Khamis, 17 Januari 2013

Masalah reput tulang (Osteoporosis) macam Ali Baba?

Mungkin anda pernah tengok cerita "Ali Baba Bujang Lapok". Saya pun dah tonton berkali-kali cerita Ali Baba ni. Pelik sebab apa saya kaitkan masalah reput tulang dengan Ali Baba?.Tentu anda perasan kan dalam citer ni Ali Baba asyik bergaduh dengan isteri dia sebab makanan diaorang selalu tak cukup dan Ali Baba plak malas nak keluar kerja. Sampailah akhirnya keluar lagu yang Ali Baba nyanyi "...berehat sedikit, isteri dah meradang,kerja berat takut reput tulang.." 
Babak ni pun mesti anda ingat kan?

Mungkin juga benar kata Ali Baba,dia bukan malas tapi dia memang ada masalah reput tulang atau Osteoporosis dek kerana sering kekurangan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium..

Info Osteoporosis yang patut semua orang tahu.....

Tulang yang reput dan rapuh adalah akibat osteoporosis. Kita tentu pernah melihat orang yang berjalan dalam keadaan bongkok sabut. Ini salah satu tanda penyakit tersebut. Penyakit senyap ini boleh berlaku pada wanita menopos dan lelaki atau wanita yang mempunyai jisim tulang rendah (osteopenia).Di antara 2-4% tulang kerangka manusia dibina semula setiap tahun. Ini bererti kalsium dan mineral penting lain keluar dari tulang dalam satu proses dinamakan resorption, Tulang itu kemudiannya dibina semula atau digantikan.


Perbezaan di antara tulang normal dan Osteoporosis

Osteoporosis mesti dicegah atau dirawat. Jika dibiar berlarutan tulang pesakit boleh retak atau patah jika terjatuh. Walaupun boleh menjejaskan mana-mana tulang, namun keretakan atau kepatahan di pinggul dan tulang belakang menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan. Tanpa pembedahan dan rawatan yang betul pesakit mungkin tidak boleh bergerak langsung.

Tanda-tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Di antara penyebab osteoporosis pula ialah 
  • usia tua
  • kurang berat badan 
  • sejarah keluarga yang pernah mengalami osteoporosis sama ada ibu, bapa atau adik beradik
  • merokok
  • mengambil alkohol berlebihan 
  • kurang hormon seks (dialami oleh wanita menopous)
  • pengambilan atau penyerapan kalsium dan vitamin D yang rendah
  • gaya hidup sedentari
  • pernah mengalami keretakan tulang terutama selepas usia 50 tahun 
  • mengambil ubat-ubatan seperti prednisolone 
  • pengambilan heparin (ubat penipisan darah) 
  • mengambil ubat penentang sawan dan penyakit tertentu yang boleh menjejaskan tulang seperti gangguan endokrina, penyakit Cushing dan rheumatoid arthritis.     
Lelaki kerap kali menderita osteoporosis kerana tabiat merokok. Perokok yang kurus dan kurang minum susu atau tidak mengambil suplemen Calcium Plus memang berisiko tinggi. 

Jadi kalau anda nak tulang yang sihat, gigi yang kuat, pastikan pengambilan kalsium anda cukup. Kalau anda tak suka minum susu atau tak dapat nak pastikan adakah cukup  pengambilan kalsium anda pada hari tu, tak payah risau sebab ada Osteomatrix yang terbaik untuk tulang anda. Lepas ni anda tak payah nyanyi macam Ali Baba sebab  ada masalah tulang reput :)

Retail price WM/EM: RM61.00 (120 biji)

Yang best tentang Osteomatrix 

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Kalsium sahaja tidak mencukupi

Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.


Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Untuk dapatkan Osteomatrix  boleh sms/whatssap 013-2995854

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks