Khamis, 21 Februari 2013

Kenali bakteria punca JERAWAT...!!

Mungkin ramai yang tahu JERAWAT disebabkan oleh sel-sel mati yang tertanam di dalam liang dan folikel dan  bercampur dengan minyak serta bakteria yang akhirnya terperangkap di bawah kulit.  Sekatan pada liang-liang pori kulit akan terus menghasilkan sebum yang mengembang dan membentuk ketulan pada kulit iaitu jerawat. Tetapi apakah bakteria punca jerawat?

Inilah Propionibacterium acnes




Bakteria yang berada di dalam pori-pori kulit yang boleh menyebabkan munculnya jerawat adalah Propionibacterium acnes (P. acnes). Ia merupakan sejenis bakteria unaerob. Bakteria ini cenderung berkembang biak di dalam kelenjar sebaceous yang tersumbat, yang menghasilkan zat-zat yang menimbulkan iritasi pada daerah sekitarnya. Lama-kelamaan kelenjar ini akan membengkak dan mungkin akan pecah kemudian menyebarkan radang ke kulit daerah sekitarnya. Keadaan inilah menyebabkan jerawat batu yang parah dan berbekas luka .

Cara tindakan P.acnes pada kulit


Nama dari Propionibacterium Acnes diambil kerana bakteria ini dapat menghasilkan menghasilkan asid propionik (propionic acid). Ketika pori pori kulit terhalang atau "tidak boleh bernafas" maka bakteria yang sifatnya hidup didalam keadaan anaerobic (tanpa oksigen) ini membiak dengan sangat cepat dan mengeluarkan banyak bahan kimia untuk merosakkan jaringan-jaringan pada pori-pori kulit dan memberi peluang kepada bakteria seperti Staphylococcus aureus ke kulit yang kemudian membentuk "luka jerawat" (acne lesion).

Rawatan untuk kulit yang bermasalah melalui tindakan dalaman tubuh

Disarankan untuk mengambil :
  • ZINC : untuk menyembuhkan luka-luka yang terhasil akibat jerawat.
  • ALFALFA : untuk memusnahkan bakteria kerana sifat klorofilnya yang antibakteria.
  • VITA-E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.
  • VITA-C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.
  • B-COMPLEX : membekal vitamin B6 untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat.
untuk rawatan luaran pula boleh menggunakan benzoyl peroxide dan rawatan sinar ultraviolet sekitar 405 - 420 nm.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Bantu diri anda kekal sihat dengan Nutrisi Semulajadi..

Faizah Zain
SID 887424
sms 013-2995854



dan tidak kusam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks