Memaparkan catatan dengan label Osteoporosis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Osteoporosis. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2013

Makanan dan minuman yang mempercepatkan Osteoporosis

Mungkin ramai yang tahu makanan yang kaya dengan kalsium. Tetapi ramai yang tidak tahu makanan yang membuatkan kalsium cepat hilang dari tulang mereka dan merisikokan Osteoporosis. Jom ketahui makanan dan minuman yang mempercepatkan Osteoporosis.

Minuman berkafein di antara yang mempercepatkan kalsium hilang daripada tubuh.


Jika anda mempunyai sejarah osteoporosis dalam keluarga, sebaiknya anda perlu mengurangkan penggunaan beberapa jenis makanan dan minuman berikut ini:
1. caffeine
Dengan pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan kalsium. Semakin banyak anda minum caffeine, semakin banyak kalsium yang terbuang melalui air kencing. Walaupun begitu kesannya adalah kecil, sekirannya pola permakannan yang anda ambil mengandungi kalsium yang tinggi.
2. soda
Minuman bersoda juga boleh mengganggu kekuatan tulang. Menurut pakar fosforus, agen perasa asid fosforik yang terdapat didalam minuman soda, akan menganggu penyerapan kalsium.
3. garam
Semakin banyak garam yang masuk ke dalam tubuh, semakin banyak pula kalsium yang terbuang melalui air kencing dan peluh.
4. alkohol
Pengambilan alkohol dalam skala sederhana, kira-kira satu gelas sehari untuk wanita dan dua gelas untuk lelaki, memang memberikan kesan perlindungan bagi tulang. Tetapi bagi umat Islam alkohol diharamkan sama sekali. Larangan di dalam ajaran Islam memang terbukti benar kerana kebanyakan alkohol menyebabkan kekuatan tulang akan berkurangan.
5. protein
Pengambilan Protein dengan betul mengikut pola permakanan adalah baik untuk tulang. Protein sangat penting untuk tulang supaya sihat dan kuat. Tahukah anda wanita memerlukan kira-kira 46 gram protein setiap hari, sedangkan lelaki perlukan kira-kira 56 gram, tetapi jika berlebihan protein akan mengganggu keseimbangan pada tubuh badan. Jadi pastikan anda mengambil protein dalam kadar yang betul.
Jadi jika anda rasa anda adalah penggemar makanan atau minuman di atas cuba kurangkan dan amalkan mengambil suplemen kalsium.


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 


1 biji Ostematrix menyamai khasiat 80 biji badam dan segelas susu berkalsium tinggi.


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Jika anda berminat mendapatkan OSTEMATRIX hubungi:

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call 013-2995854

Sabtu, 9 Mac 2013

Wanita Lebih Berisiko Hidap Masalah Arthritis

Penyakit Arthritis ni, boleh beri kesan kepada sesiapa sahaja, tak kira usia, jantina atau kaum. Para penyelidik mendapati, wanita lebih berisiko hidap masalah Arthritis berbanding lelaki. Hampir 60% penghidap Arthritis adalah wanita dan ada beberapa jenis Arthritis yang sering dihidapi oleh wanita.

60% pesakit Arthritis adalah wanita.


Jenis-jenis Arthritis yang sering dihidapi oleh wanita


1) Osteoarthritis(OA) 
  • Penyakit sendi degeneratif yang paling biasa berlaku di kalangan wanita yang berusia 40-an.
  • Penyakit ini menyebabkan kerosakan pada rawan dan tulang, menyebabkan sakit sendi, pembengkakkan, kekakuan dan kehilangan fungsi.


2) Fibromialgia
  • Sindrom yang boleh digambarkan melalui sakit otot dan tulang pada seluruh badan.
  • Ia berkait dengan sakit otot dan kelesuan, sukar tidur, rasa kaku, kadangkala kemurungan atau kegelisahan. 
  • Ia juga adalah bentuk tisu lembut atau reumatik otot. 
Penyakit yang berkaitan otot dan tulang di seluruh badan.


3) Arthritis Rheumatid (RA)
  • selalu menyerang wanita berumur di antara 25 - 50 tahun.
  • Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak.
  • Ia adalah penyakit sistemik yang memberi kesan pada keseluruhan tubuh.
  • Ia juga merupakan adalah keadaan tak normal pada sistem imun tubuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik.
  • Ia menyebabkan inflamasi pada lapisan sendi dan organ dalaman.
  • Berlaku kemerosotan,sakit dan pergerakan terbatas.
Kanak-kanak juga ada yang alami Arthritis.


4) Lupus (Systemic Lupus Erythematosus)
  • Penyakit inflamasi pada sendi, kulit, buah pinggang dan beberapa bahagian tubuh.
  • Penyakit ini juga memberi kesan pada wanita yang masih subur.


5) Osteoporosis
  • Secara amnya dikenali sebagai penyakit tulang rapuh.
  • Ia menyebabkan tulang kehilangan jisim dan menjadi rapuh.
  • Keadaan ini boleh membawa kepada bahu membongkok, kehilangan berat dan keretakan tulang yang boleh menjadi sakit.
  • Selepas menopous, wanita yang berangka kecil, yang ada sejarah keluarga menghidap osteoporosis, merokok serta minum alkohol berisiko tinggi menghidapnya.
  • Wanita yang mengambil ubat glucocorticoid juga berisiko mengalami osteoporosis.
Masalah kesihatan yang berkaitan Arthritis dan penyakit tisu penyambung juga lebih memberi kesan kepada wanita berbanding lelaki. Penyakit seperti Raynaud, Scleroderma, Sindrom Sjorgren dan Polymyalgia, Rheumatic adalah keadaan yang perlu dirawat pada wanita. 



Pencegahan Arthritis

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Kawal berat badan kerana yang terlebih berat badan berisiko tinggi mendapat Osteoarthritis pada lutut.
Menjaga kesihatan sendi dan rawan.
  • Pengambilan makanan tambahan melalui pengambilan vitamin dan suplemen tambahan dapat mengatasi masalah di atas. Kekurangan vitamin D mengurangkan jumlah kalsium yang diserap oleh tubuh. Tahap KALSIUM yang rendah seiring dengan usia juga menyumbang kepada Osteoporosis.
Kalsium yang lengkap dengan Vitamin D.
  • Melakukan senaman bagi menguatkan sendi dan kepadatan tulang. Senaman membantu mengurangkan kecederaan dan mengurangkan risiko Osteoartritis. Peningkatan kepadatan tulang mengelakkan Osteoporosis.
  • Elak untuk merokok dan minum minuman beralkohol. Kedua-duanya melemahkan struktur tulang serta membuatkan seseorang itu berisiko mengalami keretakan tulang.
  • Berbincang dengan doktor untuk melakukan terapi hormon jika anda sudah menopaus. Kebanyakan wanita hilang jisim tulang semasa tahun pra-menopaus dan setelah monopaus apabila ovari berhenti hasilkan estrogen. Salah satu fungsi estrogen adalah untuk membantu menyimpan kalsium dalam tulang dan mengekalkan jisim tulang. Tahap estrogen yang rendah puncah Osteoporosis kepada wanita setelah monopaus.


Asid gamma linolenik di dalam GLA digunakan secara tradisional bagi kawal ketidakseimbangan hormon, melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid (menopaus). *

Walaupun begitu, mencegah Arthritis lebih baik dari mengubatinya. Semoga tips di atas membantu sedikit sebanyak masalah yang anda sedang hadapi itu.

(sumber: Mingguan Wanita Disember 2009)

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 untuk info lanjut.


Khamis, 17 Januari 2013

Masalah reput tulang (Osteoporosis) macam Ali Baba?

Mungkin anda pernah tengok cerita "Ali Baba Bujang Lapok". Saya pun dah tonton berkali-kali cerita Ali Baba ni. Pelik sebab apa saya kaitkan masalah reput tulang dengan Ali Baba?.Tentu anda perasan kan dalam citer ni Ali Baba asyik bergaduh dengan isteri dia sebab makanan diaorang selalu tak cukup dan Ali Baba plak malas nak keluar kerja. Sampailah akhirnya keluar lagu yang Ali Baba nyanyi "...berehat sedikit, isteri dah meradang,kerja berat takut reput tulang.." 
Babak ni pun mesti anda ingat kan?

Mungkin juga benar kata Ali Baba,dia bukan malas tapi dia memang ada masalah reput tulang atau Osteoporosis dek kerana sering kekurangan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium..

Info Osteoporosis yang patut semua orang tahu.....

Tulang yang reput dan rapuh adalah akibat osteoporosis. Kita tentu pernah melihat orang yang berjalan dalam keadaan bongkok sabut. Ini salah satu tanda penyakit tersebut. Penyakit senyap ini boleh berlaku pada wanita menopos dan lelaki atau wanita yang mempunyai jisim tulang rendah (osteopenia).Di antara 2-4% tulang kerangka manusia dibina semula setiap tahun. Ini bererti kalsium dan mineral penting lain keluar dari tulang dalam satu proses dinamakan resorption, Tulang itu kemudiannya dibina semula atau digantikan.


Perbezaan di antara tulang normal dan Osteoporosis

Osteoporosis mesti dicegah atau dirawat. Jika dibiar berlarutan tulang pesakit boleh retak atau patah jika terjatuh. Walaupun boleh menjejaskan mana-mana tulang, namun keretakan atau kepatahan di pinggul dan tulang belakang menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan. Tanpa pembedahan dan rawatan yang betul pesakit mungkin tidak boleh bergerak langsung.

Tanda-tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Di antara penyebab osteoporosis pula ialah 
  • usia tua
  • kurang berat badan 
  • sejarah keluarga yang pernah mengalami osteoporosis sama ada ibu, bapa atau adik beradik
  • merokok
  • mengambil alkohol berlebihan 
  • kurang hormon seks (dialami oleh wanita menopous)
  • pengambilan atau penyerapan kalsium dan vitamin D yang rendah
  • gaya hidup sedentari
  • pernah mengalami keretakan tulang terutama selepas usia 50 tahun 
  • mengambil ubat-ubatan seperti prednisolone 
  • pengambilan heparin (ubat penipisan darah) 
  • mengambil ubat penentang sawan dan penyakit tertentu yang boleh menjejaskan tulang seperti gangguan endokrina, penyakit Cushing dan rheumatoid arthritis.     
Lelaki kerap kali menderita osteoporosis kerana tabiat merokok. Perokok yang kurus dan kurang minum susu atau tidak mengambil suplemen Calcium Plus memang berisiko tinggi. 

Jadi kalau anda nak tulang yang sihat, gigi yang kuat, pastikan pengambilan kalsium anda cukup. Kalau anda tak suka minum susu atau tak dapat nak pastikan adakah cukup  pengambilan kalsium anda pada hari tu, tak payah risau sebab ada Osteomatrix yang terbaik untuk tulang anda. Lepas ni anda tak payah nyanyi macam Ali Baba sebab  ada masalah tulang reput :)

Retail price WM/EM: RM61.00 (120 biji)

Yang best tentang Osteomatrix 

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Kalsium sahaja tidak mencukupi

Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.


Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Untuk dapatkan Osteomatrix  boleh sms/whatssap 013-2995854

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor


Free Auto Malaysia Backlinks