Isnin, 14 Januari 2013

Cara hilangkan bengkak cabut gigi



Baru-baru ni terpaksa cabut gigi geraham bawah..masalah gigi ni mula ada lepas bersalin anak kedua. Masa bersalin anak pertama takde masalah sangat. Selepas anak pertama, saya hamil tapi sebulan setengah saya alami keguguran dan banyak kehilangan darah. 3 bulan kemudian mungkin rezeki, saya mengandung lagi..dan Alhamdulillah kandungan kali ni selamat dan anak no.2 selamat dilahirkan bulan 11 thn 2011.Maybe jarak kehamilan yang terlalu rapat dan masalah keguguran buatkan badan cepat hilang kalsium walaupun saya sangat menitikberatkan pengambilan suplemen masa mengandung.  Lepas tu bermulalah masalah gigi berlubang, mula2 gigi geraham bongsu atas, lepas tu gigi bawah pulak. Masa cabut gigi atas takde masalah, sakit pun sekejap je..Baru-baru ni pergi cabut pulak gigi geraham bawah sebelah kiri. Aduhaii..memang tersangat sakit. Ambil masa dekat 2 jam baru boleh cabut, tu pun akar gigi yang ketiga terpaksa doktor tinggalkan dulu. Sakitnya tuhan jelah yang tahu, doktor yang cabut tu pun tengok penat sekali. Gigi geraham bawah memang kuat, tambah pulak gigi saya naik menyerong sikit, tu yang lagi susah nak cabut. Dah macam-macam alat doktor tu guna dari besar sampai ke kecik. 


Agaknya keadaan geraham saya macam gambar no.2 tu..


Lepas cabut gigi, satu badan terasa longlai,seram sejuk macam nak demam. Nak melangkah pun terasa macam nak pitam. Sebab banyak luka pada gusi, doktor gigi bagi antibiotik dengan ubat tahan sakit. Walaupun makan ubat tahan sakit, sakit dia tetap terasa. Sebelum balik doktor pesan

  • tak boleh minum minuman yang terlalu panas takut darah lambat berhenti
  • tak boleh makan benda keras
  • minum minuman yang berais lagi bagus sebab akan cepatkan darah berhenti
  • tak boleh usik bahagian yang dicabut dengan lidah atau jari takut terkena jangkitan.
Masa dalam perjalanan balik sempat minum minuman berais, terasa kurang sikit sakit, tapi sampai di rumah badan menggigil-gigil, terus berselimut dengan selimut tebal, terasa sejuk satu badan macam disimbah air ais. Dalam hati rasa takut jugak apahal rasa macam ni. Takut ada benda tak elok pulak. Dahlah anak kecik2 lagi.    Tapi tak lama rasa sejuk tu hilang, perut rasa lapar, tapi mulut sakit, nak makan pun jadi tak berselera. Semalaman tak boleh tidur, sakit bukan kepalang, makan ubat tahan sakit rasa macam makin sakit plak. Semua rasa tak kena,time ni suplemen yang dok makan hari-hari semua dah lupa nak makan. Esoknya mak aiii...bengkak pipi macam kena sengat tebuan, muka jadi besar sebelah, suami rasa lucu tengok tapi sebab tengok muka saya yang tak bermaya dia plak jadi risau, takut infection tu makin melarat, dia ajak ke klinik tapi sebab dah cuak, cakap kat husband tunggu 2 hari kalau bengkak tak surut baru pergi balik klinik. Sebab risau teringat Collagen Powder dengan Alfalfa Complex dah 2 hari tak makan, lepas makan...Alhamdulillah bengkak surut malam tu. Sakit pun dah kurang. Collagen bagus sebab dia baikpulih tisu2 yang tercedera dan Alfalfa Complex pun bagus jugak sebab klorofil dia antibakteria. So..infection tak merebakla...Jadi kalau sesiapa yang pergi cabut gigi bolehlah ambil collagen dengan alfalfa..untuk elak bengkak yang melampau "time" cabut gigi..dan Ostematrix untuk pastikan kalsium mencukupi dan tak payah cabut gigi lagi. 


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks