Memaparkan catatan dengan label Tips untuk masalah sukar hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips untuk masalah sukar hamil. Papar semua catatan

Rabu, 23 April 2014

Sukar Hamil sebab Senggugut ??

Aduh!!...sesiapa yang ada pengalaman berhadapan dengan senggugut pasti tak lupa penangan menahan sakit tiap kali datang bulan. Waktu ni..akan guna alternatif apa saja untuk redakan kesakitannya. "Pain killer" walaupun ada kesan sampingan, terpaksa ditelan setiap bulan untuk redakan kesakitan. Rasa senak memulas-mulas dan dicucuk-cucuk di bahagian peranakan tak dapat dihuraikan sepenuhnya. Hanya yang mengalami yang lebih mengetahui. Betulkah ada wanita sukar hamil sebab senggugut? Mungkin post saya ini boleh merungkai sedikit sebanyak salah faham tentang senggugut ini.

Memang waktu-waktu ni semua serba tak kena.


Senggugut Primer

Senggugut primer sebenarnya tidak menjejaskan peluang wanita untuk hamil. Ia biasanya terjadi sejak wanita mengalami haid yang pertama. Amat sukar untuk mengetahui punca terjadinya senggugut primer walaupun doktor pakar telah melakukan laparoskopi terhadap pesakit. Ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh saluran darah dan urat-urat membengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim setiap kali wanita didatangi haid. 

Senggugut mungkin perkara biasa bagi sesetengah wanita. Tetapi, sekiranya ia mengganggu aktiviti harian anda, ada baiknya anda berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Senggugut primer biasanya akan berkurang apabila wanita mencecah usia 20-an dan akan beransur hilang apabila berkahwin dan bersalin. Jadi, kepada wanita bujang yang selalu senggugut, anda dinasihatkan untuk cepat-cepat kahwin.

Senggugut Sekunder

Senggugut sekunder terjadi kerana pelbagai punca. Punca utama ialah kerana masalah endometriosis. Endometriosis tumbuh dan mengembang bergantung kepada hormon estrogen yang keluar ketika haid. Oleh itu, peratusan untuk endometriosis semakin membesar dan merebak adalah sangat tinggi. Kebiasaannya senggugut jenis ini akan semakin serius. Senggugut jenis ini juga mengganggu tahap kesuburan wanita.

Penggunaan ubat tahan sakit sakit seperti ponstan adalah biasa di kalangan wanita yang seringkali berdepan masalah senggugut. Namun pengambilan secara kerap akan memberi kesan buruk kepada usus anda. kebiasaannya ubatan ini akan menyebabkan masalah gastrik dan ulser perut yang teruk.

Walau apa pun berjumpalah dengan doktor sakit puan anda untuk memastikan senggugut jenis mana yang dihidapi. Jangan pandang remeh akan masalah ini kerana masalah dalaman wanita boleh berkait  rapat  juga dengan masalah penyakit lain.

Alternatif buat yang alami masalah senggugut

Selain berjumpa doktor anda juga boleh amalkan suplemen semulajadi seperti GLA dan Ostematrix

GLA Complex Shaklee



GLA Complex ialah campuran ekstrak bungaan borage, minyak bunga matahari, Omega 6 dan juga Vitamin E sangat sesuai digunakan bagi melegakan masalah senggugut. Ia berfungsi sebagai EPO namun kandungan GLA lebih tinggi di dalam GLA Complex berbanding EPO menjadikan ia kuasa pemulihan lebih tinggi.

Kesakitan akibat senggugut disebabkan oleh kekejangan otot dan juga pembengkakan saluran darah di sekitar rahim. Ia dipercayai akibat badan kekurangan GLA (gamma linolenic Acid). Wanita yang sedang menderita senggugut gagal menukarkan asid lemak penting kepada GLA. Oleh itu, pengambilan GLA Complex sangat-sangat membantu untuk keredaan segera.

(Harga Runcit  GLA [60 biji] : RM91.25)


Ostematrix Shaklee 



Selain GLA Complex, ostematrix juga mampu melegakan masalah senggugut teruk. Ia merupakan sumber kalsium yang mampu melegakan ketegangan saraf perut yang cramp akibat sakit senggugut. Pengambilan secara konsisten akan membantu mengurangkan masalah senggugut yang anda hadapi.

Sekiranya anda seringkali berhadapan masalah sengugut setiap kali haid,mari atasinya dengan tablet GLA Complex dan juga Ostematrix. 
1 tablet Ostematrix = 80 biji badam = 1 gelas susu berkalsium tinggi

(Harga Runcit  Ostematrix [120 biji] : RM61.00)


Kalau anda berminat boleh sms/whatsapp 013-2995854..free consultation untuk semua customer akan diberi.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854


Isnin, 24 Disember 2012

Masalah Sukar Hamil? Cuba Amalkan Petua ini..

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat. Lebih-lebih lagi bila semua rakan seangkatan yang berkahwin dalam tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila rakan-rakan lain dah punyai 2 ke 3 cahayamata..tetapi kita masih berdua. Tambah-tambah lagi bila usia perkahwinan juga dah menginjak ke 3-10 tahun. Ada banyak sebab masalah sukar hamil ini terjadi. Cuba amalkan petua di bawah ini:-

Anak penyeri di dalam sesebuah rumahtangga.

1) Penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

Endometriosis di antara punca sukar hamil dikalangan wanita.

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

2) Penyebab biologi di kalangan lelaki:



Banyak penyebab masalah kemandulan dikalangan lelaki.


  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya.

3) Penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)



  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

  • Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

  • Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

  • Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Set kesuburan Shaklee
  • Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
  • B-Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
  • Vita-C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  • Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  • Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
  • Zinc Complex - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  • Alfalfa Complex – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semuakah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

  • Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+B-complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

  • Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+B-complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+B-complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa


Berminat untuk mendapatkan set di atas boleh call/sms:

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor (887424)
sms/call : 013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks