Memaparkan catatan dengan label Langsing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Langsing. Papar semua catatan

Ahad, 20 April 2014

Berat aku turun lagi tinggal 58kg...

Seronok sahabat saya sms "Berat aku turun lagi tinggal 58kg" ..berat dia sebelum ini 72 kg ...sapa yang tak suka kan..dulu diet segala bagai...exercise macam nak tercabut lutut..bila timbang 1kg pun tak turun..semangat nak diet plak makin lama makin menipis bila terpaksa berhadapan dengan segala makanan yang bukan main sedap...terutama bila ada jemputan majlis kahwin..jadi trend sekarang kat rumah kenduri hidang macam2 menu...dengan laksa..bihun sup..abc..cendol..tu termasuk hidangan utama macam nasi beriani dengan lauk-pauk yang memang cepat je "increase" berat badan. 


Berat badan turun 14kg tanpa sedar

Sahabat saya ni..memang dah lama nak turunkan berat..masa tu berat dia 72kg..belum turun lagi berat, dia mengandung anak ke-4..berat dia naik lagi..jadi 84kg...sebelum tu ada juga saya kenalkan shaklee..dan tak sangka sahabat saya ni tergerak hati nak cuba set berpantang basic. Dia juga ambil ostematrix bersama alfalfa sebagai "milk booster"..sebab dia "breastfeeding"..dia ambil ESP dan Lecithin tambahan untuk teruskan hasrat dia untuk kurangkan berat yang tertangguh sebelum ini.. Selepas 1 bulan bersalin dia pergi timbang tengok2 dah tinggal 65kg....Baru-baru ni selepas 3 bulan bersalin..terperanjat dia, bila berat dia tinggal 58kg tanpa teruk2 dia berdiet atau exercise. Alhamdulillah...maybe sebelum ni dia susah nak kurangkan berat sebab masalah "water retention" atau kurang protein dalam badan...yang sukarkan proses turunkan berat badan.



Kalau ada yang bermasalah macam kawan saya...dan nak dapatkan produk Shaklee macam yang kawan saya guna, boleh sms/whatsapp 013-2995854..free consultation untuk semua customer akan diberi.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854

Isnin, 24 Mac 2014

Cara pecah lemak di badan dengan LECITHIN

Kadang-kadang dah puas bersenam tapi bila naik penimbang..Oppsss...tak berubah sikit pun..jarum penimbang masih tunjuk angka yang sama...ada yang berputus asa langsung dah tak nak bersenam lagi..Apakata anda tambahkan LECITHIN dalam diet seharian anda...kalau anda nak tengok macam mana cara pecah lemak dibadan dengan LECITHIN....Boleh tengok video demo di bawah ni..memang AWESOME!!...berat badan anda akan turun tanpa kesan sampingan.. sedikit demi sedikit tanpa anda sedari.



Jika berminat nak mendapatkan LECITHIN SHAKLEE yang terbaik ni..boleh sms/whatssup saya di 013-2995854.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms/whatssup 013-2995854

Sabtu, 5 Januari 2013

Rawatan sedut lemak bukan untuk kurus..


Sebelum dan selepas rawatan sedut lemak.
Saya rasa ramai yang terkeliru dengan rawatan sedut lemak atau liposuction. Mungkin ramai yang sangka dengan buat rawatan sedut lemak boleh kurus, sedangkan pembedahan sedut lemak lebih bertujuan mengembalikan bentuk tubuh dan bukan mengurangkan berat badan atau kolestrol dalam darah sebab lemak yang disedut terletak di bawah kulit.
Sebelum rawatan, badan akan ditanda terlebih dahulu.

Bukan semua layak buat liposuction ni, ada syarat-syarat untuk jalani rawatan ni :
  • Mempunyai berat badan normal atau lebih sedikit.
  • Mempunyai kulit anjal dan tegap. Individu yang ada masalah selulit tidak sesuai kerana kulit boleh alami ketidaknormalan akibat penyedutan terlalu banyak atau sedikit lemak pada bahagian tertentu.
  • Tahap kesihatan keseluruhan yang baik. Individu yang ada penyakit seperti kencing manis tidak dibenarkan menjalani kaedah ini kecuali jika penyakit mereka terkawal.
  • Mengalami masalah pengumpulan lemak pada bahagian tertentu yang sukar di atasi melalui diet dan senaman.


Individu yang tak boleh buat pembedahan ni :-

  • Individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis.
  • tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. 
  • terlalu gemuk tidak layak dibedah kerana risiko pembedahan sangat tinggi.

Ini kerana individu yang menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko tinggi mengalami komplikasi, terutama jika penyakit tidak terkawal.

Individu yang alami gejala lemak viseral akibat kegemukan di pinggang (ukuran pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan), rawatan sedut lemak tidak menghilangkan masalah anda kerana lemak penyebab masalah ada di dalam abdomen.


Pembedahan sedang dijalankan.




Dapatkan doktor rawatan sedut lemak yang tepat

kalau nak buat rawatan ni kena kaji betul-betul supaya tak alami komplikasi disebabkan doktor yang buat liposuction tu tak bertauliah. Ada kes di mana pesakit muda yang dah buat rawatan mempunyai paha tidak simetri. Bahagian dalam pahanya melengkung gara-gara rawatan sedut lemak tidak dilakukan dengan teliti. Ia bukan saja memalukan, tetapi pahanya kelihatan cacat dan tidak sama besar.

Andai kata betul-betul serius nak buat liposuction cari doktor yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan khusus untuk pembedahan kosmetik, sama ada doktor berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Persatuan Pakar Bedah Plastik, Estetik dan Kraniomaksilofasial Malaysia (Mapacs).

Setiap orang yang mahu menjalani rawatan ini perlu berbincang dengan doktor dan faham prosedur yang akan dilakukan. Doktor akan memberitahu pilihan terbaik untuk masalah anda, kos dan hasil yang boleh dijangka. Malah ketika ini anda berhak melihat sijil dimiliki doktor.

Prosedur

Rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.



Ada tiga peringkat rawatan ni iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak. Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.


Bagi dua liter lemak, disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.Ngeri pulak bila difikir-fikirkan balik.

Sebelum pembedahan, ubat bius akan disuntik(setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).

Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.

Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.


Kalau nak buat liposuction kali kedua kena tunggu 6 bulan sebab nak bagi peluang kepada badan untuk stabil dan semua kesan ubat bius, terutama ubat bius menyeluruh, hilang sepenuhnya. Tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat. Mesti beri masa untuk badan berehat dan sembuh kerana ketika proses sedut lemak ada banyak sel yang cedera, maksudnya mestilah tersangat sakit masa buat rawatan yang pertama dulu. 



Memang kena fikir dalam-dalam sebelum buat keputusan selain risiko sewaktu pembedahan, kos dia pun mahal dan satu lagi sudah tentulah sakitttt..

Baik anda bersenam dan jaga pemakanan lagi selamat(takpun ambil set diet Shaklee lagi selamat dan semulajadi).Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Apa-apa pun tepuk hati tanya akal..


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854(pertanyaan/pesanan)

Cara turunkan berat badan dalam 1 bulan dan rendahkan kolestrol



Saya tahu ramai yang susah sangat nak turun berat. Dah buat macam-macam cara tapi semuanya tak menjadi, makin berat lagi ada la kan...ni saya dapat tips dari kevinzahri.com. Di antaranya ialah :


  1. Jangan skip meals. Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan. Panduan Terbaik? Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.(betullah.. kalau terlampau tahan makan.. last2 nanti bila waktu makan tambah nasi berganda-ganda plak ;))
  2. Kawal nafsu makan…."once nafsu is there" memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda. (makan sikit-sikit tapi kerap)
  3. Tingkatkan tahap keaktifan anda…tak semestinya dengan joging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti fizikal untuk bakar lebih kalori, seperti
    • Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda
    • Jangan guna lif…gunakan tangga
    • Bersihkan rumah anda sendiri.
  4. Ketahui keperluan kalori anda. Ini penting dan jika anda rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalori seharian anda.(kurangkan nasi,banyakkan sayur-sayuran dan lebihkan sedikit lauk)
  5. Eliminate makanan yang 1. tidak elok dan 2. tidak perlu. Kekadang kita ambil makan/minuman yang actually kita tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them (kalau makanan lebih-lebih atas meja tu takyahlah susah2 nak habiskan, masuk fridge sok panas balik dan makan..huhuhu)
  6. Diet pills? Yes they work tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal…..(sesuai kalau ambil Lecithin,Herb-lax dan Alfalfa)
  7. Tak pandai kawal nafsu makan? Belilah protein shakes dan makannya di antara hidangan dua kali sehari..1. antara sarapan dan lunch…2. antara lunch dan makan malam (boleh ambil ESP(Energizing Soy Protein) atau Cinch Shake Mix)
Apa yang Kevin Zahri suggest ni memang terbaik untuk cepat langsing tanpa perlu berlapar. Di sini jugak saya nak share pengalaman sorang customer ni..daripada apa yang dia cakap..ada sikit sebanyak sama macam tips Kevin Zahri tu,  dari no.1 sampailah no.7..dia jugak ambil suplemen untuk langsing. Apa yang dia ambil?
  1. Herb-lax(detox-buang toksin, kempiskan perut dan bersihkan usus)
  2. Lecithin (pecahkan lemak dan kolestrol serta bakar lemak dalam badan)
  3. Alfalfa (angkut lemak keluar melalui nyahtinja)
  4. ESP(kawal nafsu makan,aktifkan kilang dalam badan supaya berat cepat turun)
Lepas 1 bulan...ni lah hasilnya..



Selain turun berat 5 kg, kadar kolestrol customer ni jugak turun dari 6.5 ke 4.5, HB dan paras gula kembali normal. Bonus selain langsing, badan dia jadi cergas dan ringan. Alhamdulillah...banyak kelebihan yang dia dapat.
kalau ada yang nak cuba boleh sms saya dekat 013-2995854, special price saya bagi dan anda juga akan dapat free consultation serta jadual makan suplemen yang betul.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854




Khamis, 20 Disember 2012

Rahsia Cantik dan Remaja Kembali..

Sebut pasal muda remaja, siapa yang tak nak nampak awet muda dan remaja kembali macam zaman anak dara dulu kan? Bila tengok selebriti ramai yang masih cantik dan awet muda mesti ramai yang rasa "jelous" dek kejelitaan dan awet muda mereka tu. Sebenarnya ramai selebriti yang awet muda bila di tanya kebanyakannya memulakan penjagaan dalaman dan luaran sedari muda lagi. Diaorang ni selalu ke SPA buat urutan badan,lulurlah...dan macam-macam rutin kecantikan yang memang kena keluar duit "kaw-kaw" punya...tapi dekat sini kalau anda baca sampai habis anda akan jumpa Rahsia Cantik dan Remaja Kembali.. 

Bagi yang telah berkahwin semuanya nak kekalkan keremajaan macam zaman anak dara dulu.
suplemen yang di pasaran memang banyak, tapi pastikan ia selamat dan sesuai untuk diamalkan .Di sini saya share testimoni tentang suplemen yang meninggalkan impak yang baik pada yang customer yang dah menggunakannya. Harga pun taklah mahal sangat, berpatutan untuk dimiliki. Sebenarnya saya tertarik dengan testimoni Puan Anis. Sebelum dia ambil suplemen Shaklee, memang dia nampak sedikit berisi dan wajah dia kelihatan tak bermaya dan sedikit kusam selepas melahirkan anak. Lepas dia amalkan Vita-c, B-complex, Vitalea, Alfalfa, ESP berat dia daripada 68 kg turun jadi 48 kg(berat ketika anak dara) selepas 3 bulan dia amalkan suplemen diatas. Bukan nak "angkat bakul" sebab saya distributor tapi memang ada bukti baru saya berani cakap macam ni. Tak Percaya? boleh tengok gambar dekat bawah ni, nampak macam anak dara balik...memang "marvellous" lahhh...

Testimoni




Dah tengok kan masa sebelum dan selepas..memang tak tipu..Totally different...kalah anak dara tau..

Jom tengok apa kata Puan Anis.

=====================================================================

"Alhamdulillah..pic slepas bsalin yg gemokss..skarang dh dpt balik berat zaman anak dara..Jom dapatkan berat ideal dgn Shaklee..sy consume vit c, vit b, vitalea, alfalfa, esp...xsempat nk consume herb lax, lecithin, cinch shake tapi dah dapat result mcm ni..."

=====================================================================


Jadi, bila ambil Vita-c, B-complex, Vitalea, Alfalfa dan ESP..kebaikan yang diperoleh memang menyeluruh..
  • kulit akan dibaiki dengan Vita-c dan ESP
  • muka jadi "glowing" dek kerana B-complex
  • berat turun kerana Alfalfa menyingkirkan lemak serta ESP yang membuatkan cepat kenyang dan dapat kawal berat 
  • muka hilang pucat kerana Vitalea membekalkan zat-zat yang hilang waktu bersalin dulu.
  • Bonus..Alfalfa juga berfungsi sbagai perapat macam Kacip Fatimah...sebab bila bersalin memang perlukan perapat untuk betulkan kembali apa-apa yang dah longgar tu.:)
Bagi anda yang dah bersalin/belum berkahwin/dah berkahwin dan nak muda remaja macam puan Anis bolehlah mencuba vitamin-vitamin di atas. SMS saya di 013-2995854 untuk pesanan/pertanyaan dan untuk mendapatkan harga ISTIMEWA sebab menjadi customer ALL NATURAL SUPPLEMENT.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor


Rabu, 17 Oktober 2012

Lelaki pun boleh kuruskan badan dengan mudah...






Mungkin sebelum ni kalau kita tengok dekat mana-mana iklan sekalipun lebih banyak cerita pasal testimoni perempuan dari lelaki . Sebenarnya lelaki atau perempuan pun, suka pada yang cantik dan "perfect", cuma "maybe"definisi cantik antara lelaki dengan perempuan tu yang tak sama. Masa saya kerja "part time" dekat Klinik di Shah Alam yang kebetulan duduk bersebelahan "Kedai Mamak" selalu saya perhatikan lelaki yang gemar keluar masuk "Kedai Mamak" ni. Kalau tengok susuk tubuh masing-masing dekat badan "ok" bila dekat bahagian perut mesti sama, masalah perut buncit. Agaknya diet yang pilihan diaorang dekat situ lebih kepada makanan yang kaya dengan santan, minyak sapi dan mentega atau marjerin membuatkan ramai yang berhadapan dengan masalah ni. Jangan marah pulak ye!..Bukan tak boleh makan dekat "Kedai Mamak" tapi kena pandai pilih menu. Kalau pagi dah makan roti canai , petang bolehlah makan capati, tosai atau roti nan(pilih yang biasa jangan ambil yang ada keju) pulak....Tapi tak susah nak turunkan berat badan sebab lelaki pun boleh kuruskan badan dengan mudah... sendiri. yang penting bersungguh-sungguh dengan apa yang dihajati tu.

Mungkin anda boleh tengok carta ni sebagai "guideline" bila nak makan di "kedai mamak".

Bercakap pasal kurus..saya nak kongsikan pengalaman En.Muhammad Faiz yang berjaya menurunkan berat badannya ..Jom kita baca pengalaman beliau..



Beliau ambil ESP bersama-sama dengan Cinch Shake. Sebenarnya ESP membekalkan tenaga dan akan buat kita rasa cepat kenyang (ESP bukan setakat mencantikkan kulit saja tau!) manakala Cinch Shake pula adalah protein yang sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga sebanyak 35%. Sebab tu berat En. Muhammad Faiz boleh turun sehingga 4kg lepas ambil ESP+Cinch Shake. Untuk ketahui lebih banyak lagi manfaat ESP dan Cinch Shake boleh baca di bawah :-


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Bukan setakat untuk kulit, juga untuk  "weight  management".



ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP
 adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten 
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Cinch™ Shake
Cinch shake mengandungi leusine supaya badan tidak kelihatan lembik selepas  hilang berat  badan.



Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.


Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.


Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.

Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:

•Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/pencuci mulut
•Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina.
•Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan.
•Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang.
•Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
•Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
•Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting.

•Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan (soya bukan GMO)


Jika ingin turun berat seperti En.Muhammad Faiz, boleh sms ke 013-2995854 untuk pesanan atau pertanyaan atau boleh like page www.facebook.com/messages/OrganicSupplementShoppe untuk info lanjut.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor

Jumaat, 5 Oktober 2012

Vitamin Untuk Turunkan Berat Badan

A) Vitamin Penurunan berat optimum


Basically utk diet anda perlu:

Detoks (Herblax) + Protein (Cinch Shake) + Pemecah Lemak (Lecithin) 

1. Kenapa perlu protein?



Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.Cinch Shake protein di dalam penurunan berat mengandungi leusine untuk memastikan bentuk badan tidak kelihatan lembik selepas penurunan berat.

2. Kenapa kena detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda kunci asas untuk kurus adalah detox.

Herb-Lax berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

3. Kenapa perlu Lecithin?

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.



B) Vitamin Penurunan berat dengan berbajet




Fungsi:

HerbLax : Membantu proses membuang toksin. Penyerapan nutrien lebih baik selepas proses detox. Dan bertindak sebagai fiber yang membantu angkut keluar lemak yang telah dipecahkan.

Lecithin : Membantu memecahkan dan membakar lemak, elakkan kembung perut, mudah untuk membuang, kilatkan rambut dan kuku.

Alfalfa : fiber yang membantu angkut keluar lemak yang telah dipecahkan

Jumaat, 28 September 2012

Rahsia Langsing Wanita Jepun

Jika dilihat wanita Jepun memang langsing-langsing belaka. Tengok saja pada saiz kimono yang dipakai memang terletak cantik je kat badan.Kalau nak tahu kimono tu diikat ketat dengan tali pinggangnya yang berbentuk reben tu..Aku pun pernah try pakai..memang nak semput dibuatnya. Orang yang betul2 langsing saja yang dapat bertahan dengan kimono dan wanita Jepun kelihatan selesa sekali memakai kimono siap boleh buat kerja rumah lagi pakai kimono. Apa agaknya Rahsia Langsing Wanita Jepun?Jom baca artikel yang dipetik dari Harian Metro ni.






TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don’t Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.


Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.


Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

=====================================================================
Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.Kedua, sajian makanan adalah kecil.
Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.
Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.
Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.
Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.
=====================================================================

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

“Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi,” kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.“Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan,” kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

“Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk ‘makan dengan mata’ dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.“Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang,” katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika. Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika. Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan. Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung. Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis. Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don’t Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan. 

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu. Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan. Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.
Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi. Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain. Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini. Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.

Rabu, 19 September 2012

Langsing secara semulajadi


Basically utk diet anda perlu:

Detoks (Herblax) + Protein (Cinch Shake) + Lecithin

1. Kenapa perlu protein?

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

2. Kenapa kena detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda kunci asas untuk kurus adalah detoks.

Herb-Lax berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

3. Kenapa perlu Lecithin?

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.





Testimoni pelanggan yang berjaya turunkan 11kg dengan set diet






Selasa, 18 September 2012

Kelebihan ESP


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

ESP-Soy Protein yang berkhasiat boleh dinikmati dalam pelbagai cara...

ESP + Air suam
ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
ESP + SusuAnmum
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung
ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
ESP + KOKO + OAT
ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL
ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
Free Auto Malaysia Backlinks