP..dalam sebulan pasti banyak lagi perubahan lain lagi yang akan nampak, Insya_Allah.

Inilah hero-hero saya..Lasak 24 jam..Time berhenti masa tidur je..


Jom kita tengok secara ringkas ESP ni..

Kelebihan Shaklee ESP:




• membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
• Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
• menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
• Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
• setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
• kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
• indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
• Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
• tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
• Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
• Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

• Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa "energetic"dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
• Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
• Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
• Breasfeeding: membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu
• Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (sejuk atau air suam2 kuku) ataupun bancuh bersama milo, susu atau jus atau ape2 air favourite anda cuma jgn bancuh dgn air yang terlalu panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi..


Kalau anda sendiri nak rasai apa yang saya rasa..anda boleh
sms ke 013-2995854 untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor

Selasa, 9 Oktober 2012

Vitamin Penyusuan


Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

PENTING...bayi perlu dapat susu ibu selama enam bulan.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat



ESP - rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.


Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.

B-Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.



Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
013-2995854|fae_mz@yahoo.com
Free Auto Malaysia Backlinks