Saya rasa ramai yang terkejut dengan berita yang mengatakan bahawa Tan Sri Jins Shamsuddin sedang menderita dengan masalah Alzheimer. Beliau menghidap penyakit Alzheimer sejak 2 tahun lalu yang telah memusnahkan beberapa sel otak sehingga menyebabkan beliau tidak dapat mengingati kisah-kisah yang pernah beliau lalui. Ramai yang sedih dan bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelakon veteran hebat kita ni. Sehingga saat ini, ada yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya masalah Alzheimer. Penting untuk anda ketahui tentang masalah Alzheimer agar anda boleh membantu orang-orang yang tersayang jika mereka mengalaminya.
Apakah Alzheimer?
Peringkat-peringkat Alzheimer
Individu yang berisiko
Suplemen untuk masalah Alzheimer
sumber :
Tan Sri Jins Shamsudin sudah 2 tahun menderita masalah Alzheimer. |
Apakah Alzheimer?
Masalah Alzheimer membuatkan daya ingatan merosot dengan teruknya. |
- sebutannya alz-zhai-me.
- sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.
- bukannya sejenis penyakit berjangkit.
- keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.
- bukannya `nyanyuk' yang disebabkan oleh proses penuaan.
- sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
- salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.
Peringkat-peringkat Alzheimer
- Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
- Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.
- Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
Tanda-tanda lain
- Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya.
- Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
- Pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit "36 jam" sehari.
- Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah kerana mereka akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.
Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.
Individu yang berisiko
- Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
- Penghidap penyakit kencing manis diabetes
- Kurang melakukan senaman
- Paras kolesterol yang tinggi
- Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Suplemen untuk masalah Alzheimer
- Suplemen sangat membantu dalam menangani masalah Alzheimer, menurut Persatuan Alzheimer, kadang-kadang vitamin E digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer. Teori menunjukkan vitamin E larut dalam lemak dan cepat memasuki otak, ia boleh menghalang kerosakan sel. Klinik Mayo mendapati ada penyelidikan yang menunjukkan kemungkinan vitamin E turut melambatkan perkembangan penyakit tersebut.
Untuk masalah Alzheimer, vitamin C lebih efektif digunakan bersama vitamin E |
- Vitamin C yang diambil bersama Vitamin E memberi perlindungan pada penuaan otak. Penyelidik dari John Hopkins University mendapati vitamin C dan E bekerjasama untuk membasmi radikal bebas yang dipancarkan oleh proses metabolik badan. Dapatan kajian telah diterbitkan dalam Archives jurnal Neurologi.
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. |
- Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), folat (vitamin B9) adalah penting untuk kesejahteraan sistem saraf. Paras homosistein yang tinggi dan tahap rendah folat serta vitamin B12 telah dikesan di kalangan pesakit Alzheimer. Ini adalah sebab untuk NIH percaya bahawa suplemen folat mungkin bermanfaat jika anda mempunyai lebih tinggi daripada paras homosistein yang biasa. Kajian yang diterbitkan pada 8 September, 2010, terbitan PLoS oleh penyelidik Universiti Oxford mendapati rawatan dengan vitamin B bersama asid folik terutamanya, B12 dan B6, melambatkan kadar penurunan fungsi otak dengan merendahkan tahap homocysteine. Tindakan vitamin B juga boleh melambatkan dan juga mencegah bermulanya AD.
Ostematrix lengkap dengan vitamin D |
- Menurut laporan daripada penyelidik Farmasi-Glendale di Kolej Universiti Midwesternyang disiarkan dalam isu 2010 Julai- "Perunding Farmasi," tahap rendah vitamin D juga dikaitkan dengan penyakit demensia di kalangan warga tua, terutamanya penyakit Alzheimer.
Kaya dengan Omega-3 |
- Kajian, yang disiarkan dalam Jurnal Penyakit Alzheimer, mendapati vitamin D3 dan asid lemak Omega-3 meningkatkan keupayaan makrofaj pesakit penyakit Alzheimer dan ia menghalang kematian sel yang disebabkan oleh amiloid-beta.
Suplemen bukan macam ubat yang mengubati tapi lebih kepada mencegah dan meningkatkan keupayaan sel di dalam tubuh seseorang itu. Mungkin cara terbaik adalah memulakan langkah pertama anda dari sekarang sebelum terlambat.
1)http://www.upi.com/Health_News/2013/03/05/Vitamin-D-may-help-prevent-Alzheimers/UPI-75631362465703/
2)http://www.livestrong.com/vitamins-for-alzheimers/kj
3)http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Alzheimer
3)http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Alzheimer
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854
Tiada ulasan:
Catat Ulasan