Memaparkan catatan dengan label Info sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info sihat. Papar semua catatan

Rabu, 23 April 2014

Sukar Hamil sebab Senggugut ??

Aduh!!...sesiapa yang ada pengalaman berhadapan dengan senggugut pasti tak lupa penangan menahan sakit tiap kali datang bulan. Waktu ni..akan guna alternatif apa saja untuk redakan kesakitannya. "Pain killer" walaupun ada kesan sampingan, terpaksa ditelan setiap bulan untuk redakan kesakitan. Rasa senak memulas-mulas dan dicucuk-cucuk di bahagian peranakan tak dapat dihuraikan sepenuhnya. Hanya yang mengalami yang lebih mengetahui. Betulkah ada wanita sukar hamil sebab senggugut? Mungkin post saya ini boleh merungkai sedikit sebanyak salah faham tentang senggugut ini.

Memang waktu-waktu ni semua serba tak kena.


Senggugut Primer

Senggugut primer sebenarnya tidak menjejaskan peluang wanita untuk hamil. Ia biasanya terjadi sejak wanita mengalami haid yang pertama. Amat sukar untuk mengetahui punca terjadinya senggugut primer walaupun doktor pakar telah melakukan laparoskopi terhadap pesakit. Ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh saluran darah dan urat-urat membengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim setiap kali wanita didatangi haid. 

Senggugut mungkin perkara biasa bagi sesetengah wanita. Tetapi, sekiranya ia mengganggu aktiviti harian anda, ada baiknya anda berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Senggugut primer biasanya akan berkurang apabila wanita mencecah usia 20-an dan akan beransur hilang apabila berkahwin dan bersalin. Jadi, kepada wanita bujang yang selalu senggugut, anda dinasihatkan untuk cepat-cepat kahwin.

Senggugut Sekunder

Senggugut sekunder terjadi kerana pelbagai punca. Punca utama ialah kerana masalah endometriosis. Endometriosis tumbuh dan mengembang bergantung kepada hormon estrogen yang keluar ketika haid. Oleh itu, peratusan untuk endometriosis semakin membesar dan merebak adalah sangat tinggi. Kebiasaannya senggugut jenis ini akan semakin serius. Senggugut jenis ini juga mengganggu tahap kesuburan wanita.

Penggunaan ubat tahan sakit sakit seperti ponstan adalah biasa di kalangan wanita yang seringkali berdepan masalah senggugut. Namun pengambilan secara kerap akan memberi kesan buruk kepada usus anda. kebiasaannya ubatan ini akan menyebabkan masalah gastrik dan ulser perut yang teruk.

Walau apa pun berjumpalah dengan doktor sakit puan anda untuk memastikan senggugut jenis mana yang dihidapi. Jangan pandang remeh akan masalah ini kerana masalah dalaman wanita boleh berkait  rapat  juga dengan masalah penyakit lain.

Alternatif buat yang alami masalah senggugut

Selain berjumpa doktor anda juga boleh amalkan suplemen semulajadi seperti GLA dan Ostematrix

GLA Complex Shaklee



GLA Complex ialah campuran ekstrak bungaan borage, minyak bunga matahari, Omega 6 dan juga Vitamin E sangat sesuai digunakan bagi melegakan masalah senggugut. Ia berfungsi sebagai EPO namun kandungan GLA lebih tinggi di dalam GLA Complex berbanding EPO menjadikan ia kuasa pemulihan lebih tinggi.

Kesakitan akibat senggugut disebabkan oleh kekejangan otot dan juga pembengkakan saluran darah di sekitar rahim. Ia dipercayai akibat badan kekurangan GLA (gamma linolenic Acid). Wanita yang sedang menderita senggugut gagal menukarkan asid lemak penting kepada GLA. Oleh itu, pengambilan GLA Complex sangat-sangat membantu untuk keredaan segera.

(Harga Runcit  GLA [60 biji] : RM91.25)


Ostematrix Shaklee 



Selain GLA Complex, ostematrix juga mampu melegakan masalah senggugut teruk. Ia merupakan sumber kalsium yang mampu melegakan ketegangan saraf perut yang cramp akibat sakit senggugut. Pengambilan secara konsisten akan membantu mengurangkan masalah senggugut yang anda hadapi.

Sekiranya anda seringkali berhadapan masalah sengugut setiap kali haid,mari atasinya dengan tablet GLA Complex dan juga Ostematrix. 
1 tablet Ostematrix = 80 biji badam = 1 gelas susu berkalsium tinggi

(Harga Runcit  Ostematrix [120 biji] : RM61.00)


Kalau anda berminat boleh sms/whatsapp 013-2995854..free consultation untuk semua customer akan diberi.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854


Ahad, 7 April 2013

Cara mengelakkan SELSEMA dan DEMAM yang berulang dan berpanjangan

Rasanya ramai yang ada masalah kerap selsema dan demam yang sering berulang serta mengambil masa untuk pulih. Sesetengah keluarga tak boleh langsung terputus stok  PANADOL atau UBAT SELSEMA. Setiap bulan pasti ada ahli keluarga yang demam atau selsema. Tak kira samada ibu, ayah, anak, nenek atau datuk pasti ada yang tak sihat dalam keluarga tu. Sebenarnya ada cara mengelakkan selsema dan demam yang berulang dan berpanjangan tanpa perlu bergantung 100% peratus kepada ubat-ubatan yang berasaskan kimia sintetik.


Ramai yang mudah terkena selsema dan demam yang berulang.


Sebab apa kita mudah terkena selsema dan demam?

Sebenarnya daya sistem imun tubuh  yang lemah menyebabkan badan kita mudah terkena selsema dan demam. Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:


• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.
Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.

Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.



Beberapa hal sederhana yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tubuh anda, antara lainnya seperti berikut:

1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sukar diatasi kerana kuman telah kebal.
2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.
3. Hindari alkohol, rokok dan dadah.
4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)
5. Mengamalkan air kosong 2-3 liter setiap hari.
6. Amalkan makanan yang baik dan seimbang.
7. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.
8. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.
9. Senaman yang teratur.
10. Mengendalikan emosi dan stress secara positif.
11. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.

DAN ANDA JUGA BOLEH AMALKAN...

NUTRIFERON - MAKANAN TAMBAHAN YANG MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH AGAR SELSEMA DAN DEMAM TIDAK BERULANG

Mengandungi zat menyeluruh vitamin A,C, dan E

Nutriferon adalah suplemen yang bertindak secara semulajadi ke atas tubuh. Berbanding ubat-ubatan sintetik, Nutriferon tidak meninggalkan kesan sampingan ke atas tubuh. Badan mudah menyerap zat semulajadi yang terkandung di dalam Nutriferon.

Dirumus dari bahan semulajadi

Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Dicipta oleh ahli Immunologi terkenal di dunia

"Hanya jauhari yang mengenal manikam" pepatah itu juga bertepatan dengan individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan penghasilan Nutriferon melalui penemuan kajiannya tentang Interferon. Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui Interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan Interferon secara semulajadi di dalam badan.*





Tingkatkan Interferon semulajadi

Interferon telah dikenalpasti oleh saintis dan komuniti perubatan di sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya makanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*





Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia

Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.



Rumusan Berpaten Yang Eksklusif

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.



Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :


Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.



Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?

  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, A,C dan E boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada mempunyai alergi dan eczema.
Ingin mendapatkan Nutriferon? Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa!. Sempena promosi bulan April 2013. Setiap 6 pembelian akan dapat 1 PERCUMA pek Nutriferon. Dapatkan sementara stok masih ada!.

Faizah zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call: 013-2995854

Selasa, 5 Mac 2013

Cara mengatasi MIGRAIN agar tidak terus berulang

Kalau migrain menyerang semua serba tak kena. Rasa berdenyut-denyut sepanjang hari menyebabkan semua aktiviti tergendala. Banyak penyebab yang menyebabkan migrain menjadi bertambah teruk. Walaupun begitu, ada cara mengatasi migrain agar tidak terus berulang.

Punca Migrain

Ada beberapa punca migrain di antaranya:-

Info migrain
Ubat-ubatan tinggalkan kesan 

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan natural supplement  adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa suplemen lebih baik dari ubat? 

Kerana ia dihasilkan daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada bahan semulajadi yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah tertentu dan sebagainya yang mendatangkan kesan sampingan pada tubuh manusia.

Ostematrix dan B-Complex untuk atasi migrain

Suplemen/vitamin yang sesuai utk tubuh:

  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
  • B-Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B-Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kenalah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.


(credit to : www.mamafaiz.com)

SMS 013-2995854 untuk info lanjut dan untuk mendapatkan harga istimewa dari ALL NATURAL SUPPLEMENT.


Faizah Zain
SID 887424


Selasa, 12 Februari 2013

Tips elak masalah GASTRIK berulang

Masalah Gastrik atau Gastritis dihadapi tanpa mengenal usia dan jantina. Pelbagai faktor yang menjadi punca masalah gastrik ni, di antaranya adalah amalan pemakanan yang tidak sihat dan teratur, pengambilan ubat-ubatan tertentu serta beberapa faktor yang lain. Bagi yang mengalami masalah gastrik pasti tidak mahu masalah itu terus menghantui anda setiap masa. Beberapa tips boleh anda amalkan untuk elak masalah GASTRIK berulang:-


Atasilah Gastrik anda dengan tips yang diberikan.
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

DAN...


Amalkan SUPLEMEN semulajadi UNTUK GASTRIK
=====================================

  • ESP (Energizing Soy Protein)
Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh.
  • B-complex
B-complex terdiri daripada 8 kumpulan vitamin B dan hanya berfungsi dengan efektif apabila semua komponen hadir bersama. Vitamin b-complex bertindak sebagai ubat penenang atau anti-stress. Stress boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik, jadi b-complex dapat membantu. Ia juga membantu pengeluaran antibodi. Gastrik mungkin terjadi disebabkan jangkitan, jadi untuk melawan jangkitan, antibodi yang cukup harus hadir.
  • Ostematrix
Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu meredakan masalah gastrik.

3 suplemen ni bagus diamalkan untuk meredakan penyakit gastrik anda. ESP elok diambil di waktu pagi ketika perut kosong, manakala B-complex dan Ostematrix pula diambil sebelum tidur. Untuk mendapatkan 3 suplemen ni boleh sms ke 013-2995854(pertanyaan/pesanan)..Konsultasi percuma akan diberikan bagi yang menjadi customer All Natural Supplement.


Faizah Zain
SID: 887424



Ahad, 10 Februari 2013

15 Khasiat bawang putih yang patut anda tahu!

Bawang putih di antara bahan pelengkap di dalam sesuatu hidangan makanan. Ia merupakan di antara bahan penting di dapur. Mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat pula, mereka yakin bahawa bawang putih boleh menghalau jin dan hantu. Bagi yang beragama Islam perlu berhati-hati dengan kepercayaan ini kerana dibimbangi ia boleh mengundang syirik. Walaupun bawang putih ini sedikit berbau tetapi ia memang bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang itu. Di sini diberikan 15 khasiat bawang putih yang patut anda tahu!


Tablet GARLIC SHAKLEE

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas.

Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual mengandungi Allicin aktif). Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000 mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Berminat untuk merasai sendiri kebaikan GARLIC SHAKLEE ?? Boleh sms 013-2995854 untuk pertanyaan/pesanan.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Cara memilih madu asli dan berkualiti

Madu ni memang banyak khasiatnya. Ia juga menjadi salah satu makanan kegemaran Rasulullah. Bagi ibu mengandung pula, meminum madu akan m
embantu pertumbuhan janin dari segi fizikal dan mental. Memang terdapat banyak madu di pasaran tetapi pasti yang tertanya-tanya adakah madu yang dibeli itu benar-benar asli dan berkualiti. Di sini disertakan cara memilih madu yang asli dan berkualiti.



Pastikan beli madu yang asli.


1)Salah satu caranya adalah dengan mengetahui kadar air di dalam madu dengan cara menitiskannya pada kertas. Madu yang kadar airnya tinggi (madu tak tulen) akan lebih cepat meresap ke dalam kertas di bandingkan madu asli dengan kadar air rendah.

2)Cara kedua adalah dengan menitiskan madu ke atas piring beling putih lalu goyangkan ke kiri dan ke kanan. Madu akan membentuk segi enam. Kalau bentuk segi enam tersebut bertahan lama bererti kandungan air yang ada di dalam madu tersebut rendah.

3)Cara ketiga, kalau kristal gula terbentuk pada permukaan madu menunjukkan bahawa madu tersebut sudah melewati waktu penyimpanan yang lama sehingga sudah mengalami penurunan mutu.

Moga tips ini berguna untuk anda!

Faizah Zain
SID

Selasa, 5 Februari 2013

Masker untuk menggebukan wajah

Memang ada macam-macam jenis masker yang saya dengar. Tapi saya tertarik dengan masker yang satu ni, selepas tengok wajah pengamal dia yang jadi gebu, cerah dan licin. Jom kita belajar cara nak buat masker untuk menggebukan wajah.





step 1: 1sudu ESP + 1bji Alfalfa + 1kapsul vit E di cucuk dan diletak dalam mangkuk
step 2: picit vit E yang dah dicucuk + bahan tadi dgn sedikit air
step 3: kacau semua sehingga sebati
step 4: sapu kat muka
step 5: cuci & bilas dgn air.. :)



Cuba tengok dah berseri-seri wajah orang yang ajar cara buat masker ni. Kalau nak tahu macam mana nak dapatkan ESP,Alfalfa dan Vita-E Shaklee ni boleh sms 013-2995854. Ketiga-tiga tu juga bagus jika dijadikan suplemen harian bagi yang nak cantik dan awet muda.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
SMS 013-2995854

Khamis, 24 Januari 2013

Masalah kegatalan pada vagina

Kali ini saya nak "share" masalah yang agak sukar untuk dikongsikan dengan orang lain kerana menganggap masalah ni "taboo". Masalah  kegatalan pada vagina banyak dihadapi oleh gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) dan pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. 


Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks. Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.Kalau dibiarkan, cairan keputihan akan keluar dengan banyak dan akan menjadi "secondary infection". Cairan itu akan membusuk, bertukar warna kepada kehijauan, kekuningan atau kecoklatan dan boleh membawa banyak masalah pada rahim seperti kemandulan.

Tips penjagaan kebersihan faraj 

1. Mengelakkan penggunaan sabun ke dalam faraj
Sabun akan mengubah persekitaran berasid faraj (sama ada menggunakan sabun biasa yang bersifat alkali ataupun menggunakan sabun ber pH asidik), lebih-lebih lagi apabila dibilas menggunakan air ke dalam faraj kerana ia akan mencairkan asid ke dalamnya.

2. Teknik mengelap atau mengeringkan faraj
Selepas membuang air, jangan dikesat sebaliknya lap secara menekap bahagian kemaluan hadapan dahulu kemudiannya ke bahagian dubur.

3. Memastikan seluar dalam sentiasa kering
Jika seseorang mudah berpeluh atau melakukan banyak aktiviti, kawasan kemaluan yang bertambah kelembapan ini akan mengundang penyebaran / pemindahan dan pembiakan kuman juga.




Suplemen semulajadi untuk mengatasi masalah kegatalan pada vagina


2 suplemen yang sangat bagus untuk wanita.


  • Alfalfa complex sangat bagus dalam merawat keputihan. ini disebabkan klorofil di dalam alfalfa adalah antibakteria. Jadi masalah kegatalan dapat di atasi dengan mengambil alfalfa complex. Selain itu, Alfalfa juga  membantu mengatasi masalah sembelit, membantu penghasilan susu bagi yang "breastfeeding", bertindak sebagai detoks dan juga berfungsi sebagai perapat kepada kaum wanita.


  • ESP (Isolated Soy Protein) jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baik semua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu pemulihan tisu badan, fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan.

Testimoni pengguna Alfalfa complex dan ESP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

salam..ehem..just nk share pasal alfalfa n ESP.. sblm ni sy ade masalah gatal2 kt 'tut'... kalau time period,lg la...gatal sgt2, kdg2 sampai xboleh tido... mase pregnant pun kene, sampai kne masuk ubat kt 'tut', sapu cream gynae bg n mkn ubat tahan gatal... then, mase dlm pantang try mkn alfalfa n ESP sbb darah keluar lame kn...so mmg xsanggup nk tahan gatal kt situ.... Alhamdulillah, sejak consume Alfalfa n ESP, mmg hilang terus gatal2 tu.... skrg ni, kalau period pun, dh x risau nk tahan gatal yg tahap dewa kt 'tut' tu...... suke...suke...tq Shaklee....!!!
Like ·  ·  · January 18 at 12:13am
------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rasanya "better" amalkan suplemen sebagai langkah kawalan masalah ni sebab ada sesetengah orang yang ada alahan dengan antibiotik. Mencegah lebih baik dari mengubati.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Ahad, 20 Januari 2013

Petunjuk disebalik warna urin anda..!

Di sebalik kumuhan yang kita buang setiap hari ada petunjuk di sebalik warna air kencing anda itu. Mungkin anda terperasan kekadang warna air kencing berubah-ubah setiap hari. Jom kita tengok apakah petunjuk yang penting disebalik warna urin ni....

Warna urin perlu diperhatikan setiap hari.


Jika warna air kencing jernih - menunjukkan anda minum air berlebihan dari jumlah keperluan tubuh, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.

Urine-chart yang berguna untuk anda


Pemakanan pengaruhi warna air kencing
  • Kuning/Kuning cair - mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah, jadi jangan risau jika anda pengamal vitamin B-Complex.
  • Sesetengah ubat - seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.
  • Memakan ubi - mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan hanya sementara.

Warna air kencing dan penyakit  

  • Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.
  • Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.
  • Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.
  • merah adalah tandanya terdapat darah di dalam air kencing, anda mungkin mengalami pendarahan atau kanser dan biasanya mereka yang berumur 40-an, hipotesis pertama yang dibuat adalah kanser pundi kencing.
  • Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Jadi yang terbaik, tubuh anda perlu mendapat cukup air kosong 2-3 liter sehari untuk memastikan tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
kandungan urin
Jangan pandang remeh seandainya anda lihat warna urin yang berwarna pelik, kalau anda tidak pasti rujuklah dengan doktor untuk memastikan anda bebas dari penyakit berbahaya. Awasilah warna urin anda setiap hari,mencegah lebih baik dari mengubati.


Sabtu, 19 Januari 2013

Bila Gout menyerang ..sendi ibu jari jadi sebesar bola pingpong

Saya pernah berhadapan dengan orang yang ada masalah gout ni, tiap kali gout menyerang memang menakutkan tengok keadaan mereka ni. Bila salah makan macam sotong, udang, kerang atau daging kambing, boleh nampak tiba-tiba benjolan sebesar bola pingpong muncul di sendi ibu jari kaki. kalau tengok dari riak muka pun dah boleh tahu, mesti tersangat sakit, sebab kawasan yang terkumpul asid urik tu akan jadi bengkak dan kemerah-merahan. Dah jadi macam ni, memang sukar nak berjalan dan terpaksa bertongkat. Semua aktiviti harian terganggu dan terpaksa bergantung kepada ubat untuk meredakan gout yang menyerang. Ada pesakit gout yang tak dapat menahan kesakitan, terpaksa mendapatkan suntikan khas untuk gout tetapi suntikan ini tidak elok diambil selalu.

Bengkak akibat pengumpulan asid urik

Apakah penyakit gout yang sebenarnya?


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.



Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-


- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.


Apakah faktor-faktor penyebab gout?


Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

  • Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
  • Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
  • Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
Di antara makanan yang patut dielakkan oleh pesakit Gout.



Apakah makanan yang patut dielakkan?

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

(credit to: thetole.org)

3 suplemen yang bagus untuk masalah gout ni

  • Alfalfa Complex- untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

  • Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.



  • Omega guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Ni pengalaman Puan Aula merawat gout ibunya dengan suplemen Shaklee..

"Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry…

So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..
Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK taking shaklee… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!"...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi kalau anda ingin bebas dari terlalu bergantung kepada ubat-ubatan untuk merawat  Gout anda boleh bertukar kepada suplemen Shaklee yang lebih selamat dan semulajadi.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Free Auto Malaysia Backlinks