Ahad, 3 Mac 2013

Masalah kulit kusam boleh diatasi dengan KALSIUM?

Kulit kusam memerlukan penjagaan kulit yang menyeluruh. Ia bermaksud memberi perhatian kepada pembersihan harian dan pelembab, melakukan rutin senaman, mengambil cecair yang mencukupi serta pemakanan yang seimbang. Bukan Vitamin A, C dan vitamin B sahaja yang memberi pengaruh besar pada kulit, tetapi kalsium juga mempunyai peranannya yang tersendiri untuk kulit. Kekurangan kalsium juga rupanya boleh menyebabkan kulit kusam muncul. Jadi, masalah kulit kusam juga boleh diatasi dengan kalsium yang cukup pada tubuh. Info penuh anda boleh baca dibawah:

Kalsium juga boleh elak kulit kusam dan penuaan pra-matang.

Struktur kulit

Kulit anda terdiri daripada pelbagai lapisan dengan fungsi yang berbeza. Kalsium sangat penting pada lapisan atas kulit atau epidermis. Epidermis membentuk halangan yang sering dipanggil halangan lipid. Ia melindungi tubuh daripada jangkitan, kecederaan, dehidrasi dan tekanan luaran, seperti pencemaran. Sel-sel utama dalam epidermis, dipanggil keratinosit, terdiri daripada protein, enzim dan lipid. Kalsium membantu anda mengelakkan kulit kering dan kulit kusam dengan mengawal enzim-enzim penting dan lipid.


struktur asas kulit



Kalsium kawal kelembapan kulit


Lipid lemak tidak larut dalam air, jadi halangan lipid melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan dan membantu menjaga kulit anda supaya kekal dalam keadaan yang baik. Sebagai penghalang ia akan menyesuaikan kulit dengan perubahan dalam persekitaran, kalsium mengekalkan jumlah lipid yang betul pada pada kulit dengan merangsang pengeluaran mereka berdasarkan jumlah yang diperlukan. 
  • Satu contoh bagaimana kalsium berfungsi terhadap kulit ialah apabila kelembapan udara adalah rendah, ia memberitahu badan untuk meningkatkan jumlah lipid. Bila itu terjadi, Epidermis akan menebal dan menghalang lembapan daripada meninggalkan kulit anda. Kekurangan kalsium boleh mengganggu pengekalan halangan lipid, yang membawa kepada kulit kering dan berisiko ke arah penuaan pra-matang, psoriasis atau dermatitis. Kalsium yang rendah pada kulit juga mungkin meningkatkan risiko kanser kulit.

Kalsium kawal pembaharuan sel

Epidermis mesti sentiasa bertindak balas kepada perubahan dalam persekitaran dan pembaharuan sel. Kalsium adalah sebahagian daripada  yang mengawal proses pertumbuhan semula daripada keratinosit dengan memberitahu badan sama ada ia perlu untuk meningkatkan atau mengurangkan sel-sel dan bila sel perlu dihasilkan. Kulit kekal sihat melalui pembaharuan sel berterusan. Kekurangan kalsium mengganggu pengelupasan normal pada kulit, meninggalkan lebih banyak lapisan sel-sel mati dan menyumbang kepada kulit kusam.



Kalsium kawal antioksidan

Katalase merupakan antioksidan yang penting pada seluruh tubuh anda dan  merupakan antioksidan yang utama dalam kulit. Dengan mendapatkan lebih banyak antioksidan dalam diet anda, akan menyokong keupayaan kulit anda untuk melawan kesan kerosakan cahaya matahari dan lain-lain pencemaran alam sekitar. Banyak sumber menyatakan bahawa kalsium mengawal catalase tetapi, bagaimana ia berfungsi belum dapat diperincikan sepenuhnya. Kalsium sememangnya mempunyai peranan dalam fungsi antioksidan, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan peranan yang setepatnya pada kulit.



Berdasarkan fakta-fakta di atas sememangnya bagus jika anda memastikan tubuh anda mendapat kalsium yang secukupnya supaya kulit kekal sihat dan tidak kusam. Tak rugi sekiranya anda menjadikan suplemen tambahan seperti kalsium didalam diet seharian anda.


(sumber : http://www.livestrong.com/article/553429-dull-skin-and-calcium-deficiency/)

OSTEMATRIX terbaik untuk sumber kalsium anda dan mudah diserap oleh badan tanpa kesan sampingan. 1 biji Ostematrix menyamai segelas susu berkalsium tinggi. Ia mempunyai sijil kelulusan daripada KKM dan sijil sah halal dari Jakim. Jika anda ingin info lanjut boleh sms ke 013-2995854


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat mendapatkan Ostematrix? Sila hubungi :
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/call 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks