Isnin, 4 Mac 2013

Cara atasi gusi berdarah

Mungkin ada yang pernah mengalami gusi berdarah secara tiba-tiba atau semasa menggosok gigi. Memang agak merisaukan kalau perkara ini sering berulang. Beberapa faktor menyumbang kepada masalah gusi berdarah. Tetapi jangan risau kerana di sini juga saya kongsikan cara atasi gusi berdarah.

Banyak faktor yang menyumbang kepada gusi berdarah.


Kenapa gusi berdarah?

  • Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.
  • Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal dan akan mengeras membentuk karang gigi (kalkulus) jika tak disingkir.
  • Plak bakteria ini kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.
  • Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.
  • Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.
  • Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.


(sumber : http://www.utusan.com.my)


Cara atasi gusi berdarah
  • Memberus gigi dengan betul - Berus gigi sekurang-kurangnya 2x sehari dengan berus gigi jenis medium atau yang berbulu lembut. Salah pilih berus gigi juga penyumbang kepada masalah gusi berdarah. Guna ubat gigi yang berflourida dan pastikan keseluruhan bahagian gigi dan lidah diberus. Plak pada lidah boleh menyebabkan nafas berbau dan merupakan persekitaran yang ideal untuk bakteria. Jika anda tidak boleh berus, kunyahlah chewing gum yang bebas gula yang ada Xylitol.

Pilih berus gigi yang berbulu lembut (soft bristle) untuk elak gusi berdarah
  • Flos gigi - bagus untuk membuang sisa-sisa makanan, plak dan menghalang kaviti daripada terbentuk di antara gigi.
  • Pemakanan seimbang/ Pengambilan suplemen - kekurangan Vitamin C, K B-complex dan Kalsium boleh membawa kepada radang dan pendarahan gusi. Ambillah multivitamin yang mengandungi mineral di atas.


  • Gunakan ubat kumur antiseptik seperti Listerine untuk mencegah pembiakan bakteria pada gusi.
  • Berjumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memantau masalah gusi anda.

Semoga tips di atas boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gusi berdarah. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Faizah Zain 
SID 887424
sms 013-2995854



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks