Di sebalik kumuhan yang kita buang setiap hari ada petunjuk di sebalik warna air kencing anda itu. Mungkin anda terperasan kekadang warna air kencing berubah-ubah setiap hari. Jom kita tengok apakah petunjuk yang penting disebalik warna urin ni....
Warna urin perlu diperhatikan setiap hari. |
Jika warna air kencing jernih - menunjukkan anda minum air berlebihan dari jumlah keperluan tubuh, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.
Urine-chart yang berguna untuk anda |
Pemakanan pengaruhi warna air kencing
- Kuning/Kuning cair - mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah, jadi jangan risau jika anda pengamal vitamin B-Complex.
- Sesetengah ubat - seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.
- Memakan ubi - mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan hanya sementara.
Warna air kencing dan penyakit
- Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.
- Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.
- Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
- Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.
- merah adalah tandanya terdapat darah di dalam air kencing, anda mungkin mengalami pendarahan atau kanser dan biasanya mereka yang berumur 40-an, hipotesis pertama yang dibuat adalah kanser pundi kencing.
- Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Jadi yang terbaik, tubuh anda perlu mendapat cukup air kosong 2-3 liter sehari untuk memastikan tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
kandungan urin |
Jangan pandang remeh seandainya anda lihat warna urin yang berwarna pelik, kalau anda tidak pasti rujuklah dengan doktor untuk memastikan anda bebas dari penyakit berbahaya. Awasilah warna urin anda setiap hari,mencegah lebih baik dari mengubati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan