Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

Masalah Jerawat Akibat Kosmetik...Macam Mana Nak Buat?

Pernah saya berjumpa dengan seorang rakan yang bercerita masalah jerawat di mukanya gara-gara tersalah pilih produk kosmetik..Asalnya kulit dia tak bermasalah..bermula dengan salah menggunakan toner dan krim wajah, kulit dia dinaiki jerawat-jerawat halus yang lama kelamaan bertukar menjadi jerawat batu (jerawat bernanah). Jerawat batu yang belum sembuh spenuhnya naik bertindih-tindih menyebabkan struktur kulit dia nampak berkerutu dan gatal-gatal. Saya sarankan dia ambil suplemen Shaklee yang bersesuaian agar masalah jerawat akibat kosmetik tu dapat diatasi sebab kalau masalah kulit... yang paling baik jika dipulihkan dari dalam.

Jerawat kosmetik antara jerawat yang sukar diatasi. (Gambar Hiasan)


Namun apa yang menggembirakan saya apabila ada pengguna yang sharing berjaya mengatasi masalah yang hampir sama selepas dia amalkan Vit E, Alfalfa dan ESP. Ni adalah sebahagian sharing dari Pn Ema.



Gambar No.1
- Awl tahun 2013,punca gara2 salah pakai produk.Dah mcm2 produk saya cuba utk hilangkan jerawat,tapi sayang,jerawat makin menjadi2.

Gambar No.2
Pertengahan tahun 2013,saya cuba produk shaklee.Selepas 2-3 bulan mcm tu la(Tak berapa nak ingat)dgn pengambilan ESP+Alfalfa+Vit E.Jerawat mula kering.

Gambar No.3
- Parut makin pudar.

Gambar No.4
- Anda nilaikan sendiri hehehe....


Note: Gambar takde nak edit2 ye.camera2 360 tu semua takde.Ini gambar real ye .
I LIKE SHAKLEE

walaubagaimanapun seperti yang selalu saya tegaskan..suplemen ni bukan ubat..dia lebih kepada membekalkan nutrisi yang tubuh kita perlukan untuk kulit cepat sembuh. Suplemen tak tinggalkan kesan sampingan seperti ubat sebab zat yang terkandung menyamai zat yang kita dapat dari makanan yang kita makan setiap hari tapi dalam jumlah yang lebih tepat.

Kalau berminat bolehlah sms/whatssup kepada saya ye..

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms/whatssup 013-2995854

Ahad, 28 April 2013

Cara atasi masalah puting luka buat ibu-ibu menyusu

Ada pelbagai punca yang menyebabkan puting luka. Masalah ini boleh menjadi bertambah serius jika tidak dirawat. Bila masalah ini terjadi penyusuan ibu menjadi tidak lancar. Jangan risau kerana ada cara atasi masalah puting luka buat ibu-ibu menyusu.

Masalah puting luka menyukarkan penyusuan ibu.


Punca-punca puting luka

1)Kesukaran melekap
Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jadi dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut. 

2)Jangkitan fungus (thrush) 
Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.
Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Masalah "oral thrush" pada bayi.


3)Lidah terikat 
Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat. Ini bermakna, lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.
Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna. 

4)Dermatitis 
Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja. 

5)Menyusukan semasa hamil
Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

6) Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

[sumber :babycenter.com.my]

Vitamin E turut membantu masalah puting luka

Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata-rata ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan vit E dengan konsisten sangat membantu si ibu "recover" dari kesakitan yang dilalui.


Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula

Pengalaman Ibu Menyusu dan Vitamin E


Vit E sangat membantu ibu menyusu yang ada masalah puting luka kerana Vit E melembapkan "nipple" dan elak kulit di bahagian tersebut terkopek atau luka lagi.

Berminat untuk mendapatkan Vita-E?? Hubungi saya

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms/call 013-2995854

Khamis, 25 April 2013

Masalah Parut Jerawat Berlubang-lubang Berjaya Diatasi..

Selain masalah jerawat, lubang-lubang parut bekas jerawat juga mengambil masa untuk pulih semula. Sesetengah tu, walaupun dah bertahun-tahun masalah parut berlubang tu kekal tanpa pulih sedikit pun. Tambah menyedihkan ada yang menyamakan masalah parut berlubang ni  dengan dengan kawah di permukaan bulan. Pasti yang ada masalah ni tambah tertekan dengan gurauan yang berbau kritikan tu. Tapi jangan risau, ada customer yang ada masalah parut jerawat berlubang-lubang berjaya atasi masalah tersebut dengan hanya Vita-E Complex sahaja.

Masalah parut jerawat boleh disembuhkan.


Sebab apa Vita-E Complex bagus untuk masalah parut jerawat berlubang?

Terbaik untuk masalah parut jerawat berlubang-lubang.


1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.



2. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. 

3. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. 

4.Anti oksidan.


5.Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.



Testimoni customer:

Sebulan amalkan Vita-E, lubang parut jerawat semakin kurang



klik untuk besarkan imej

Jika anda nak mencuba Vita-E dengan ekstrak biji anggur ni boleh hubungi saya:

Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call: 013-2995854

INGIN BELI SECARA ONLINE VITA-E?KLIK SINI 

Khamis, 11 April 2013

[Q & A] Ada Cara Hilangkan Masalah Parut Jahitan?

Soalan :
Puan ada tak cara nak hilangkan masalah parut jahitan di muka dan tangan saya. Sebenarnya 4 bulan lepas saya terlibat dalam kemalangan dan masalah parut tu jelas kelihatan di muka saya dan bahagian tangan. Puan tolong cadangkan suplemen yang bagus nak atasi masalah saya ni ye. Hujung tahun ni saya nak berkahwin, harap sangat parut tu cepat hilang. TQ


-Balqis-
Rawang


Masalah parut jahitan.




Jawapan :

Cik,
Sebenarnya ada cara nak hilangkan masalah parut jahitan akibat kemalangan tu. 2 suplemen yang sangat bagus untuk masalah ni ialah:


  • ESP (Energizing Soy Protein)
Sangat bagus untuk masalah parut


ESP adalah Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit. Jadi sel-sel yang rosak akan dibaik pulih jika cik mengambil ESP. Jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baik semua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan.



  • Vita-E with Grape seed Extract
Vitamin kulit cantik.


Vita-E merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan "sunburn" akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya. Ia juga membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Selain menghilangkan parut dan jeragat, ia juga membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Success story pengguna Vita E dan ESP

Pengguna ni terlibat dalam kemalangan dan menerima jahitan dekat bahagian muka. Untuk menghilangkan masalah parutnya, dia konsisten consume ESP dan Vita E. Selain itu dia juga turut menyapu minyak pati Vita-E di bahagian jahitan tersebut, alhamdulillah..parutnya makin samar dan makin hilang.


Jika nak mendapatkan ESP dan Vita-E ni boleh sms ke 013-2995854 untuk info lanjut.

Faizah Zain | Shaklee Independent Distributor 887424| sms/whatsapp : 013-2995854

Sabtu, 16 Mac 2013

Ketahui tentang Masalah Alzheimer - Penyakit yang dideritai Tan Sri Jins Shamsuddin sekarang.

Saya rasa ramai yang terkejut dengan berita yang mengatakan bahawa Tan Sri Jins Shamsuddin sedang menderita dengan masalah AlzheimerBeliau menghidap penyakit Alzheimer sejak 2 tahun lalu yang telah memusnahkan beberapa sel otak sehingga menyebabkan beliau tidak dapat mengingati kisah-kisah yang pernah beliau lalui. Ramai yang sedih dan bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelakon veteran hebat kita ni. Sehingga saat ini, ada yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya masalah Alzheimer. Penting untuk anda ketahui tentang masalah Alzheimer agar anda boleh membantu orang-orang yang tersayang jika mereka mengalaminya.


Tan Sri Jins Shamsudin sudah 2 tahun menderita masalah Alzheimer.

Apakah Alzheimer?



Masalah Alzheimer membuatkan daya ingatan merosot dengan teruknya.


  • sebutannya alz-zhai-me.
  • sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.
  • bukannya sejenis penyakit berjangkit.
  • keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.
  • bukannya `nyanyuk' yang disebabkan oleh proses penuaan
  • sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
  • salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

Peringkat-peringkat  Alzheimer
  • Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
  • Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.
  • Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Tanda-tanda lain
  • Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya.
  • Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
  • Pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit "36 jam" sehari.
  • Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah kerana mereka akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.
Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.


Individu yang berisiko

  • Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kencing manis diabetes
  • Kurang melakukan senaman
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Suplemen untuk masalah Alzheimer
Diformulasi dari bahan semulajadi
  • Suplemen sangat membantu dalam menangani masalah Alzheimer, menurut Persatuan Alzheimer, kadang-kadang vitamin E digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer. Teori menunjukkan vitamin E larut dalam lemak dan cepat memasuki otak, ia boleh menghalang kerosakan sel. Klinik Mayo mendapati ada penyelidikan yang menunjukkan kemungkinan vitamin E turut melambatkan perkembangan penyakit tersebut. 
Untuk masalah Alzheimer, vitamin C lebih efektif digunakan bersama vitamin E


  • Vitamin C yang diambil bersama Vitamin E memberi perlindungan pada penuaan otak. Penyelidik dari John Hopkins University mendapati vitamin C dan E bekerjasama untuk membasmi radikal bebas yang dipancarkan oleh proses metabolik badan. Dapatan kajian telah diterbitkan dalam Archives jurnal Neurologi.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), folat (vitamin B9) adalah penting untuk kesejahteraan sistem saraf. Paras homosistein yang tinggi dan tahap rendah folat serta vitamin B12 telah dikesan di kalangan pesakit Alzheimer. Ini adalah sebab untuk NIH percaya bahawa suplemen folat mungkin bermanfaat jika anda mempunyai lebih tinggi daripada paras homosistein yang biasa.  Kajian yang diterbitkan pada 8 September, 2010, terbitan PLoS oleh penyelidik  Universiti Oxford mendapati rawatan dengan vitamin B bersama asid folik terutamanya, B12 dan B6, melambatkan kadar penurunan fungsi otak dengan merendahkan tahap homocysteine​​. Tindakan vitamin B juga boleh melambatkan dan juga mencegah bermulanya AD.
Ostematrix lengkap dengan vitamin D


  • Menurut laporan daripada penyelidik Farmasi-Glendale di Kolej Universiti Midwesternyang disiarkan dalam isu 2010 Julai- "Perunding Farmasi," tahap rendah vitamin D juga dikaitkan dengan penyakit demensia di kalangan warga tua, terutamanya penyakit Alzheimer.
Kaya dengan Omega-3

  • Kajian, yang disiarkan dalam Jurnal Penyakit Alzheimer, mendapati vitamin D3 dan asid lemak Omega-3 meningkatkan keupayaan makrofaj pesakit penyakit Alzheimer dan ia menghalang kematian sel yang disebabkan oleh amiloid-beta.
Suplemen bukan macam ubat yang mengubati tapi lebih kepada mencegah dan meningkatkan keupayaan sel di dalam tubuh seseorang itu. Mungkin cara terbaik adalah memulakan langkah pertama anda dari sekarang sebelum terlambat.

sumber : 
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 

Rabu, 6 Mac 2013

Cara menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD" dengan vitamin semulajadi

Sebenarnya memang sukar nak hilangkan masalah "Blackhead" dan "Whitehead" ni. Saya rasa ramai yang dah beratus-ratus ringgit habis tapi masalah yang sama tak selesai-selesai juga. Alhamdulillah, ada cara menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"  dengan vitamin semulajadi Shaklee. Yang penting kena konsisten dalam menggunakan Vita-E ni.


Ramai yang alami masalah "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"


Apakah "Blackhead" dan "Whitehead" ni?
  • "Blackhead" - nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.
  • "Whiteheads" - nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang  terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam  liang pori-pori di muka .  "Whiteheads" boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).


Perbezaan di antara "Whitehead" dan  "Blackhead"

Cara menggunakan Vita-E dalam merawat "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"  
  • Cuci muka bersih-bersih, cucukkan Vita-E dan sapu minyak patinya di muka sebelum tidur, esoknya baru dicuci selepas bangun dari tidur.
  • Makan Vita-E 1 hari sebiji.
Insya_Allah masalah di atas dapat diatasi jika konsisten dalam penggunaannya. Selain itu untuk mengatasi masalah ni elok juga amalkan langkah-langkah di bawah:-
  • pastikan pengambilan air kosong mencukupi 2-3 liter sehari.
  • cuci muka sekurang-kuranga 2x sehari.
  • tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  • makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
  • kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.

Sharing dari customer yang berjaya atasi masalah "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"  dengan Vita-E

Vitamin E dengan Ekstrak Biji Anggur



Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 



Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Jika anda ada masalah yang sama dan inginkan Vitamin E semulajadi ni, boleh sms 013-2995854 untuk info lanjut.
Faizah Zain
SID 887424



Sabtu, 23 Februari 2013

Rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu..

Dalam banyak-banyak artis tempatan, Dato' Siti Nurhaliza adalah di antara artis yang saya sering ikuti perkembangannya dari bangku sekolah sampailah sekarang. Dulu, kalau majalah yang ada muka Dato' Siti mesti nak beli punya. Bagi saya, selain kemerduan suaranya, Dato' Siti di antara artis yang mempunyai kulit yang halus dan cantik. Tertanya-tanya juga dulu apa yang Dato' amalkan untuk dapat kulit cantik macam tu. Daripada beberapa sumber yang saya temui, di sini saya kongsikan rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu.


Gambar ketika menyambut hari lahirnya yang ke -34


Dato' Siti dan Suplemen tambahan

Melalui sumber yang saya temui, Dato' Siti adalah seorang yang mementingkan penjagaan dalaman. Suplemen tambahan hariannya ialah seperti vitamin C,E, antioksida dan B-Complex. Beliau juga menjadikan amalan meminum susu sebagai amalan hariannya untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi. Selain itu untuk menaikkan seri wajah, Dato' Siti akan berselawat setiap kali mencuci muka (sumber asal di sini). Beliau juga mengamalkan vitamin Bawang putih dan spirulina untuk kesihatan perut dan stamina (sumber asal di sini)

Memang benar vitamin C, E dan B-Complex adalah di antara vitamin asas untuk mendapatkan kulit yang cantik. Manakala vitamin bawang putih dan spirulina bagus untuk kesihatan berkaitan organ-organ dalam tubuh. 
  • Vitamin E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu
  • Vitamin C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit
  • B-Complex : membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam
  • vitamin Bawang Putih : melambatkan penuaan dan di dalam bawang putih itu sendiri mempunyai vitamin A, B dan C
  • Spirulina: untuk kesihatan dalaman tubuh.
Mungkin terdapat pelbagai pilihan suplemen di pasaran namun pastikan anda memilih suplemen dari sumber semulajadi, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada sijil sah halal. Biarlah cantik dan sihat  itu seiring. Oklah, cukup sampai sini dulu..lain kali saya akan ceritakan pula pasal petua tradisonal yang Dato' Siti amalkan.

Faizah Zain
SID 887424
sms 013-2995854 


Khamis, 21 Februari 2013

Kenali bakteria punca JERAWAT...!!

Mungkin ramai yang tahu JERAWAT disebabkan oleh sel-sel mati yang tertanam di dalam liang dan folikel dan  bercampur dengan minyak serta bakteria yang akhirnya terperangkap di bawah kulit.  Sekatan pada liang-liang pori kulit akan terus menghasilkan sebum yang mengembang dan membentuk ketulan pada kulit iaitu jerawat. Tetapi apakah bakteria punca jerawat?

Inilah Propionibacterium acnes




Bakteria yang berada di dalam pori-pori kulit yang boleh menyebabkan munculnya jerawat adalah Propionibacterium acnes (P. acnes). Ia merupakan sejenis bakteria unaerob. Bakteria ini cenderung berkembang biak di dalam kelenjar sebaceous yang tersumbat, yang menghasilkan zat-zat yang menimbulkan iritasi pada daerah sekitarnya. Lama-kelamaan kelenjar ini akan membengkak dan mungkin akan pecah kemudian menyebarkan radang ke kulit daerah sekitarnya. Keadaan inilah menyebabkan jerawat batu yang parah dan berbekas luka .

Cara tindakan P.acnes pada kulit


Nama dari Propionibacterium Acnes diambil kerana bakteria ini dapat menghasilkan menghasilkan asid propionik (propionic acid). Ketika pori pori kulit terhalang atau "tidak boleh bernafas" maka bakteria yang sifatnya hidup didalam keadaan anaerobic (tanpa oksigen) ini membiak dengan sangat cepat dan mengeluarkan banyak bahan kimia untuk merosakkan jaringan-jaringan pada pori-pori kulit dan memberi peluang kepada bakteria seperti Staphylococcus aureus ke kulit yang kemudian membentuk "luka jerawat" (acne lesion).

Rawatan untuk kulit yang bermasalah melalui tindakan dalaman tubuh

Disarankan untuk mengambil :
  • ZINC : untuk menyembuhkan luka-luka yang terhasil akibat jerawat.
  • ALFALFA : untuk memusnahkan bakteria kerana sifat klorofilnya yang antibakteria.
  • VITA-E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.
  • VITA-C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.
  • B-COMPLEX : membekal vitamin B6 untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat.
untuk rawatan luaran pula boleh menggunakan benzoyl peroxide dan rawatan sinar ultraviolet sekitar 405 - 420 nm.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Bantu diri anda kekal sihat dengan Nutrisi Semulajadi..

Faizah Zain
SID 887424
sms 013-2995854



dan tidak kusam

Selasa, 5 Februari 2013

Masker untuk menggebukan wajah

Memang ada macam-macam jenis masker yang saya dengar. Tapi saya tertarik dengan masker yang satu ni, selepas tengok wajah pengamal dia yang jadi gebu, cerah dan licin. Jom kita belajar cara nak buat masker untuk menggebukan wajah.





step 1: 1sudu ESP + 1bji Alfalfa + 1kapsul vit E di cucuk dan diletak dalam mangkuk
step 2: picit vit E yang dah dicucuk + bahan tadi dgn sedikit air
step 3: kacau semua sehingga sebati
step 4: sapu kat muka
step 5: cuci & bilas dgn air.. :)



Cuba tengok dah berseri-seri wajah orang yang ajar cara buat masker ni. Kalau nak tahu macam mana nak dapatkan ESP,Alfalfa dan Vita-E Shaklee ni boleh sms 013-2995854. Ketiga-tiga tu juga bagus jika dijadikan suplemen harian bagi yang nak cantik dan awet muda.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
SMS 013-2995854

Rabu, 30 Januari 2013

Petua awet muda cara Islam dan Moden


Petua awet muda cara Islam ni adalah dari Ustazah Fatima Az-Zahrah. Semoga ianya bermanfaat buat semua:


Cara Pertama:

  • Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  • Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



Cara Kedua:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Petua awet muda cara moden
  • Pastikan pengambilan air kosong anda cukup 2-3 liter sehari
  • Banyakkan berjalan untuk memastikan tubuh anda sentiasa kekal aktif dan bebas lemak.
  • Pastikan badan anda mendapat cukup suplemen, brand pilihan saya sudah semestinya SHAKLEE yang halal dan semulajadi, vitamin yang paling asas untuk kecantikan luar dan dalam adalah vitamin E , vitamin C, B-Complex dan juga Protein ( pastikan yang bebas lemak seperti ESP (Soy Isolated Protein)
  • Tidur pastikan cukup 8 jam sehari


Di sini dikongsikan juga masker awet muda ala Shaklee iaitu :


  • ESP + natural yogurt + Vitamin E (kesan: kulit lembut, anjal,dan bebas jerawat)
  • ESP + natural yogurt (kesan: kulit lembut, anjal dan tona sekata)
  • Vitamin E (kesan: kulit lembut,berseri,bebas jerawat..awet muda gitu..)
  • Collagen Powder (mix with toner or yogurt.Kesan: kulit menjadi lembut, anjal, tona sekata, pori2 mengecil)
  • Vitamin C (mix with water.sapu rata seluruh muka - kesannya: kulit bebas jerawat dan cerah sekata)
  • Nutriferon (ni area muka yg ada jerawat, tak perlu sapu seluruh muka...ala2 spot treatment.ia mmg first-aid dikala diperlukan..kecut jerawat yg merah2 tu.. )
  • Vivix (sapu rata seluruh muka..khasiatnya :kulit lembut, berseri dan awet muda)
  • Alfalfa (ala2 scrub)


kalau anda nak dapatkan resepi masker awet muda di atas bolehlah jadi customer All Natural Supplement, resepi lengkap dan terperinci akan diberi.

Faizah Zain
Shaklee independent Distributor
sms 013-2995854



Free Auto Malaysia Backlinks