Ahad, 7 April 2013

Cara mengelakkan SELSEMA dan DEMAM yang berulang dan berpanjangan

Rasanya ramai yang ada masalah kerap selsema dan demam yang sering berulang serta mengambil masa untuk pulih. Sesetengah keluarga tak boleh langsung terputus stok  PANADOL atau UBAT SELSEMA. Setiap bulan pasti ada ahli keluarga yang demam atau selsema. Tak kira samada ibu, ayah, anak, nenek atau datuk pasti ada yang tak sihat dalam keluarga tu. Sebenarnya ada cara mengelakkan selsema dan demam yang berulang dan berpanjangan tanpa perlu bergantung 100% peratus kepada ubat-ubatan yang berasaskan kimia sintetik.


Ramai yang mudah terkena selsema dan demam yang berulang.


Sebab apa kita mudah terkena selsema dan demam?

Sebenarnya daya sistem imun tubuh  yang lemah menyebabkan badan kita mudah terkena selsema dan demam. Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:


• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.
Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.

Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.



Beberapa hal sederhana yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tubuh anda, antara lainnya seperti berikut:

1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sukar diatasi kerana kuman telah kebal.
2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.
3. Hindari alkohol, rokok dan dadah.
4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)
5. Mengamalkan air kosong 2-3 liter setiap hari.
6. Amalkan makanan yang baik dan seimbang.
7. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.
8. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.
9. Senaman yang teratur.
10. Mengendalikan emosi dan stress secara positif.
11. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.

DAN ANDA JUGA BOLEH AMALKAN...

NUTRIFERON - MAKANAN TAMBAHAN YANG MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH AGAR SELSEMA DAN DEMAM TIDAK BERULANG

Mengandungi zat menyeluruh vitamin A,C, dan E

Nutriferon adalah suplemen yang bertindak secara semulajadi ke atas tubuh. Berbanding ubat-ubatan sintetik, Nutriferon tidak meninggalkan kesan sampingan ke atas tubuh. Badan mudah menyerap zat semulajadi yang terkandung di dalam Nutriferon.

Dirumus dari bahan semulajadi

Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Dicipta oleh ahli Immunologi terkenal di dunia

"Hanya jauhari yang mengenal manikam" pepatah itu juga bertepatan dengan individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan penghasilan Nutriferon melalui penemuan kajiannya tentang Interferon. Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui Interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan Interferon secara semulajadi di dalam badan.*





Tingkatkan Interferon semulajadi

Interferon telah dikenalpasti oleh saintis dan komuniti perubatan di sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya makanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*





Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia

Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.



Rumusan Berpaten Yang Eksklusif

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.



Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :


Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.



Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?

  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, A,C dan E boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada mempunyai alergi dan eczema.
Ingin mendapatkan Nutriferon? Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa!. Sempena promosi bulan April 2013. Setiap 6 pembelian akan dapat 1 PERCUMA pek Nutriferon. Dapatkan sementara stok masih ada!.

Faizah zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call: 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks