Memaparkan catatan dengan label Atasi masalah kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Atasi masalah kulit. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Masalah Jerawat akibat Hormon dan Masalah Kesuburan

Jerawat yang sering muncul di wajah disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya adalah akibat ketidakstabilan hormon di dalam badan yang turut mengundang masalah kesuburan atau sukar hamil. Walaubagaimanapun masalah jerawat akibat hormon dan masalah kesuburan dapat diatasi serentak dengan pengambilan suplemen yang bersesuaian.

Masalah hormon di antara penyebab jerawat.

Masalah PCOS dan Hormon Testosteron
  • PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) biasanya dikenali juga dengan nama Stein Leventheal sindrom, adalah masalah hormonal pada wanita yang boleh menyebabkan beberapa gejala penyakit.
  • Kandungan hormon LH (Luteinizing Hormone) adalah tinggi sedikit di dalam darah penderita PCOS berbanding daripada FSH (Follicle Stimulating Hormone). Kedua hormon ini seharusnya sesuai dan seimbang jumlahnya untuk memperbesarkan folikel sel telur. Namun kerana kandungan LH lebih tinggi dalam darah ini menyebabkan insulin dalam tubuh juga tinggi dan mempengaruhi perkembangan folikel sel telur. Ovarium menebal dan menyebabkan sel telur terperangkap tidak boleh keluar ke tiub fallopian untuk dibuahi sehingga tidak terjadi infertilitasi ataupun menstruasi. LH tinggi juga menyebabkan tingginya hormon testosteron. Hormon testosteron berlebihan pada wanita mengakibatkan tumbuhnya jerawat dan masalah tumbuhnya rambut.

Selain itu, penderita PCOS mempunyai resiko untuk mendapatkan penyakit :

  • Type 2 Diabetes
  • Jantung
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolestrol
  • Kanser Endometrium
Rahsia hamil dan hilang jerawat dengan set kesuburan

Sesuai juga digunakan untuk masalah jerawat akibat hormon.

Bagi puan Fieza yang mengambil set kesuburan untuk kehamilan hasilnya amat berbaloi kerana selain hamil, kulitnya juga bebas daripada masalah jerawat


TESTIMONI PUAN FIEZA:

"Sblm ni fieza nk kuar/keje, make-up mmg kena tebal2 sb nk tutop jerawat expecially kt dagu...mmg hormon fieza sblm ni x ok, jerawat selalu turun naik. Mmg malu la tgk muka sendiri. rasa x confident berhadapan dgn org lebih2 dgn suami pun fieza segan.."

"Selepas hampir 5-6 bulan mencuba Shaklee dgn konsisten suami tegur jerawat dh x naik lg la kt dagu. Muka semakin bersih. Terasa gembira dgn pujian itu ."

"Alhamdulillah slps hormon semakin baik, fieza pun hamil dgn Set Kesuburan Shaklee disamping kulit semakin bersih terhindar dr jerawat dgn Set Kecantikan Shaklee..."

"Actually set ni dh jadi mcm 3 in 1...Cantik Subur & Hamil...
Shaklee mmg terbukti bole merawat hormon n kembalikan wajah kite menjadi lebih bersih n terhindar dr virus jerawat. Preggy mom pun bole nmpak lg berseri nt ..."

Berminat mendapatkan Set Kesuburan ? Hubungi :

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms : 013-2995854

Sabtu, 13 Julai 2013

Masalah Kulit Ketika Hamil Hilang Selepas Bersalin

Ibu yang hamil mungkin rasa kehairanan melihat kulitnya yang berubah mendadak ketika mengandung. Ada bermacam-macam masalah kulit ketika hamil. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana masalah kulit ketika hamil akan hilang selepas bersalin. 

Pelbagai masalah kulit ketika hamil.


APAKAH MASALAH KULIT KETIKA HAMIL?

  • Topeng Kehamilan/ Chloasma
Terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi. Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

  • Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.


  • Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.


  • Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.


  • Spider Naevi/Spider Veins

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
  • Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.


  • Pruritic Urticarial Papules and Plagues (PUPP)


Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.

  • Obstetric Cholestasis 

Berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.








Fungsi ESP :
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Fungsi Vita-C
  • membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.




Sharing dari Puan Salmeza Salih


"..da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2..konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee..."


Klik untuk besarkan imej.


Berminat untuk pulihkan masalah kulit ketika hamil? Hubungi :-

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854


Ahad, 3 Mac 2013

Masalah kulit kusam boleh diatasi dengan KALSIUM?

Kulit kusam memerlukan penjagaan kulit yang menyeluruh. Ia bermaksud memberi perhatian kepada pembersihan harian dan pelembab, melakukan rutin senaman, mengambil cecair yang mencukupi serta pemakanan yang seimbang. Bukan Vitamin A, C dan vitamin B sahaja yang memberi pengaruh besar pada kulit, tetapi kalsium juga mempunyai peranannya yang tersendiri untuk kulit. Kekurangan kalsium juga rupanya boleh menyebabkan kulit kusam muncul. Jadi, masalah kulit kusam juga boleh diatasi dengan kalsium yang cukup pada tubuh. Info penuh anda boleh baca dibawah:

Kalsium juga boleh elak kulit kusam dan penuaan pra-matang.

Struktur kulit

Kulit anda terdiri daripada pelbagai lapisan dengan fungsi yang berbeza. Kalsium sangat penting pada lapisan atas kulit atau epidermis. Epidermis membentuk halangan yang sering dipanggil halangan lipid. Ia melindungi tubuh daripada jangkitan, kecederaan, dehidrasi dan tekanan luaran, seperti pencemaran. Sel-sel utama dalam epidermis, dipanggil keratinosit, terdiri daripada protein, enzim dan lipid. Kalsium membantu anda mengelakkan kulit kering dan kulit kusam dengan mengawal enzim-enzim penting dan lipid.


struktur asas kulit



Kalsium kawal kelembapan kulit


Lipid lemak tidak larut dalam air, jadi halangan lipid melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan dan membantu menjaga kulit anda supaya kekal dalam keadaan yang baik. Sebagai penghalang ia akan menyesuaikan kulit dengan perubahan dalam persekitaran, kalsium mengekalkan jumlah lipid yang betul pada pada kulit dengan merangsang pengeluaran mereka berdasarkan jumlah yang diperlukan. 
  • Satu contoh bagaimana kalsium berfungsi terhadap kulit ialah apabila kelembapan udara adalah rendah, ia memberitahu badan untuk meningkatkan jumlah lipid. Bila itu terjadi, Epidermis akan menebal dan menghalang lembapan daripada meninggalkan kulit anda. Kekurangan kalsium boleh mengganggu pengekalan halangan lipid, yang membawa kepada kulit kering dan berisiko ke arah penuaan pra-matang, psoriasis atau dermatitis. Kalsium yang rendah pada kulit juga mungkin meningkatkan risiko kanser kulit.

Kalsium kawal pembaharuan sel

Epidermis mesti sentiasa bertindak balas kepada perubahan dalam persekitaran dan pembaharuan sel. Kalsium adalah sebahagian daripada  yang mengawal proses pertumbuhan semula daripada keratinosit dengan memberitahu badan sama ada ia perlu untuk meningkatkan atau mengurangkan sel-sel dan bila sel perlu dihasilkan. Kulit kekal sihat melalui pembaharuan sel berterusan. Kekurangan kalsium mengganggu pengelupasan normal pada kulit, meninggalkan lebih banyak lapisan sel-sel mati dan menyumbang kepada kulit kusam.



Kalsium kawal antioksidan

Katalase merupakan antioksidan yang penting pada seluruh tubuh anda dan  merupakan antioksidan yang utama dalam kulit. Dengan mendapatkan lebih banyak antioksidan dalam diet anda, akan menyokong keupayaan kulit anda untuk melawan kesan kerosakan cahaya matahari dan lain-lain pencemaran alam sekitar. Banyak sumber menyatakan bahawa kalsium mengawal catalase tetapi, bagaimana ia berfungsi belum dapat diperincikan sepenuhnya. Kalsium sememangnya mempunyai peranan dalam fungsi antioksidan, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan peranan yang setepatnya pada kulit.



Berdasarkan fakta-fakta di atas sememangnya bagus jika anda memastikan tubuh anda mendapat kalsium yang secukupnya supaya kulit kekal sihat dan tidak kusam. Tak rugi sekiranya anda menjadikan suplemen tambahan seperti kalsium didalam diet seharian anda.


(sumber : http://www.livestrong.com/article/553429-dull-skin-and-calcium-deficiency/)

OSTEMATRIX terbaik untuk sumber kalsium anda dan mudah diserap oleh badan tanpa kesan sampingan. 1 biji Ostematrix menyamai segelas susu berkalsium tinggi. Ia mempunyai sijil kelulusan daripada KKM dan sijil sah halal dari Jakim. Jika anda ingin info lanjut boleh sms ke 013-2995854


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat mendapatkan Ostematrix? Sila hubungi :
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/call 013-2995854

Rabu, 16 Januari 2013

Cantik bukan cerita dongeng...Atasilah masalah kulit anda

Dalam banyak-banyak cerita dongeng, di antara yang paling saya suka adalah cerita anak itik yang berubah jadi cantik bila jadi angsa. Masa kecil, baru menetas dari telur semua anggap dia tak cantik, tapi peredaran masa telah merubah dia jadi cantik dan cantik tu terus kekal. Apa kena mengena suplemen dan cerita dongeng ni? Hehe..cuma nak cerita yang ramai anggap cantik tu umpama cerita dongeng yang cuma boleh diangan-angankan. Tapi sebenarnya kecantikan ni semua orang boleh milikinya, yang paling penting adalah penjagaan dari dalaman yang menyerlah sehingga keluar. kalau bersolek(cantik di luar) cuma bertahan beberapa jam je, bila make up dah cair mulalah terserlah "eye bag"nya, jerawat, parut, "panda eye",jeragat dan kulit yang kusam dan tak sekata. Ni namanya cantik "Cinderella".Tak tahan lama, pukul 12 tengah malam, "blinkk!"..hilang cantik dia.sebab make-up dah dicuci sebab nak tidur. Ramai lelaki lebih suka isteri atau kekasihnya cantik asli daripada cantik plastik. Tak cantik juga kalau tebal sangat letak "foundation"..tak natural..Kalau anda baca sampai habis anda akan tahu..cantik bukan cerita dongeng, yang penting atasilah masalah kulit anda. 


"The Ugly Duckling" cerita dongeng kanak-kanak yang saya suka baca "time" sekolah dulu.




Harap cantik kita kekal dan tak hilang bila jam 12 malam  macam "Cinderella" sebab make-up dah cuci sebab nak tidur.

Kalau penjagaan bermula seawal remaja, Insya_Allah, kulit akan ketara lebih sihat tanpa  cela pigmentasi. Tapi bagi yang belum sempat menjaga kulit tu, elok kalau anda memulakannya dari sekarang. Di antara vitamin untuk kulit yang penting adalah Vitamin C  (membekalkan kolagen untuk membaiki tisu yang rosak dan mengukuhkan sel kulit) dan Vitamin E (membebaskan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit seperti jeragat dan juga membantu menghilangkan parut). Protein (ESP) pula adalah bahan yang membantu mencantikkan kulit lagi sebab tisu-tisu kulit, rambut, kuku adalah terbina dari protein. Protein juga menggebukan, menganjalkan dan mencerahkan kulit.

Testimoni dari sorang customer yang nampak lebih cantik dan awet muda dari zaman mudanya...Masa umur 21 tahun nampak kulit dia kusam dan sedikit gelap dan tak "glowing". Selepas amalkan Vit E, Vit C dan ESP, dah macam cerita dongeng jadi lagi cantik, "confident" dan anggun. Kulit dia jadi cerah 2 tona. Badan pun lebih "slim". Kalau tak caya boleh tengok gambar kat bawah.


Memang kagum sebab dia konsisten dalam mengambil suplemen dan selepas 5 bulan hasilnya memang terbaik. Tapi bagi yang rasa cantik tu masih dalam angan-angan boleh "try" suplemen-suplemen Shaklee ni. Harap anda pun akan dapat hasil yang diidam-idamkan macam customer ni.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Free Auto Malaysia Backlinks