Memaparkan catatan dengan label Tips penyusuan ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips penyusuan ibu. Papar semua catatan

Ahad, 28 April 2013

Cara atasi masalah puting luka buat ibu-ibu menyusu

Ada pelbagai punca yang menyebabkan puting luka. Masalah ini boleh menjadi bertambah serius jika tidak dirawat. Bila masalah ini terjadi penyusuan ibu menjadi tidak lancar. Jangan risau kerana ada cara atasi masalah puting luka buat ibu-ibu menyusu.

Masalah puting luka menyukarkan penyusuan ibu.


Punca-punca puting luka

1)Kesukaran melekap
Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jadi dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut. 

2)Jangkitan fungus (thrush) 
Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.
Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Masalah "oral thrush" pada bayi.


3)Lidah terikat 
Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat. Ini bermakna, lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.
Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna. 

4)Dermatitis 
Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja. 

5)Menyusukan semasa hamil
Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

6) Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

[sumber :babycenter.com.my]

Vitamin E turut membantu masalah puting luka

Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata-rata ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan vit E dengan konsisten sangat membantu si ibu "recover" dari kesakitan yang dilalui.


Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula

Pengalaman Ibu Menyusu dan Vitamin E


Vit E sangat membantu ibu menyusu yang ada masalah puting luka kerana Vit E melembapkan "nipple" dan elak kulit di bahagian tersebut terkopek atau luka lagi.

Berminat untuk mendapatkan Vita-E?? Hubungi saya

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms/call 013-2995854

Ahad, 7 April 2013

Cara Menghilangkan Batuk dan Demam pada Bayi Penyusuan Ibu

Bagi yang ada bayi yang masih kecil dan alami batuk dan demam pasti ada yang berasa ragu-ragu untuk memberikan ubat kepada si kecil. Saya sendiri pun semasa anak saya berusia 1 bulan, takut untuk memberikan ubat demam pada pada bayi saya. Sebenarnya di sini saya nak kongsikan alternatif cara yang lebih semulajadi cara menghilangkan batuk dan demam pada bayi penyusuan ibu.
Susu ibu alternatif terbaik buat bayi yang demam dan batuk.

Cara yang ibu-ibu boleh buat adalah dengan meningkatkan tahap imun pada bayi melalui susu ibu. Jadi ibu-ibu yang menyusu perlu ambil makanan atau suplemen yang dapat tingkatkan daya tahan tubuh ibu terhadap penyakit. Selain daripada bawang putih, tembikai, cendawan butang, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, suplemen yang sangat bagus ibu-ibu menyusu ambil adalah NUTRIFERON Shaklee. 

Suplemen ni memang sangat membantu meningkatkan tahap imunisasi tubuh ibu kerana mengandungi Interferon yang diperoleh daripada satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Interferon telah dikenalpasti oleh saintis dan komuniti perubatan di sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.


Sangat bagus untuk tingkatkan tahap imun tubuh  ibu menyusu.

Pengalaman seorang ibu menyusu yang telah mengamalkan NUTRIFERON dikongsikan di sini. Sebelum ini anak Puan Ainul Shahrazad mengalami batuk berkahak dan demam yang agak teruk. Setelah ambil Nutriferon, Alhamdulillah..masalah batuk dan demam dah tak jadi masalah lagi pada bayi Puan Ainul lagi.



Ingin mendapatkan Nutriferon? Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa!. Sempena promosi bulan April 2013. Setiap 6 pembelian akan dapat 1 PERCUMA pek Nutriferon. Dapatkan sementara stok masih ada!.

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms/call: 013-2995854


Free Auto Malaysia Backlinks