Penyakit Arthritis ni, boleh beri kesan kepada sesiapa sahaja, tak kira usia, jantina atau kaum. Para penyelidik mendapati, wanita lebih berisiko hidap masalah Arthritis berbanding lelaki. Hampir 60% penghidap Arthritis adalah wanita dan ada beberapa jenis Arthritis yang sering dihidapi oleh wanita.
60% pesakit Arthritis adalah wanita. |
Jenis-jenis Arthritis yang sering dihidapi oleh wanita
1) Osteoarthritis(OA)
- Penyakit sendi degeneratif yang paling biasa berlaku di kalangan wanita yang berusia 40-an.
- Penyakit ini menyebabkan kerosakan pada rawan dan tulang, menyebabkan sakit sendi, pembengkakkan, kekakuan dan kehilangan fungsi.
2) Fibromialgia
- Sindrom yang boleh digambarkan melalui sakit otot dan tulang pada seluruh badan.
- Ia berkait dengan sakit otot dan kelesuan, sukar tidur, rasa kaku, kadangkala kemurungan atau kegelisahan.
- Ia juga adalah bentuk tisu lembut atau reumatik otot.
- selalu menyerang wanita berumur di antara 25 - 50 tahun.
- Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak.
- Ia adalah penyakit sistemik yang memberi kesan pada keseluruhan tubuh.
- Ia juga merupakan adalah keadaan tak normal pada sistem imun tubuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik.
- Ia menyebabkan inflamasi pada lapisan sendi dan organ dalaman.
- Berlaku kemerosotan,sakit dan pergerakan terbatas.
Kanak-kanak juga ada yang alami Arthritis. |
4) Lupus (Systemic Lupus Erythematosus)
- Penyakit inflamasi pada sendi, kulit, buah pinggang dan beberapa bahagian tubuh.
- Penyakit ini juga memberi kesan pada wanita yang masih subur.
5) Osteoporosis
- Secara amnya dikenali sebagai penyakit tulang rapuh.
- Ia menyebabkan tulang kehilangan jisim dan menjadi rapuh.
- Keadaan ini boleh membawa kepada bahu membongkok, kehilangan berat dan keretakan tulang yang boleh menjadi sakit.
- Selepas menopous, wanita yang berangka kecil, yang ada sejarah keluarga menghidap osteoporosis, merokok serta minum alkohol berisiko tinggi menghidapnya.
- Wanita yang mengambil ubat glucocorticoid juga berisiko mengalami osteoporosis.
Masalah kesihatan yang berkaitan Arthritis dan penyakit tisu penyambung juga lebih memberi kesan kepada wanita berbanding lelaki. Penyakit seperti Raynaud, Scleroderma, Sindrom Sjorgren dan Polymyalgia, Rheumatic adalah keadaan yang perlu dirawat pada wanita.
Pencegahan Arthritis
- Pemakanan yang sihat dan seimbang.
- Kawal berat badan kerana yang terlebih berat badan berisiko tinggi mendapat Osteoarthritis pada lutut.
Menjaga kesihatan sendi dan rawan. |
- Pengambilan makanan tambahan melalui pengambilan vitamin dan suplemen tambahan dapat mengatasi masalah di atas. Kekurangan vitamin D mengurangkan jumlah kalsium yang diserap oleh tubuh. Tahap KALSIUM yang rendah seiring dengan usia juga menyumbang kepada Osteoporosis.
Kalsium yang lengkap dengan Vitamin D. |
- Melakukan senaman bagi menguatkan sendi dan kepadatan tulang. Senaman membantu mengurangkan kecederaan dan mengurangkan risiko Osteoartritis. Peningkatan kepadatan tulang mengelakkan Osteoporosis.
- Elak untuk merokok dan minum minuman beralkohol. Kedua-duanya melemahkan struktur tulang serta membuatkan seseorang itu berisiko mengalami keretakan tulang.
- Berbincang dengan doktor untuk melakukan terapi hormon jika anda sudah menopaus. Kebanyakan wanita hilang jisim tulang semasa tahun pra-menopaus dan setelah monopaus apabila ovari berhenti hasilkan estrogen. Salah satu fungsi estrogen adalah untuk membantu menyimpan kalsium dalam tulang dan mengekalkan jisim tulang. Tahap estrogen yang rendah puncah Osteoporosis kepada wanita setelah monopaus.
Walaupun begitu, mencegah Arthritis lebih baik dari mengubatinya. Semoga tips di atas membantu sedikit sebanyak masalah yang anda sedang hadapi itu.
(sumber: Mingguan Wanita Disember 2009)
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 untuk info lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan