Memaparkan catatan dengan label Tips turunkan berat badan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips turunkan berat badan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2013

Rahsia kurus dan cantik macam Soo Wincci

Macam-macam petua untuk cantik dan kurus macam selebriti. Kali ini saya nak berkongsi rahsia kurus dan cantik macam Soo Wincci. Mungkin ramai yang tidak tahu Soo Wincci juga pernah mengalami masalah berat badan ketika remajanya. Jom kita korek rahsia beliau yang cantik dan menawan tu.



Rahsia kecantikan Soo Wincci


Wajah Miss World Malaysia yang ke-41 ini tidak lagi asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Semenjak menyertai MasterChef Selebriti musim pertama, nama wanita berusia 28 tahun ini terus mendapat tempat bukan sahaja bagi masyarakat Cina, bahkan masyarakat Melayu. Malah, kerana bakat dan kecantikan dimilikinya, Wincci turut menjadi dambaan peminat di Taiwan yang begitu memujanya. Ikuti rahsia Wincci menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.


Boleh kongsikan rahsia kecantikan anda?

WINCCI : Saya adalah duta produk penjagaan kulit dan kesihatan AVON. Mereka melantik saya setahun selepas dinobatkan sebagai Miss World Malaysia. Saya diibaratkan seperti 'tikus putih' yang harus mencuba kesemua produk kulit dan kesihatan sebelum ia dipasarkan. Bagi saya inilah rahsianya kerana saya mendapat produk yang sangat bermutu tinggi dan berkualiti.


Apakah produk penjagaan kulit yang anda amalkan?

WINCCI : Saya menggunakan rangkaian produk Anew Reversalist dan Anew Clinical Pro Liner Eraser with AF33. Saya juga mengamalkan minuman kolagen AVON. Sudah empat tahun saya setia dengan produk ini. Selain bagus untuk kulit, kolagen juga mampu membentuk tubuh cantik menawan. Saya biasanya mengambil minuman kolagen sebelum saya workout.


Selain pemakaian produk, apa lagi yang anda amalkan untuk kulit?

WINCCI : Saya seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat. Saya mengutamakan buah-buahan kerana khasiatnya sudah lama diketahui dalam mengekalkan keremajaan kulit dan kecantikan tubuh. Selain itu saya juga mengambil vitamin C.


Adakah anda mempunyai rutin tertentu untuk mengekalkan kelangsingan tubuh?

WINCCI : Sudah semestinya! Saya tidak dilahirkan terus cantik seperti ini. Saya juga ada kisah silam yang sukar kerana dahulu saya bertubuh gempal dan kerap dibuli. Balik sekolah saya mesti menangis tetapi apabila meningkat dewasa, kekurangan bertubuh besar dan tinggi saya lihat sebagai satu peluang. Jadi saya gunakan kekurangan itu untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga mengurangkan pengambilan daging dan karbohidrat serta melebihkan pengambil buah-buahan dan susu.


Tentu ada hari-hari anda 'terlebih makan', jadi bagaimana cara anda mengatasinya?

WINCCI : Saya ada resipi detoks sendiri. Biasanya saya akan kisar buah epal, oren, limau dan dua buah kegemaran sehingga menjadi air satu liter. Saya akan ulang minum jus ini sampailah habis. Selain itu, saya juga suka berpuasa dan sudah dua tahun saya berpuasa penuh.


Selain menjaga tubuh dengan pemakanan, adakah anda bersenam?

WINCCI : Tentu sekali! Saya akan luangkan masa sebanyak tiga hingga empat kali seminggu untuk bersenam. Saya lebih suka bersenam di gimnasium kerana saya suka melakukan regangan.


Apa pesanan anda untuk pembaca?

WINCCI : Dunia ini tidak ada wanita hodoh, yang ada cumalah wanita malas. Saya tidak dilahirkan terus cantik dan cerdik tetapi saya berusaha untuk dapatkannya. Kalau saya boleh kenapa anda tidak? Usah takut dengan cabaran dan rancang kehidupan ke arah yang lebih baik.


PROFIL 
Nama Komersil: Soo Wincci
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Penyanyi, Komposer, Pelakon, Pengacara, Model.

Ahad, 28 April 2013

Masalah Perut Buncit Suami Tiada Lagi..

Bukan wanita sahaja, ramai juga lelaki yang sudah berkahwin mengalami masalah perut buncit. Ada pelbagai faktor penyumbang masalah perut buncit ni. Tapi sebab utama adalah pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian perut. Ada yang mengatakan perut buncit lambang "kemakmuran" atau "prosperity". Mungkin kot sebab kalau rezeki lebih..makan pun kekadang jadi berlebihan juga. Di sini sebenarnya saya nak share testimoni dari Puan Mariana Mahathir tentang kegembiraannya apabila masalah perut buncit suaminya tiada lagi..bak bukit yang ditarah rata..Tapi sebelum tu jom tengok faktor-faktor penyumbang perut buncit ni.



Banyak penyumbang perut buncit ni.



Apa sebab perut buncit??
  • makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang. Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Pengambilan alkohol atau arak juga adalah punca kepada perut buncit. Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. 
  • stress yang tidak terkawal juga mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit.
  • merokok atau penggunaan tembakau boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. 
  • tidak aktif secara fizikal samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat. Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. 
  • perubahan hormon akibat penuaan (bagi wanita ia berlaku ketika menopaus) . Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. 

(sumber :doknorm.blogspot.com)


Pengambilan Omegaguard (99% omega-3) dalam mengawal perut buncit



  • Omega-3 dan penurunan kolestrol "jahat" (LDL) dan memperlahan pemendapan kolestrol


Omega 3 menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Kajian di barat menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 yang amat tinggi. Secara teorinya saintis berpendapat, omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.


(sumber :doknorm.blogspot.com)

  • Omega-3 mengawal tindakbalas badan terhadap hormon leptin
♥ Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.
♥ Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti.
♥ Leptin tidak dapat berfungsi dengan baik apabila seseorang mengalami obesiti, lalu menjadikan tubuh kita tidak menerima isyarat dari leptin dengan baik. Malangnya ia menjadikan seseorang itu lebih rasa nak makan apabila keadaan ini berlaku. Omega-3 mengawal hormon leptin ini secara tidak langsung membantu seseorang itu daripada makan secara berlebihan.

(sumber: vitaminsemulajadi.com)


Testimoni Puan Marina Mahathir

Selepas 3 bulan masalah perut buncit suaminya dapat diatasi.

klik untuk besarkan imej.
Jika ingin mendapatkan OMEGAGUARD anda boleh hubungi saya :

Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424| sms/call 013-2995854

Isnin, 18 Mac 2013

Tips turunkan berat badan - Pinggan dan Hidangan Biar Kontras

Satu kajian yang dibuat oleh sepasukan penyelidik dari Georgia mendapati bahawa warna turut membantu dalam proses menurunkan berat badan. Tips turunkan berat badan yang belum pernah saya dengar ni adalah pinggan dan hidangan biar kontras di antara satu sama lain.

Warna turut membantu proses menurunkan berat badan.

Dengan membeli pinggan yang berwarna-warni dan menyajikannya setiap kali hendak makan, anda akan kurang 200 kalori dalam setiap hidangan iaitu berat badan anda akan hilang 2lb lebih sebulan. Mengapa perkara ini terjadi?

Kesan akan lebih efektif jika alas meja sama dengan warna pinggan.

Penyelidik mendapati bahawa jika anda menghidangkan makanan di atas pinggan yang mempunyai warna yang kontras (contohnya kentang lenyek di atas pinggan biru) anda akan makan makanan yang dihidangkan kurang sehingga 10% daripada apa yang anda akan makan jika menggunakan pinggan yang sama warna dengan makanan yang dihidangkan. 


Kesan akan lebih efektif jika alas meja anda sepadan dengan warna pinggan yang anda gunakan untuk makan.

Saintis menamakan fenomena ini sebagai ilusi Delboeuf, yang menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap saiz objek dipengaruhi oleh tempat ia diletakkan samada di atas atau berhampiran sesuatu. Ini adalah salah satu tips yang bagus untuk menurunkan berat badan anda.

KAJIAN OLEH:
Pasukan Georgia Institute of Technology
Subjects 200 sukarelawan
Ujian Subjek diminta untuk berkhidmat makanan ke atas plat yang berlainan warna
Maklumat jstor.org


WEIGHT LOSS SET
Boleh cuba 3 produk terbaik dari kami. Cinch Shake Mix, Lecithin dan Herb-Lax. Gabungan pemecah, pembakar lemak dan penyahtoksin daripada bahan-bahan semulajadi oleh Shaklee.


Faizah Zain 
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Free Auto Malaysia Backlinks