Khamis, 2 Mei 2013

Makanan dan minuman yang mempercepatkan Osteoporosis

Mungkin ramai yang tahu makanan yang kaya dengan kalsium. Tetapi ramai yang tidak tahu makanan yang membuatkan kalsium cepat hilang dari tulang mereka dan merisikokan Osteoporosis. Jom ketahui makanan dan minuman yang mempercepatkan Osteoporosis.

Minuman berkafein di antara yang mempercepatkan kalsium hilang daripada tubuh.


Jika anda mempunyai sejarah osteoporosis dalam keluarga, sebaiknya anda perlu mengurangkan penggunaan beberapa jenis makanan dan minuman berikut ini:
1. caffeine
Dengan pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan kalsium. Semakin banyak anda minum caffeine, semakin banyak kalsium yang terbuang melalui air kencing. Walaupun begitu kesannya adalah kecil, sekirannya pola permakannan yang anda ambil mengandungi kalsium yang tinggi.
2. soda
Minuman bersoda juga boleh mengganggu kekuatan tulang. Menurut pakar fosforus, agen perasa asid fosforik yang terdapat didalam minuman soda, akan menganggu penyerapan kalsium.
3. garam
Semakin banyak garam yang masuk ke dalam tubuh, semakin banyak pula kalsium yang terbuang melalui air kencing dan peluh.
4. alkohol
Pengambilan alkohol dalam skala sederhana, kira-kira satu gelas sehari untuk wanita dan dua gelas untuk lelaki, memang memberikan kesan perlindungan bagi tulang. Tetapi bagi umat Islam alkohol diharamkan sama sekali. Larangan di dalam ajaran Islam memang terbukti benar kerana kebanyakan alkohol menyebabkan kekuatan tulang akan berkurangan.
5. protein
Pengambilan Protein dengan betul mengikut pola permakanan adalah baik untuk tulang. Protein sangat penting untuk tulang supaya sihat dan kuat. Tahukah anda wanita memerlukan kira-kira 46 gram protein setiap hari, sedangkan lelaki perlukan kira-kira 56 gram, tetapi jika berlebihan protein akan mengganggu keseimbangan pada tubuh badan. Jadi pastikan anda mengambil protein dalam kadar yang betul.
Jadi jika anda rasa anda adalah penggemar makanan atau minuman di atas cuba kurangkan dan amalkan mengambil suplemen kalsium.


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 


1 biji Ostematrix menyamai khasiat 80 biji badam dan segelas susu berkalsium tinggi.


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Jika anda berminat mendapatkan OSTEMATRIX hubungi:

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks