Memaparkan catatan dengan label kebaikan omega-3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebaikan omega-3. Papar semua catatan

Ahad, 28 April 2013

Masalah Perut Buncit Suami Tiada Lagi..

Bukan wanita sahaja, ramai juga lelaki yang sudah berkahwin mengalami masalah perut buncit. Ada pelbagai faktor penyumbang masalah perut buncit ni. Tapi sebab utama adalah pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian perut. Ada yang mengatakan perut buncit lambang "kemakmuran" atau "prosperity". Mungkin kot sebab kalau rezeki lebih..makan pun kekadang jadi berlebihan juga. Di sini sebenarnya saya nak share testimoni dari Puan Mariana Mahathir tentang kegembiraannya apabila masalah perut buncit suaminya tiada lagi..bak bukit yang ditarah rata..Tapi sebelum tu jom tengok faktor-faktor penyumbang perut buncit ni.



Banyak penyumbang perut buncit ni.



Apa sebab perut buncit??
  • makanan dan minuman yang salah dan tidak seimbang. Pengambilan gula dan makanan yang karbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan seperti roti putih, biskut, mee, makanan segera, nasi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pengambilan minuman manis dan bergula tinggi. Makanan ini akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Selalunya perut buncit juga berkait dengan masalah kolesterol berlebihan. Perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen. Pengambilan alkohol atau arak juga adalah punca kepada perut buncit. Ini adalah kerana alkohol ini menganggu enzim serta fungsi metabolisma dalam hati dan juga menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam abdomen. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh. 
  • stress yang tidak terkawal juga mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah hormon dan sistem penghadamannya. Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit.
  • merokok atau penggunaan tembakau boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. 
  • tidak aktif secara fizikal samada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat. Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. 
  • perubahan hormon akibat penuaan (bagi wanita ia berlaku ketika menopaus) . Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Lelaki mendapat masalah ‘andropaus’ akibat penurunan hormon testosteron, dan diantara tanda-tanda andropaus adalah perut buncit. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. 

(sumber :doknorm.blogspot.com)


Pengambilan Omegaguard (99% omega-3) dalam mengawal perut buncit



  • Omega-3 dan penurunan kolestrol "jahat" (LDL) dan memperlahan pemendapan kolestrol


Omega 3 menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Kajian di barat menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 yang amat tinggi. Secara teorinya saintis berpendapat, omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.


(sumber :doknorm.blogspot.com)

  • Omega-3 mengawal tindakbalas badan terhadap hormon leptin
♥ Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.
♥ Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti.
♥ Leptin tidak dapat berfungsi dengan baik apabila seseorang mengalami obesiti, lalu menjadikan tubuh kita tidak menerima isyarat dari leptin dengan baik. Malangnya ia menjadikan seseorang itu lebih rasa nak makan apabila keadaan ini berlaku. Omega-3 mengawal hormon leptin ini secara tidak langsung membantu seseorang itu daripada makan secara berlebihan.

(sumber: vitaminsemulajadi.com)


Testimoni Puan Marina Mahathir

Selepas 3 bulan masalah perut buncit suaminya dapat diatasi.

klik untuk besarkan imej.
Jika ingin mendapatkan OMEGAGUARD anda boleh hubungi saya :

Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424| sms/call 013-2995854

Rabu, 6 Februari 2013

Cara menguatkan daya ingatan macam Orang Jepun

Teringat masa kecil-kecil dulu, arwah datuk sebelah ayah melarang keras kami adik-beradik makan kepala ikan, organ-organ dalam haiwan macam hati dan limpa. Tetapi lepas arwah dah takde mak ayah takdalah larang sangat nak makan semua tu. Dulu tertanya-tanya juga kenapa datuk larang sangat makan   makanan tu, bila dah besar baru faham. Semua tu akan menyebabkan daya ingatan jadi lemah. Saya rasa semua tu memang berkesan, sebab ayah walaupun tak belajar sampai ke IPT tapi daya ingatan dia sangat kuat walaupun dah menjangkau 70 tahun, kalau nak mengira yang darab-darab ni tak payah pakai kalkulator semua dicongaknya walaupun yang ayah darab tu semuanya angka yang ada perpuluhan. Lagi satu ayah ni suka makan ikan kembung, dulu kalau boleh hari-hari nak makan ikan kembung masak kari atau goreng. Teringat pasal tu, saya juga tertarik pasal cara menguatkan daya ingatan macam Orang Jepun . Diaorang terkenal sebab kuat menghafal kalau belajar dan panjang usia. Jom korek rahsia  diaorang.    



Kepintaran orang  Jepun juga dipengaruhi oleh corak pemakanan mereka

Dari aspek pemakanan, ikan mendominasi di antara makanan yang kerap diambil oleh orang Jepun, puratanya adalah 60kg per orang setahun, memang banyak kan ? Berbanding kita di Malaysia yang puratanya baru 37kg per orang setahun. Kadar protein ikan segar atau olahan cukup tinggi, Ikan juga kaya akan kalsium, fosfor, besi, Vitamin A dan B1. Salah satu lagi komponen gizi yang terkandung dalam ikan yang berperanan dalam meningkatkan kecerdasan ialah Docosa-hexaenoic-acid (DHA), yang merupakan asid lemak rantai panjang Omega-3. Ia terdiri dari 22 atom karbon, 32 atom hidrogen dan 2 atom oksigen (rumus molekul: C22H32O2).

Daripada kajian yang dibuat, orang Jepun yang tingkat konsumsi ikannya lebih tinggi memiliki rata-rata kecerdasan yang lebih tinggi sebab Ikan merupakan bahan yang kaya dengan DHA.

Menurut pakar dari Amerika Syarikat, sekiranya diet anda mengandungi kurang asid lemak Omega-3, otak anda akan menjadi 2 tahun lebih tua dari umur yang sepatutnya. Kajian juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak Omega-3 di bawah 25%, memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan abstrak 


(Majalah I-Sihat; September 2012)




Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung

Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis

Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder

Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder) dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata

Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)


Sumber:
1)http://ezinearticles.com/?expert=Michael_Byrd
2) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21961774
3) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20504323
4) http://www.fishoilblog.com/8-fish-oil-benefits.php

Bagus untuk seisi keluarga

Khasiat OMEGAGUARD -minyak ikan yang kaya dengan 99% Omega-3

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

OmegaGuard antara minyak ikan yang terbaik kerana terdiri daripada 99% omega-3 berbanding minyak ikan yang lain. Memang bagus untuk dijadikan suplemen harian anda.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks