Khamis, 5 Jun 2014

Resepi lockching atau satay ikan

Mesti ramai yang suka makan satay ikan atau lockching ni. Nak cari kat sebelah Pantai Timur memang mudah tapi kalau kat tempat lain payah nak dapat yang betul-betul sedap. saya dapat resepi ni dari group FB Resepi Ringkas. Terima kasih buat Puan EiLa Noor yang sudi berkongsi Resepi lockching atau satay ikan ni. Jom tengok bahan-bahannya.

Pic: credit to FB EiLa Noor

Lockching atau Satay ikan
Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
resepi sos:

Sos manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(utk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana uols nak k)
Free Auto Malaysia Backlinks