Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding Set. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding Set. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

Tips Anak Pintar Macam Imam Shafie

Sebenarnya ada amalan-amalan khusus yang diamalkan oleh ibu Imam Shafie yang membuatkan beliau menjadi anak yang cerdas dan kuat ingatan. Beliau menghafaz Al-Quran pada umur yang sangat muda. Dikongsikan di sini Tips Anak Pintar Macam Imam Shafie.



Ketika Ibu beliau menyusukannya, di antara yang diamalkan ibu beliau ialah:




1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'.

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi."

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

‎4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." 
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". 
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang pertunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

Pembentang : Ustazah Wan Sidah Wan Ismail
Tajuk Pembentangan Penyusuan Ibu : Kaedah dan Implikasi Hukum
Tempat : Dewan Jasmin, UiTm Dungun ;)

Semoga tips di atas berguna untuk mendidik anak-anak kita menjadi cerdas, pintar dan soleh.

Inginkan Rahsia Susu Ibu Melimpah-ruah? klik sini http://bit.ly/13lJmwL

Faizah Zain
SID 887424

Ahad, 24 Mac 2013

Tips Banyakkan Susu Badan dengan Set Penyusuan 3M

Hari ni saya nak berkongsi tips banyakkan susu badan dengan Set Penyusuan 3M. Tapi bukan makan sembarangan macam tu saja. Ada langkah-langkah yang anda perlu ikuti selepas menggunakan set 3M ni. Set ni bukan "magic" yang bila makan automatik susu melimpah mencurah-curah macam air paip. Selain suplemen, ibu-ibu juga perlu ingat bila dah berusaha, jangan lupa pada-Nya yang mengurniakan rezeki pada kita. Amalan dan doa di bawah ini sangat bagus diamalkan bersama set penyusuan yang dibeli.

Berat bayi bertambah dengan sihat melalui penyusuan ibu.


1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.


2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.


3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.



Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.


1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.


2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.


3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.


4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
Ayat 72-73 Surah Yasin


5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu ini.


Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini yang bermaksud
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)


RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH!!!

Set ini lengkap dengan 6 vitamin yang sangat membantu ibu-ibu yang menyusu serta menambahkan susu badan.


Set Penyusuan 3M ini membantu ibu-ibu menyusu:

[✔] Sentiasa BERTENAGA Sepanjang Hari
[✔] Merangsang pengeluaran Susu
[✔] Meningkatkan Kualiti Susu
[✔] Mengurangkan sakit pinggang dan lenguh badan
[✔] Mengembalikan KEINTIMAN hubungan suami isteri
[✔] Membantu ibu menyusu KEKAL CERIA tanpa stress
[✔] Dan banyak lagi!!!

Antara fungsi vitamin-vitamin ini:

[1] VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kurang imun & mudah mengalami masalah penyusuan seperti clogged duct, masisitis, thrush dll. 

[2] Vita-C : meningkatkan imun tubuh ibu. Vita-C juga membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

[3] B-Complex : menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang boleh mengganggu penghasilan susu. B-Complex juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

[4] Alfalfa : penggalak susu ibu, membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga bagus untuk merawat keputihan dan bertindak sebagai 'perapat'!

[5] Ostematrix : menggantikan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, mengurangkan risiko osteoporosis, reput gigi serta merawat masalah sakit uraf saraf serta kejang otot kaki dan tangan

[6] ESP : protein soya yg membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu. Membantu mencantikkan dan menganjalkan kulit serta payudara.


Testimoni Set Penyusuan 3M

Stok EBM bertambah selepas menggunakan set 3M  bersama "pumping" yang betul serta konsisten dan doa yang berterusan.


Inginkan  BREASTFEEDING SET? Hubungi :
Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor ID:887424| sms/call: 013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks