Memaparkan catatan dengan label GLA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GLA. Papar semua catatan

Rabu, 23 April 2014

Sukar Hamil sebab Senggugut ??

Aduh!!...sesiapa yang ada pengalaman berhadapan dengan senggugut pasti tak lupa penangan menahan sakit tiap kali datang bulan. Waktu ni..akan guna alternatif apa saja untuk redakan kesakitannya. "Pain killer" walaupun ada kesan sampingan, terpaksa ditelan setiap bulan untuk redakan kesakitan. Rasa senak memulas-mulas dan dicucuk-cucuk di bahagian peranakan tak dapat dihuraikan sepenuhnya. Hanya yang mengalami yang lebih mengetahui. Betulkah ada wanita sukar hamil sebab senggugut? Mungkin post saya ini boleh merungkai sedikit sebanyak salah faham tentang senggugut ini.

Memang waktu-waktu ni semua serba tak kena.


Senggugut Primer

Senggugut primer sebenarnya tidak menjejaskan peluang wanita untuk hamil. Ia biasanya terjadi sejak wanita mengalami haid yang pertama. Amat sukar untuk mengetahui punca terjadinya senggugut primer walaupun doktor pakar telah melakukan laparoskopi terhadap pesakit. Ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh saluran darah dan urat-urat membengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim setiap kali wanita didatangi haid. 

Senggugut mungkin perkara biasa bagi sesetengah wanita. Tetapi, sekiranya ia mengganggu aktiviti harian anda, ada baiknya anda berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Senggugut primer biasanya akan berkurang apabila wanita mencecah usia 20-an dan akan beransur hilang apabila berkahwin dan bersalin. Jadi, kepada wanita bujang yang selalu senggugut, anda dinasihatkan untuk cepat-cepat kahwin.

Senggugut Sekunder

Senggugut sekunder terjadi kerana pelbagai punca. Punca utama ialah kerana masalah endometriosis. Endometriosis tumbuh dan mengembang bergantung kepada hormon estrogen yang keluar ketika haid. Oleh itu, peratusan untuk endometriosis semakin membesar dan merebak adalah sangat tinggi. Kebiasaannya senggugut jenis ini akan semakin serius. Senggugut jenis ini juga mengganggu tahap kesuburan wanita.

Penggunaan ubat tahan sakit sakit seperti ponstan adalah biasa di kalangan wanita yang seringkali berdepan masalah senggugut. Namun pengambilan secara kerap akan memberi kesan buruk kepada usus anda. kebiasaannya ubatan ini akan menyebabkan masalah gastrik dan ulser perut yang teruk.

Walau apa pun berjumpalah dengan doktor sakit puan anda untuk memastikan senggugut jenis mana yang dihidapi. Jangan pandang remeh akan masalah ini kerana masalah dalaman wanita boleh berkait  rapat  juga dengan masalah penyakit lain.

Alternatif buat yang alami masalah senggugut

Selain berjumpa doktor anda juga boleh amalkan suplemen semulajadi seperti GLA dan Ostematrix

GLA Complex Shaklee



GLA Complex ialah campuran ekstrak bungaan borage, minyak bunga matahari, Omega 6 dan juga Vitamin E sangat sesuai digunakan bagi melegakan masalah senggugut. Ia berfungsi sebagai EPO namun kandungan GLA lebih tinggi di dalam GLA Complex berbanding EPO menjadikan ia kuasa pemulihan lebih tinggi.

Kesakitan akibat senggugut disebabkan oleh kekejangan otot dan juga pembengkakan saluran darah di sekitar rahim. Ia dipercayai akibat badan kekurangan GLA (gamma linolenic Acid). Wanita yang sedang menderita senggugut gagal menukarkan asid lemak penting kepada GLA. Oleh itu, pengambilan GLA Complex sangat-sangat membantu untuk keredaan segera.

(Harga Runcit  GLA [60 biji] : RM91.25)


Ostematrix Shaklee 



Selain GLA Complex, ostematrix juga mampu melegakan masalah senggugut teruk. Ia merupakan sumber kalsium yang mampu melegakan ketegangan saraf perut yang cramp akibat sakit senggugut. Pengambilan secara konsisten akan membantu mengurangkan masalah senggugut yang anda hadapi.

Sekiranya anda seringkali berhadapan masalah sengugut setiap kali haid,mari atasinya dengan tablet GLA Complex dan juga Ostematrix. 
1 tablet Ostematrix = 80 biji badam = 1 gelas susu berkalsium tinggi

(Harga Runcit  Ostematrix [120 biji] : RM61.00)


Kalau anda berminat boleh sms/whatsapp 013-2995854..free consultation untuk semua customer akan diberi.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854


Khamis, 5 September 2013

Masalah Jerawat akibat Hormon dan Masalah Kesuburan

Jerawat yang sering muncul di wajah disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya adalah akibat ketidakstabilan hormon di dalam badan yang turut mengundang masalah kesuburan atau sukar hamil. Walaubagaimanapun masalah jerawat akibat hormon dan masalah kesuburan dapat diatasi serentak dengan pengambilan suplemen yang bersesuaian.

Masalah hormon di antara penyebab jerawat.

Masalah PCOS dan Hormon Testosteron
  • PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) biasanya dikenali juga dengan nama Stein Leventheal sindrom, adalah masalah hormonal pada wanita yang boleh menyebabkan beberapa gejala penyakit.
  • Kandungan hormon LH (Luteinizing Hormone) adalah tinggi sedikit di dalam darah penderita PCOS berbanding daripada FSH (Follicle Stimulating Hormone). Kedua hormon ini seharusnya sesuai dan seimbang jumlahnya untuk memperbesarkan folikel sel telur. Namun kerana kandungan LH lebih tinggi dalam darah ini menyebabkan insulin dalam tubuh juga tinggi dan mempengaruhi perkembangan folikel sel telur. Ovarium menebal dan menyebabkan sel telur terperangkap tidak boleh keluar ke tiub fallopian untuk dibuahi sehingga tidak terjadi infertilitasi ataupun menstruasi. LH tinggi juga menyebabkan tingginya hormon testosteron. Hormon testosteron berlebihan pada wanita mengakibatkan tumbuhnya jerawat dan masalah tumbuhnya rambut.

Selain itu, penderita PCOS mempunyai resiko untuk mendapatkan penyakit :

  • Type 2 Diabetes
  • Jantung
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolestrol
  • Kanser Endometrium
Rahsia hamil dan hilang jerawat dengan set kesuburan

Sesuai juga digunakan untuk masalah jerawat akibat hormon.

Bagi puan Fieza yang mengambil set kesuburan untuk kehamilan hasilnya amat berbaloi kerana selain hamil, kulitnya juga bebas daripada masalah jerawat


TESTIMONI PUAN FIEZA:

"Sblm ni fieza nk kuar/keje, make-up mmg kena tebal2 sb nk tutop jerawat expecially kt dagu...mmg hormon fieza sblm ni x ok, jerawat selalu turun naik. Mmg malu la tgk muka sendiri. rasa x confident berhadapan dgn org lebih2 dgn suami pun fieza segan.."

"Selepas hampir 5-6 bulan mencuba Shaklee dgn konsisten suami tegur jerawat dh x naik lg la kt dagu. Muka semakin bersih. Terasa gembira dgn pujian itu ."

"Alhamdulillah slps hormon semakin baik, fieza pun hamil dgn Set Kesuburan Shaklee disamping kulit semakin bersih terhindar dr jerawat dgn Set Kecantikan Shaklee..."

"Actually set ni dh jadi mcm 3 in 1...Cantik Subur & Hamil...
Shaklee mmg terbukti bole merawat hormon n kembalikan wajah kite menjadi lebih bersih n terhindar dr virus jerawat. Preggy mom pun bole nmpak lg berseri nt ..."

Berminat mendapatkan Set Kesuburan ? Hubungi :

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms : 013-2995854

Isnin, 18 Mac 2013

Atasi masalah kesuburan dan sukar hamil dengan berbajet

Saya sendiri pernah berhadapan masalah kesuburan dan sukar hamil. Hampir 4 tahun berusaha, akhirnya usaha saya berjaya. Dulu mungkin saya belum kenal Shaklee dan dunia vitamin, tapi cara saya mengatasi masalah kesuburan dan sukar hamil sama konsepnya. Kekalkan berat badan sihat, stabilkan hormon, doa serta banyak bertawakkal kepada Allah Taala.

Bagi yang dah lama berumahtangga, pasti ternanti-nantikan kehadiran cahayamata .

Setelah kenal Shaklee, saya dah jumpa ramai yang hamil setelah berusaha dengan vitamin-vitamin semulajadi ni. Di antara suplemen yang sangat bagus untuk masalah kesuburan dan ramai yang berjaya setelah menggunakannya ialah:


Jika bajet terhad, 2 suplemen ni antara yang terbaik untuk diamalkan.

  • GLA - ada yang hanya ambil GLA sahaja disebabkan bajet, tapi berjaya hamil. Yang paling penting kena tahu cara pengambilan yang betul pada waktu yang sepatutnya, yang ni kalau anda berminat boleh sms saya untuk tahu dengan lebih lanjut waktu pengambilannya. GLA membantu stabilkan hormon, membakar lemak dan bonus untuk cantikkan kulit juga. Ia juga menyediakan keadaan yang memudahkan pelekatan ovum dan sperma. Sebenarnya, GLA juga boleh diambil oleh lelaki tetapi untuk mereka yang bajet rendah, disarankan isteri sahaja yang ambil.
  • Zinc- Jika isteri ambil GLA, Zinc complex pula biasanya suami yang ambil. Selain harganya yang berpatutan, Zinc penting untuk proses penghasilan hormon testosteron dan memberikan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Isteri boleh turut mengambilnya sekali kerana zinc juga akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Selain itu, 2 suplemen lagi yang juga berpatutan harganya yang boleh di ambil bersama 2 suplemen di atas adalah

Sangat membantu dalam menangani masalah kesuburan.


  • Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
  • B-Complex - Vitamin B12 meningkatkan kualiti sperma, B6 dan asid folik yang perlu untuk kesuburan wanita.

Jika anda ada bajet yang agak terhad, GLA dan Zinc adalah suplemen yang paling asas dan sangat bagus untuk anda amalkan. Alfalfa dan B-Complex juga sangat baik untuk melengkapkan zat nutrisi bagi masalah yang berkaitan dengan kesuburan. Kalau anda ambil keempat-empat suplemen ni, itu dah dikira hampir lengkap set kesuburan bagi anda yang ada bajet terhad. Suplemen-suplemen ni bukan ubat tapi ia lebih berfungsi sebagai nutrisi tambahan untuk keperluan sel tubuh dan berasaskan sumber semulajadi. setiap satu darinya mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai sijil sah halal dari Jakim. Semoga memberi manfaat yang besar buat anda yang ternanti-nantikan cahayamata.

TESTIMONI CUSTOMER Hartini Abu Yazid:-



Faizah Zain 
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 

Sabtu, 9 Mac 2013

Wanita Lebih Berisiko Hidap Masalah Arthritis

Penyakit Arthritis ni, boleh beri kesan kepada sesiapa sahaja, tak kira usia, jantina atau kaum. Para penyelidik mendapati, wanita lebih berisiko hidap masalah Arthritis berbanding lelaki. Hampir 60% penghidap Arthritis adalah wanita dan ada beberapa jenis Arthritis yang sering dihidapi oleh wanita.

60% pesakit Arthritis adalah wanita.


Jenis-jenis Arthritis yang sering dihidapi oleh wanita


1) Osteoarthritis(OA) 
  • Penyakit sendi degeneratif yang paling biasa berlaku di kalangan wanita yang berusia 40-an.
  • Penyakit ini menyebabkan kerosakan pada rawan dan tulang, menyebabkan sakit sendi, pembengkakkan, kekakuan dan kehilangan fungsi.


2) Fibromialgia
  • Sindrom yang boleh digambarkan melalui sakit otot dan tulang pada seluruh badan.
  • Ia berkait dengan sakit otot dan kelesuan, sukar tidur, rasa kaku, kadangkala kemurungan atau kegelisahan. 
  • Ia juga adalah bentuk tisu lembut atau reumatik otot. 
Penyakit yang berkaitan otot dan tulang di seluruh badan.


3) Arthritis Rheumatid (RA)
  • selalu menyerang wanita berumur di antara 25 - 50 tahun.
  • Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak.
  • Ia adalah penyakit sistemik yang memberi kesan pada keseluruhan tubuh.
  • Ia juga merupakan adalah keadaan tak normal pada sistem imun tubuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik.
  • Ia menyebabkan inflamasi pada lapisan sendi dan organ dalaman.
  • Berlaku kemerosotan,sakit dan pergerakan terbatas.
Kanak-kanak juga ada yang alami Arthritis.


4) Lupus (Systemic Lupus Erythematosus)
  • Penyakit inflamasi pada sendi, kulit, buah pinggang dan beberapa bahagian tubuh.
  • Penyakit ini juga memberi kesan pada wanita yang masih subur.


5) Osteoporosis
  • Secara amnya dikenali sebagai penyakit tulang rapuh.
  • Ia menyebabkan tulang kehilangan jisim dan menjadi rapuh.
  • Keadaan ini boleh membawa kepada bahu membongkok, kehilangan berat dan keretakan tulang yang boleh menjadi sakit.
  • Selepas menopous, wanita yang berangka kecil, yang ada sejarah keluarga menghidap osteoporosis, merokok serta minum alkohol berisiko tinggi menghidapnya.
  • Wanita yang mengambil ubat glucocorticoid juga berisiko mengalami osteoporosis.
Masalah kesihatan yang berkaitan Arthritis dan penyakit tisu penyambung juga lebih memberi kesan kepada wanita berbanding lelaki. Penyakit seperti Raynaud, Scleroderma, Sindrom Sjorgren dan Polymyalgia, Rheumatic adalah keadaan yang perlu dirawat pada wanita. 



Pencegahan Arthritis

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Kawal berat badan kerana yang terlebih berat badan berisiko tinggi mendapat Osteoarthritis pada lutut.
Menjaga kesihatan sendi dan rawan.
  • Pengambilan makanan tambahan melalui pengambilan vitamin dan suplemen tambahan dapat mengatasi masalah di atas. Kekurangan vitamin D mengurangkan jumlah kalsium yang diserap oleh tubuh. Tahap KALSIUM yang rendah seiring dengan usia juga menyumbang kepada Osteoporosis.
Kalsium yang lengkap dengan Vitamin D.
  • Melakukan senaman bagi menguatkan sendi dan kepadatan tulang. Senaman membantu mengurangkan kecederaan dan mengurangkan risiko Osteoartritis. Peningkatan kepadatan tulang mengelakkan Osteoporosis.
  • Elak untuk merokok dan minum minuman beralkohol. Kedua-duanya melemahkan struktur tulang serta membuatkan seseorang itu berisiko mengalami keretakan tulang.
  • Berbincang dengan doktor untuk melakukan terapi hormon jika anda sudah menopaus. Kebanyakan wanita hilang jisim tulang semasa tahun pra-menopaus dan setelah monopaus apabila ovari berhenti hasilkan estrogen. Salah satu fungsi estrogen adalah untuk membantu menyimpan kalsium dalam tulang dan mengekalkan jisim tulang. Tahap estrogen yang rendah puncah Osteoporosis kepada wanita setelah monopaus.


Asid gamma linolenik di dalam GLA digunakan secara tradisional bagi kawal ketidakseimbangan hormon, melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid (menopaus). *

Walaupun begitu, mencegah Arthritis lebih baik dari mengubatinya. Semoga tips di atas membantu sedikit sebanyak masalah yang anda sedang hadapi itu.

(sumber: Mingguan Wanita Disember 2009)

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 untuk info lanjut.


Isnin, 31 Disember 2012

Rahsia hilang masalah jerawat dalam 3 bulan..

Masalah jerawat memang susah nak dikawal, kalau dah mula naik, susah nak surut. Kalau dah surut parut pulak payah nak hilang. Ramai yang hilang keyakinan diri sebab masalah jerawat. Masalah jerawat ni boleh diatasi kalau kena caranya. Sambil-sambil tu, saya kongsikan di sini rahsia hilang masalah jerawat dalam 3 bulan sorang customer ni..

Customer ni cantik, berkulit cerah, tapi masalah jerawat di pipi dia membuatkan wajah dia kurang terserlah. tapi Alhamdulillah dalam masa 3 bulan dia berjaya mengatasi masalah jerawat dia tu. nak tahu RAHSIA dia?? Ada 5 benda rahsia tu :
  1. Vita E
  2. Vita C
  3. B-complex
  4. GLA
  5. ESP
Nak tahu semua benda-benda ni boleh klik sebelah kanan, ada maklumat tentang vitamin-vitamin semulajadi ni. Jom tengok wajah customer yang saya cerita tu...


Ramai yang berpuas hati dengan kesan vitamin SHAKLEE ni..

Berbeza kan di antara gambar sebelum dan selepas? Memang gebu,licin dan cantik betul kulit dia...Pinkish + Glowing jadinya...Sebenarnya suplemen-suplemen ni merawat dari dalam. Jadi tak payah nak sapu foundation tebal-tebal nak tutup jerawat, just ambil suplemen ni secara konsisten dan cukup pengambilan air kosong 2-3 liter. Bila kulit dah licin tanpa make-up tebal pun, wajah tetap nampak cantik.

Yang ada masalah yang sama boleh sms saya ye...SPECIAL PRICE dan FREE CONSULTATION akan diberi untuk yang jadi customer All Natural Supplement.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854




Jumaat, 14 Disember 2012

Masalah senggugut (PMS) sering mengganggu ? Atasinya Dengan Segera..!

"Period Pain" amat menyakitkan dan membuatkan kerja seharian terganggu.
Ramai wanita sering diganggu masalah senggugut atau Sindrom Pra-Haid(PMS). Masalah ini menyebabkan kegiatan harian terganggu terutama bagi yang bekerja dan masih bersekolah. Saya sendiri pernah mengalaminya dulu dan masalah sakit di bahagian ari-ari akibat senggugut membuatkan saya tak dapat bergerak kerana terlalu sakit dan terpaksa bergantung kepada "Pain Killer" yang meninggalkan kesan yang tidak baik jika diamalkan secara berterusan. Mujurlah masalah itu telah hilang sama sekali sekarang ini. Di antara tanda-tanda sindrom ini adalah seperti :


  • kembung
  • sakit sendi
  • payudara sakit
  • kelesuan
  • jerawat
  • tekanan perasaan
  • loya
  • pertambahan berat badan
  • moody
  • sakit di bahagian ari-ari
Ada sesetengah wanita, tekanan perasaan yang dialami membuatkan orang disekeliling turut terkena tempias kerana wanita yang berhadapan gejala PMS ini mudah marah-marah tanpa sebab yang munasabah. Sebenarnya masalah ini dapat diatasi dengan beberapa cara :-
  • kurangkan pengambilan garam dan kafein dalam diet seharian.
  • meluangkan masa dengan bersenam
  • bertenang dan berdoa
  • pengambilan suplemen yang tinggi kalsium dan magnesium (Osteomatrix) dan GLA (yang kaya dengan  minyak bunga matahari dan vitamin E serta minyak borage)
Kenapa pengambilan suplemen penting dalam menangani sindrom Pra-Haid (senggugut/PMS)?

Sebenarnya tubuh wanita memerlukan zat nutrisi tertentu untuk mengatasi masalah ini. Kekurangan zat seperti kalsium membuatkan kekejangan menjadi  bertambah teruk sebelum datang bulan.

GLA Complex

selain untuk masalah senggugut , GLA turut mencantikkan  kulit


Ia mengandungi khasiat dari gabungan Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 


Ia menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

[Rujukan: Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414]


Osteomatrix

sangat berguna terutama kepada wanita



Kekurangan kasium dan magnesium menyebabkan badan mudah mengalami kekejangan terutama ketika menghadapi sindrom PMS.

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

OsteMatrix Membekalkan:

■1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
■400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
■400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium 
■Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
■Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
■Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

■Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
■Terbukti secara klinikal
■Mudah ditelan dan mudah diserap badan
■VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

■Mereka yang kurang mendapat zat-zat membina tulang dari pemakanan harian.
■Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
■Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
■Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
■Ibu hamil dan menyusukan anak
■Wanita yang mengalami gejala PMS
■Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
■Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 untuk pertanyaan/pesanan

Rabu, 17 Oktober 2012

Masalah jerawat dan petua tradisional




Rasanya kalau sebut pasal jerawat pasti setiap orang ada pengalaman tersendiri termasuklah saya sendiri. Ingat masa di kampus dulu, kalau ada "roommate" yang tumbuh jerawat, boleh dengar tetiba ada jeritan "Jerawat?..Oh tidakkk..!!". Mulalah dari pagi ke petang terbelek-belek muka kat cermin tu. Kalau cermin tu boleh cakap dia pun dah marah sebab bosan tengok muka orang yang sama dok mengeluh depan cermin :). Tu waktu zaman kampus dulu. Pengalaman sendiri,yang tak dapat dilupakan waktu di sekolah menengah dulu, saat-saat yang paling teruk naik jerawat. Mungkin sebab perubahan hormon menginjak ke zaman remaja, menyebabkan jerawat naik tak berhenti-henti. Masa sekolah dulu manalah tahu pasal suplemen ni, tambah pulak sekolah lagi, duit poket cukup-cukup untuk buat belanja makan kat kantin je. Kalau "over budget" jawabnya tak makanlah hari tu. Sebab tulah dulu masalah jerawat dan petua tradisional tak dapat dipisahkan. Semuanya sebab budget.

Inilah contoh serbuk kunyit yang saya guna tu..:)

Kalau waktu tu, kalau ada terbaca pasal petua-petua yang tak pakai budget banyak mulalah nak cuba, dari serbuk kunyit yang ada kat dapur sampailah petua guna daun gelenggang untuk hilangkan jerawat. Kalau pakai kunyit, kuning muka satu hari, orang pakai kunyit hidup, saya pulak pakai serbuk kunyit yang mak buat goreng ikan..huhuhu..yang tu je ada kat rumah pakai sapu jerlah kat muka ni, kekadang tengok macam berkesan jugak cuma warna kuning kat muka tu yang payah nak hilang. kelakar pulak fikir, punya taksub nak lawa punya pasal tu yang sanggup buat apa saja. Tu ok lagi yang paling teruk masa saya nak cuba petua guna daun gelenggang. Terbaca dekat suatu majalah daun gelenggang boleh hilangkan jerawat, so dok "aim" pokok gelenggang depan surau. Masalahnya nak pergi ambik malulah pulak, tu tempat budak-budak muda main sepak takraw petang-petang, mesti diaorang pelik apa budak perempuan ni buat dalam semak, kalau saya ambil "time" tu jugak daun gelenggang, jatuhlah imej huhuhu..jadi saya tunggu sampai malam..lepas ngaji Quran cepat-cepat pergi redah gelap, takde rasa takut pulak ada ular ke binatang bisa ke..yang penting daun gelenggang!.Dah dapat daun tu nak kena tumbuk pulak..dah siap tumbuk mulalah tampal dekat muka dengan harapan muka jadi licin berseri, tetiba rasa pijar satu muka...panasss...rupa-rupanya mak buat sambal belacan pakai lesung batu tu..Huhuu..tambah lagi la ramuan kat muka hari tu..

Daun gelenggang yang saya pernah guna tu..


Tapi selepas kenal Shaklee baru tahu kalau setakat letak ramuan kat muka , benda tu tak seefektif kalau kita "improve" sekali kesihatan dalaman kita, kalau setakat dari luaran jer yang kita jaga "maybe" jerawat tu akan berulang kembali, sebab masalah jerawat berpunca dari kekurangan zat nutrisi di dalam tubuh seseorang itu.

Di sini adalah vitamin-vitamin untuk yang ada masalah jerawat






  • GLA - untuk pulihkan kulit rosak.
  • Vita-E - untuk menghilangkan kesan parut-parut akibat jerawat.
  • B-complex - untuk membekalkan B6, penyebab jerawat adalah kerana kekurangan B6
  • Vitalea - Di dalam Vitalea ada chromium yang bantu metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil boleh sebabkan jerawat.
  • Zinc Complex - adalah untuk mengurangkan dan mencegah jerawat serta memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat. 
Jadi kalau anda ada masalah jerawat yang sukar hilang dan bertambah teruk dari sehari ke sehari anda boleh ambil vitamin-vitamin semulajadi ini sebagai langkah penyelesaian jerawat itu.


Boleh sms ke 013-2995854 jika berminat untuk membuat pesanan atau pertanyaan atau boleh like page www.facebook.com/OrganicSupplementShoppe untuk info lanjut.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor


Jumaat, 5 Oktober 2012

Vitamin untuk Kecantikan Kulit




  • Basic untuk kecantikan kulit adalah



Vita-E with grape seed extract : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu


Vita-C Plus : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit




B-Complex :membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam


TETAPI.........

Masalah jeragat sering terjadi pada kulit yang kering .

  • jika ada masalah jeragat, dematitis, eczema, psoriasis boleh tambahkan:


GLA : mengandungi Omega-6 yang bersifat anti-radang yang membantu masalah kulit dan melembapkan kulit.



Jerawat akibat Sinus.
  • Jika ada masalah jerawat disebabkan alahan dan resdung boleh tambahkan:



Alfalfa Complex : Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).



Jerawat yang teruk perlukan Zink Complex  sebagai tambahan.

  • Jika ada masalah jerawat yang teruk (jerawat batu, luka, bernanah)boleh tambahkan :




Zink Complex : Merawat luka, mengawal keradangan pada kulit dan meningkatkan ketahanan sel


Kulit lebih anjal dan gebu dengan ESP


  • Boleh tambahkan ESP Untuk mempercepatkan penyerapan semua vitamin dan mempercepatkan hilang parut-parut di wajah.

Energizing Soy Protein(ESP) : protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk fiber elastik untuk penegangan kulit.

Rabu, 19 September 2012

Semuanya tentang Alfalfa

Alfalfa Complex

Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian

  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthritis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



Testimoni Alfalfa

 Jeragat pudar dan kulit muka tegang setelah 2 bulan mengamalkan makan GLA dan Alfalfa. 

credit to :Ana Lyana
Free Auto Malaysia Backlinks