Luka pembedahan (cesarean) perlu dijaga dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang komplikasi pada ibu yang bersalin. Mungkin ibu-ibu yang bercadang bersalin secara cesarean boleh mengaplikasikan 11 tips menjaga luka bersalin pembedahan (cesarean) agar cepat sembuh.
1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.
2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.
3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.
5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.
6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.
Jenis-jenis cesarean. |
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.
10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.
Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.
(Sumber :http://www.portal.alamhamil.com)
Set Berpantang Shaklee (Bersalin Normal/Pembedahan [Cesarean])
Klik untuk besarkan imej. |
Set ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan (cesarean). Bagi yang bersalin secara cesarean, ibu-ibu ini tidak boleh mengambil sebarang jamu, herba atau makan sebarangan. Jadi suplemen asas set ini amat sesuai untuk ibu yang bersalin cesarean kerana ia lengkap dengan nutrisi seimbang yang diperlukan agar luka cesarean cepat sembuh. Anak yang mengalami Jaundis (kuning) tidak menerima kesan negatif sekiranya ibu terus mengambil set ini ketika masalah Jaundis dialami bayi. Tidak seperti jamu yang beri efek panas pada bayi sehingga cirit-birit kerana menyusu susu ibu manakala pati ikan haruan/ gamat pula hanyir serta sukar diminum dan disediakan, suplemen di dalam set ini sangat mudah diambil kerana ianya dalam bentuk tablet tanpa kesan sampingan. Ianya berasaskan sumber semulajadi dan mudah diserap oleh tubuh.
- B-Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.
- Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.
- Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.
- Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.
Bertambah efektif jika diambil bersama:
- ESP dan ALFALFA yang membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
- Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.
Sharing dari pengguna bersalin pembedahan (cesarean) yang menggunakan Set Berpantang Shaklee, Mereka amat berpuashati.
Berminat mendapatkan Set Berpantang Shaklee? Hubungi saya
Faizah Zain | Shaklee Independent Distributor 887424 | sms/call : 013-2995854
Tiada ulasan:
Catat Ulasan