Anak-anak yang masih kecil mudah terkena HFMD. Tapi Masalah HFMD anak anda boleh sembuh jika anda mengambil langkah berjaga-jaga daripada awal lagi. Macam Puan Norliza Wahab yang berkongsi tips tentang masalah HFMD pada anaknya yang sudah pun sembuh. Sebelum tu jom kita ketahui dulu tentang HFMD.
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari.Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian .
- Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat dan hilang selera makan.
- Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung.
- (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
- Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
- Ulcer mulut yang sakit.
Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.
Apakah penyebab HFMD?
Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)
Adakah HFMD ini serius?
Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.
Adakah HDMD ini mudah berjangkit?
HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang.
Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan gejala?
Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.
Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?
Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanakkanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.
Bolehkan HFMD ini dicegah?
- Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala.
- Amalkan kebersihan diri yang baik:-
§ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan.
§ Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembali dari tempat kerja.
§ Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan.
§ Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk.
§ Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.
§ Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengandungi klorin (seperti Chlorox yang dicairkan) untuk mengelakkan.
HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah
- Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula demam) bagi mengelak rebakan.
- Amalan pencegahan seperti di atas perlu diamalkan setiap masa.
- Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut adalah sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.
Pengalaman Ibu yang anaknya mengalami HFMD
Setelah anaknya mengamalkan Mealshake dan ESP, penyakit HFMD semakin sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan