Memaparkan catatan dengan label Gastrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gastrik. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2013

Tips Turunkan Berat Badan - Tambahkan KALSIUM dalam Diet anda

Macam-macam cara yang digunakan untuk kurus.Tapi walau apa pun cara yang digunakan, paling penting ianya harus selamat dan tak meningalkan kesan sampingan kepada pengamalnya. Hasil kajian daripada beberapa penyelidik mendapati salah satu cara untuk turunkan berat badan adalah dengan tambahkan KALSIUM di dalam diet rendah lemak. 

Kalsium amat membantu dalam proses kurangkan berat badan

Mengapa KALSIUM boleh turunkan berat badan?


Kajian menunjukkan bahawa mengambil tiga atau empat hidangan harian produk tenusu rendah lemak - yang berkalsium tinggi boleh membantu menyesuaikan jentera pembakaran lemak badan anda.


Pastikan anda memilih sumber kalsium yang rendah lemak kalau anda dalam proses turunkan berat badan 

Dalam kajian mereka yang lalu, Michael Zemel, PhD, pengarah Institut Pemakanan Universiti Tennessee di Knoxville dan rakan-rakan penyelidiknya telah menunjukkan bahawa kalsium yang disimpan di dalam sel-sel lemak memainkan peranan penting dalam mengawal selia bagaimana lemak disimpan dan dipecahkan oleh badan. Jika badan mendapati banyak kalsium yang terdapat di dalam sel lemak, lebih banyak lemak akan dibakar.  

Jika tidak dapat mengambil produk tenusu rendah lemak, boleh gantikan dengan suplemen KALSIUM tetapi pastikan suplemen tersebut turut mengandungi VITAMIN D, ZINC dan MAGNESIUM supaya tubuh dapat menyerap kalsium dengan lebih baik.

[sumber: http://www.webmd.com/diet/news/20000417/calcium-low-fat-diet]

Kajian kedua pula di Fakulti Perubatan Université Laval  membuat penemuan dalam program 15 minggu turunkan berat badan yang dijalankan ke atas wanita gemuk. Para peserta yang terdiri daripada  mereka yang purata kurang daripada 600 mg pengambilan kalsium  setiap hari, manakala  pengambilan harian yang sepatutnya adalah 1000 mg. Di samping mengikuti diet rendah kalori , wanita-wanita itu jua telah diarahkan untuk mengambil dua tablet kalsium sehari yang mengandungi sebanyak 1200 mg kalsium atau plasebo. Mereka yang mengambil tablet kalsium hilang hampir 6 kg sepanjang program, berbanding 1 kg bagi wanita dalam kumpulan kawalan.

"Hipotesis kami adalah jika otak mengesan kekurangan kalsium, ia akan mengimbangi dengan merangsang pengambilan makanan, yang jelas mengganggu matlamat mana-mana program penurunan berat badan," kata Angelo Tremblay, pemegang Kerusi Penyelidikan Kanada dalam Alam Sekitar dan Imbangan Tenaga. "Pengambilan kalsium yang mencukupi seolah-olah menyekat keinginan untuk makan lebih," katanya.


Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk memastikan kejayaan mana-mana program penurunan berat badan. Menurut penyelidik, lebih 50% daripada wanita gemuk yang datang ke klinik pasukan penyelidikan, pengambilan kalsium harian mereka adalah tidak seperti yang disyorkan.

[sumber : http://www.medicalnewstoday.com/releases/142198.php]

OSTEMATRIX Lebih daripada KALSIUM

Pengambilan 2-4 biji Ostematrix adalah bertepatan dengan saranan di atas bagi mereka yang ingin proses berat badan mereka berjaya seperti yang mereka ingini. Ostematrix mengandungi 1000 mg Kalsium bersama magnesium, vitamin D dan Zink. Ia juga mengandungintembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Sumber Kalsium yang terbaik.
Selain untuk untuk menjayakan proses turunkan berat , Ostematrix juga sangat bagus untuk mengelakkan  Osteoporosis, kebas-kebas, kesihatan gigi, untuk pesakit buasir (ia melancarkan pembuangan air besar) dan juga untuk pesakit gastrik (ia membantu meneutralkan asid di dalam perut). Sebarang info lanjut mengenaik Ostematrix boleh sms ke 013-2995854.

Faizah Zain
SID 887424


Selasa, 12 Februari 2013

Tips elak masalah GASTRIK berulang

Masalah Gastrik atau Gastritis dihadapi tanpa mengenal usia dan jantina. Pelbagai faktor yang menjadi punca masalah gastrik ni, di antaranya adalah amalan pemakanan yang tidak sihat dan teratur, pengambilan ubat-ubatan tertentu serta beberapa faktor yang lain. Bagi yang mengalami masalah gastrik pasti tidak mahu masalah itu terus menghantui anda setiap masa. Beberapa tips boleh anda amalkan untuk elak masalah GASTRIK berulang:-


Atasilah Gastrik anda dengan tips yang diberikan.
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

DAN...


Amalkan SUPLEMEN semulajadi UNTUK GASTRIK
=====================================

  • ESP (Energizing Soy Protein)
Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh.
  • B-complex
B-complex terdiri daripada 8 kumpulan vitamin B dan hanya berfungsi dengan efektif apabila semua komponen hadir bersama. Vitamin b-complex bertindak sebagai ubat penenang atau anti-stress. Stress boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik, jadi b-complex dapat membantu. Ia juga membantu pengeluaran antibodi. Gastrik mungkin terjadi disebabkan jangkitan, jadi untuk melawan jangkitan, antibodi yang cukup harus hadir.
  • Ostematrix
Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu meredakan masalah gastrik.

3 suplemen ni bagus diamalkan untuk meredakan penyakit gastrik anda. ESP elok diambil di waktu pagi ketika perut kosong, manakala B-complex dan Ostematrix pula diambil sebelum tidur. Untuk mendapatkan 3 suplemen ni boleh sms ke 013-2995854(pertanyaan/pesanan)..Konsultasi percuma akan diberikan bagi yang menjadi customer All Natural Supplement.


Faizah Zain
SID: 887424



Free Auto Malaysia Backlinks