Sabtu, 9 Februari 2013

Cara mengatasi masalah tumit kaki pecah atau merekah yang menyakitkan

Masalah tumit kaki pecah atau merekah ni pada peringkat permulaan memang tak menyakitkan tapi kalau dibiarkan bahagian rekahan itu akan jadi tambah teruk sehingga berdarah. Saya pernah merasa sakitnya bila tumit merekah, tambah-tambah bila terkena air, bahagian yang merekah dan kering tu akan jadi mengembang dan pedih, nak pijak lantai pun rasa ngilu je. Walaupun begitu, ada cara mengatasi masalah tumit pecah atau merekah ni. Boleh baca tips di bawah ini jika anda menghadapi masalah yang sama.

Rekahan yang teruk boleh menyebabkan tumit berdarah


Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:
  • Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  • Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
  • Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  • Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  • Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  • Masalah kaki leper.
  • Memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Kencing manis.
beberapa petua yang boleh dicuba:

Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam air suam di dalam besen. Rendamkan kaki ke dalam besen tadi dalam 1/2 jam. Lakukan sampai tumit kakai kembali seperti biasa.

Petua 2:

Sapukan lotion HERBAL BLEND di tapak kaki sekurang-kurangnya 2x sehari. Lakukan sehingga sembuh. Losyen ni sejuk dan berangin. Bukan setakat orang dewasa je boleh guna, bayi yang ada masalah ruam lampin atau Eczema pun sesuai pakai losyen ni.




Petua 3:
Sapukan getah betik muda ke tempat yang merekah. Lakukan sehingga sembuh.

Petua 4:
Gosok tumit kakai denga belimbing buluh, kemudian berus dengan berus yang lembut. lakukan selalu agar cepat sembuh.

Petua 5:
Rendam kaki ke dalam air suam, gosok tumit dengan bawang putih.

Petua 6:
Gunakan selipar di dalam rumah.

Selamat mencuba ya!



Ingin mendapatkan HERBAL BLEND?? Hubungi

Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks