Saya sendiri pernah berhadapan masalah kesuburan dan sukar hamil. Hampir 4 tahun berusaha, akhirnya usaha saya berjaya. Dulu mungkin saya belum kenal Shaklee dan dunia vitamin, tapi cara saya mengatasi masalah kesuburan dan sukar hamil sama konsepnya. Kekalkan berat badan sihat, stabilkan hormon, doa serta banyak bertawakkal kepada Allah Taala.
Setelah kenal Shaklee, saya dah jumpa ramai yang hamil setelah berusaha dengan vitamin-vitamin semulajadi ni. Di antara suplemen yang sangat bagus untuk masalah kesuburan dan ramai yang berjaya setelah menggunakannya ialah:
Jika bajet terhad, 2 suplemen ni antara yang terbaik untuk diamalkan. |
- GLA - ada yang hanya ambil GLA sahaja disebabkan bajet, tapi berjaya hamil. Yang paling penting kena tahu cara pengambilan yang betul pada waktu yang sepatutnya, yang ni kalau anda berminat boleh sms saya untuk tahu dengan lebih lanjut waktu pengambilannya. GLA membantu stabilkan hormon, membakar lemak dan bonus untuk cantikkan kulit juga. Ia juga menyediakan keadaan yang memudahkan pelekatan ovum dan sperma. Sebenarnya, GLA juga boleh diambil oleh lelaki tetapi untuk mereka yang bajet rendah, disarankan isteri sahaja yang ambil.
- Zinc- Jika isteri ambil GLA, Zinc complex pula biasanya suami yang ambil. Selain harganya yang berpatutan, Zinc penting untuk proses penghasilan hormon testosteron dan memberikan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Isteri boleh turut mengambilnya sekali kerana zinc juga akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Selain itu, 2 suplemen lagi yang juga berpatutan harganya yang boleh di ambil bersama 2 suplemen di atas adalah
Sangat membantu dalam menangani masalah kesuburan. |
- Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
- B-Complex - Vitamin B12 meningkatkan kualiti sperma, B6 dan asid folik yang perlu untuk kesuburan wanita.
Jika anda ada bajet yang agak terhad, GLA dan Zinc adalah suplemen yang paling asas dan sangat bagus untuk anda amalkan. Alfalfa dan B-Complex juga sangat baik untuk melengkapkan zat nutrisi bagi masalah yang berkaitan dengan kesuburan. Kalau anda ambil keempat-empat suplemen ni, itu dah dikira hampir lengkap set kesuburan bagi anda yang ada bajet terhad. Suplemen-suplemen ni bukan ubat tapi ia lebih berfungsi sebagai nutrisi tambahan untuk keperluan sel tubuh dan berasaskan sumber semulajadi. setiap satu darinya mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai sijil sah halal dari Jakim. Semoga memberi manfaat yang besar buat anda yang ternanti-nantikan cahayamata.
TESTIMONI CUSTOMER Hartini Abu Yazid:-
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854
Tiada ulasan:
Catat Ulasan