Memaparkan catatan dengan label Vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin C. Papar semua catatan

Ahad, 13 Julai 2014

Cara hilangkan sakit tekak yang memeritkan

Aduh..sakitnya tekak saya hari ni..maybe bulan puasa kurang minum air...dengan cuaca panas lagi..Tekak pun rasa perit sangat macam kena simbah dengan cuka..sebelum tidur tadi dah minum air kosong banyak-banyak tapi tak jalan juga..Bnagun kul 4.30 pagi...sebelum sahur saya google petua-petua yang ada...akhirnya jumpa cara kurangkan sakit tekak yang memeritkan ni tanpa keluar belanja besar.
 

  • Kumur dengan air garam - bagi air garam kena anak tekak,masuk satu besar garam dalam air kosong dan berkumurlah beberapa kali. Bila dah buat 2-3 kali mula rasa sakit tekak tu slow-slow hilang.
  • Minum madu brcampur lemon - cara kedua yang saya buat, yang ni kebetulan rumah memang ada madu lemon so telan je satu sudu. Rasa pedih-pedih tu pun macam melarut dalam madu lemon tu.
  • Minum teh panas tanpa gula - ambil uncang teh rendam dalam air panas, pastu slurrpp!! terus minum. Yang ni paling best lepas minum, syukur macam tak tersa sangat dah sakit tekak tu.
  • Ambil suplemen Shaklee tablet garlic dan Vitamin C - yang ni untuk kuat imun tubuh dan elak sakit tekak berulang.
 
 Tula tips yang saya guna...boleh cuba sendiri ye..

Isnin, 7 April 2014

Rahsia Awet Muda Terbongkar

Semua akan tua..cuma tua sebelum waktunya..tu yang kalau dapat elakkan lagi baik..Macam Rozita Che Wan...Masih anggun walau usia dah melewati usia 40-an..Di sini satu rahsia awet muda terbongkar tapi bukan daripada Rozita Che Wan..Ni daripada Puan Hilmiah...


Semua wanita nak awet muda kan?

Ceritanya macam ni..Puan Hilmiah ada kongsikan gambarnya tahun 2011 dan 2014..memang nampak jauh bezanya..bila ditanya dia amalkan secara konsisten Vit c dan B-complex..Alfalfa complex ada juga dia ambil tapi tak sekonsisten Vit c dan B-complex. Rahsia puan Hilmiah ni simple je la..sesapa pun boleh amalkan jom kita tengok sikit wajah puan Hilmiah tu..


Berminat nak anggun macam puan Hilmiah..boleh PM saya untuk dapatkan Vit C dan B-complex tu ye..



Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854

Sabtu, 21 September 2013

Cara Turunkan Berat badan bagi Ibu Menyusu (Breastfeeding)

Bagi ibu menyusu mungkin terpaksa berhati-hati jika ingin ambil apa-apa jamu, ubat kuruskan badan atau herba untuk menurunkan berat. Ini disebabkan bayi yang menyusu akan terkesan sekali akibat pengambilan herba/jamu / ubat kuruskan badan yang panas atau yang meninggalkan kesan sampingan contohnya seperti cirit-birit atau alergi pada kulit bayi. Saya syorkan di sini cara turunkan berat badan bagi ibu menyusu (breastfeeding) yang lebih selamat tanpa memberi kesan sampingan pada bayi anda.



Set Penyusuan + Lecithin / Omegaguard


Set penyusuan selain berfungsi sebagai "milk booster"  dan memberi teanaga kepada ibu menyusu, ia juga membantu ibu-ibu yang ingin turunkan berat badan kerana di dalam set ini terdapat :-

  • Alfalfa : berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.
  • ESP : yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Lecithin dan Omegaguard yang membantu menurunkan berat badan




Lecithin : Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.

Atau



Omegaguard : Selain penting untuk perkembangan otak, omega-3 juga berperanan dalam penurunan berat badan. Mengikut kajian oleh American Journey of Physiology, Endocrinology & Metabolism, pengambilan omega-3 yang konsisten menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.

Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti. 

Testimoni daripada Puan Marina Mahathir


Berminat mendapatkan suplemen di atas? Hubungi

Faizah Zain | Shaklee Independent Distributor 887424 | sms :013-2995854

Sabtu, 13 Julai 2013

Masalah Kulit Ketika Hamil Hilang Selepas Bersalin

Ibu yang hamil mungkin rasa kehairanan melihat kulitnya yang berubah mendadak ketika mengandung. Ada bermacam-macam masalah kulit ketika hamil. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana masalah kulit ketika hamil akan hilang selepas bersalin. 

Pelbagai masalah kulit ketika hamil.


APAKAH MASALAH KULIT KETIKA HAMIL?

  • Topeng Kehamilan/ Chloasma
Terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi. Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

  • Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.


  • Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.


  • Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.


  • Spider Naevi/Spider Veins

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
  • Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.


  • Pruritic Urticarial Papules and Plagues (PUPP)


Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.

  • Obstetric Cholestasis 

Berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.








Fungsi ESP :
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Fungsi Vita-C
  • membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.




Sharing dari Puan Salmeza Salih


"..da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2..konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee..."


Klik untuk besarkan imej.


Berminat untuk pulihkan masalah kulit ketika hamil? Hubungi :-

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854


Jumaat, 10 Mei 2013

Tips Hamil Sihat dengan Suplemen Semulajadi

Kehamilan memerlukan para ibu agar lebih menitikberatkan pengambilan makanan seimbang kerana pada ketika ini bukan sahaja ibu yang perlu mendapatkan zat makanan berkhasiat tetapi juga bayi di dalam kandungan. Disyorkan di sini tips hamil sihat dengan suplemen semulajadi.

Ibu hamil perlukan nutrisi tambahan untuk bayi dalam kandungan.



Untuk Trimester Pertama 4 suplemen asas ini penting untuk perkembangan awal bayi dan juga kesihatan Ibu


untuk Trimester 1

Fungsi:

  • VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung
  • Vita-C : meningkatkan imun tubuh ibu yang lemah ketika mengandung
  • B-Complex : menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung
  • Ostematrix : membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, tidur tidak lena
Untuk Trimester Kedua dan Ketiga elok tambahkan OMEGAGUARD yang kaya dengan Omega-3 bersama suplemen asas tadi.

kaya dengan Omega-3

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.


• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega-3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Testimoni Set Kehamilan Shaklee



Jadi jika ibu-ibu hamil ingin mendapatkan suplemen di atas boleh hubungi:

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424|sms :013-2995854 



Khamis, 18 April 2013

11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) agar cepat sembuh

Luka pembedahan (cesarean) perlu dijaga dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang komplikasi pada ibu yang bersalin. Mungkin ibu-ibu yang bercadang bersalin secara cesarean boleh mengaplikasikan 11 tips menjaga luka bersalin pembedahan (cesarean) agar cepat sembuh.



1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

Jenis-jenis cesarean.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.

(Sumber :http://www.portal.alamhamil.com)


Set Berpantang Shaklee (Bersalin Normal/Pembedahan [Cesarean])


Klik untuk besarkan imej.

Set ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan (cesarean). Bagi yang bersalin secara cesarean, ibu-ibu ini tidak boleh mengambil sebarang jamu, herba atau makan sebarangan. Jadi suplemen asas set ini amat sesuai untuk ibu yang bersalin cesarean kerana ia lengkap dengan nutrisi seimbang yang diperlukan agar luka cesarean cepat sembuh. Anak yang mengalami Jaundis (kuning) tidak menerima kesan negatif sekiranya ibu terus mengambil set ini ketika masalah Jaundis dialami bayi. Tidak seperti jamu yang beri efek panas pada bayi sehingga cirit-birit kerana menyusu susu ibu manakala pati ikan haruan/ gamat pula hanyir serta sukar diminum dan disediakan, suplemen di dalam set ini sangat mudah diambil kerana ianya dalam bentuk tablet tanpa kesan sampingan. Ianya berasaskan sumber semulajadi dan mudah diserap oleh tubuh.

Fungsi vitamin di dalam set ini:
  • B-Complex 
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

  • Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

  • Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

  • Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Bertambah efektif jika diambil bersama:
  • ESP dan ALFALFA yang membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
  • Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.

Sharing dari pengguna bersalin pembedahan (cesarean) yang menggunakan Set Berpantang Shaklee, Mereka amat berpuashati.


Berminat mendapatkan Set Berpantang Shaklee? Hubungi saya

Faizah Zain | Shaklee Independent Distributor 887424 | sms/call : 013-2995854

Isnin, 15 April 2013

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin Normal (Luka Episiotomi) agar cepat sembuh

Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri. Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Penting ibu-ibu menjaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian luka bersalin.

Cuba amalkan 11 tips ini:-

  • Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
    Rajah berkaitan luka episiotomi.
  • Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
  • Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
  • Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
  • Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
  • Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
  • Sitz bath. Amalkan  sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
  • Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
  • Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
 (sumber:http://portal.alamhamil.com)

Set Berpantang Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)
Selain dari penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:


Klik untuk besarkan imej.

  • Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
  • Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
  • Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.
  • Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
  • Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.

Fungsi vitamin di dalam set ini:
  • B Complex 

B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

  • Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)

Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

  • Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

  • Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Bertambah efektif jika diambil bersama:
  • ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
  • Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE

Sharing 1 - daripada Puan Nurru Adila Khairy, dengan Set Berpantang Shaklee luka jahitannya dan masalah buasir pulih kurang dari 2 minggu. Puan Nurru ambil kesemua vitamin asas di dalam set berpantang bersama Omegaguard.

(Sila klik untuk besarkan imej.)

Sharing 2 - daripada pengguna yang ambil sebahagian vitamin di dalam Set Berpantang Shaklee iaitu Puan Anis, dia kembali langsing, bertenaga dan nampak berseri-seri selepas bersalin. Puan Anis mengambil Vita-C, B-Complex, Vitalea, Alfalfa & ESP.

(Sila klik untuk besarkan imej)

Jika anda sedang sarat mengandung dan tercari-cari set berpantang yang sesuai, memang sangat disarankan mengambil Set Berpantang Shaklee kerana vitamin Vita-C, ESP, B-Complex, Ostematrix dan Vitalea juga boleh diamalkan daripada anda mula mengandung. Hanya yang sudah mencuba mengetahui kebaikan berganda di dalam set ini.

Jika anda berminat boleh menghubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA!

Faizah zain| Shaklee Independent Distributor 887424| SMS/Call 013-2995854

Ahad, 24 Mac 2013

Tips Banyakkan Susu Badan dengan Set Penyusuan 3M

Hari ni saya nak berkongsi tips banyakkan susu badan dengan Set Penyusuan 3M. Tapi bukan makan sembarangan macam tu saja. Ada langkah-langkah yang anda perlu ikuti selepas menggunakan set 3M ni. Set ni bukan "magic" yang bila makan automatik susu melimpah mencurah-curah macam air paip. Selain suplemen, ibu-ibu juga perlu ingat bila dah berusaha, jangan lupa pada-Nya yang mengurniakan rezeki pada kita. Amalan dan doa di bawah ini sangat bagus diamalkan bersama set penyusuan yang dibeli.

Berat bayi bertambah dengan sihat melalui penyusuan ibu.


1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.


2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.


3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.



Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.


1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.


2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.


3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.


4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
Ayat 72-73 Surah Yasin


5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu ini.


Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini yang bermaksud
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)


♥ RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH!!! ♥

Set ini lengkap dengan 6 vitamin yang sangat membantu ibu-ibu yang menyusu serta menambahkan susu badan.


Set Penyusuan 3M ini membantu ibu-ibu menyusu:

[✔] Sentiasa BERTENAGA Sepanjang Hari
[✔] Merangsang pengeluaran Susu
[✔] Meningkatkan Kualiti Susu
[✔] Mengurangkan sakit pinggang dan lenguh badan
[✔] Mengembalikan KEINTIMAN hubungan suami isteri
[✔] Membantu ibu menyusu KEKAL CERIA tanpa stress
[✔] Dan banyak lagi!!!

Antara fungsi vitamin-vitamin ini:

[1] VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kurang imun & mudah mengalami masalah penyusuan seperti clogged duct, masisitis, thrush dll. 

[2] Vita-C : meningkatkan imun tubuh ibu. Vita-C juga membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

[3] B-Complex : menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang boleh mengganggu penghasilan susu. B-Complex juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

[4] Alfalfa : penggalak susu ibu, membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Alfalfa juga bagus untuk merawat keputihan dan bertindak sebagai 'perapat'!

[5] Ostematrix : menggantikan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, mengurangkan risiko osteoporosis, reput gigi serta merawat masalah sakit uraf saraf serta kejang otot kaki dan tangan

[6] ESP : protein soya yg membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu. Membantu mencantikkan dan menganjalkan kulit serta payudara.


Testimoni Set Penyusuan 3M

Stok EBM bertambah selepas menggunakan set 3M  bersama "pumping" yang betul serta konsisten dan doa yang berterusan.


Inginkan  BREASTFEEDING SET? Hubungi :
Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor ID:887424| sms/call: 013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks