Saya rasa ramai yang terkeliru dengan rawatan sedut lemak atau liposuction. Mungkin ramai yang sangka dengan buat rawatan sedut lemak boleh kurus, sedangkan pembedahan sedut lemak lebih bertujuan mengembalikan bentuk tubuh dan bukan mengurangkan berat badan atau kolestrol dalam darah sebab lemak yang disedut terletak di bawah kulit.
Bukan semua layak buat liposuction ni, ada syarat-syarat untuk jalani rawatan ni :
- Mempunyai berat badan normal atau lebih sedikit.
- Mempunyai kulit anjal dan tegap. Individu yang ada masalah selulit tidak sesuai kerana kulit boleh alami ketidaknormalan akibat penyedutan terlalu banyak atau sedikit lemak pada bahagian tertentu.
- Tahap kesihatan keseluruhan yang baik. Individu yang ada penyakit seperti kencing manis tidak dibenarkan menjalani kaedah ini kecuali jika penyakit mereka terkawal.
- Mengalami masalah pengumpulan lemak pada bahagian tertentu yang sukar di atasi melalui diet dan senaman.
- Individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis.
- tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
- terlalu gemuk tidak layak dibedah kerana risiko pembedahan sangat tinggi.
Ini kerana individu yang menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko tinggi mengalami komplikasi, terutama jika penyakit tidak terkawal.
Individu yang alami gejala lemak viseral akibat kegemukan di pinggang (ukuran pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan), rawatan sedut lemak tidak menghilangkan masalah anda kerana lemak penyebab masalah ada di dalam abdomen.
Pembedahan sedang dijalankan. |
Dapatkan doktor rawatan sedut lemak yang tepat
kalau nak buat rawatan ni kena kaji betul-betul supaya tak alami komplikasi disebabkan doktor yang buat liposuction tu tak bertauliah. Ada kes di mana pesakit muda yang dah buat rawatan mempunyai paha tidak simetri. Bahagian dalam pahanya melengkung gara-gara rawatan sedut lemak tidak dilakukan dengan teliti. Ia bukan saja memalukan, tetapi pahanya kelihatan cacat dan tidak sama besar.
Andai kata betul-betul serius nak buat liposuction cari doktor yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan khusus untuk pembedahan kosmetik, sama ada doktor berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Persatuan Pakar Bedah Plastik, Estetik dan Kraniomaksilofasial Malaysia (Mapacs).
Setiap orang yang mahu menjalani rawatan ini perlu berbincang dengan doktor dan faham prosedur yang akan dilakukan. Doktor akan memberitahu pilihan terbaik untuk masalah anda, kos dan hasil yang boleh dijangka. Malah ketika ini anda berhak melihat sijil dimiliki doktor.
Prosedur
Rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.
Ada tiga peringkat rawatan ni iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak. Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.
Bagi dua liter lemak, disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.Ngeri pulak bila difikir-fikirkan balik.
Sebelum pembedahan, ubat bius akan disuntik(setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).
Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.
Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.
Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.
Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.
Kalau nak buat liposuction kali kedua kena tunggu 6 bulan sebab nak bagi peluang kepada badan untuk stabil dan semua kesan ubat bius, terutama ubat bius menyeluruh, hilang sepenuhnya. Tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat. Mesti beri masa untuk badan berehat dan sembuh kerana ketika proses sedut lemak ada banyak sel yang cedera, maksudnya mestilah tersangat sakit masa buat rawatan yang pertama dulu.
Memang kena fikir dalam-dalam sebelum buat keputusan selain risiko sewaktu pembedahan, kos dia pun mahal dan satu lagi sudah tentulah sakitttt..
Baik anda bersenam dan jaga pemakanan lagi selamat(takpun ambil set diet Shaklee lagi selamat dan semulajadi).Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Apa-apa pun tepuk hati tanya akal..
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854(pertanyaan/pesanan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan