Teringat masa kecil-kecil dulu, arwah datuk sebelah ayah melarang keras kami adik-beradik makan kepala ikan, organ-organ dalam haiwan macam hati dan limpa. Tetapi lepas arwah dah takde mak ayah takdalah larang sangat nak makan semua tu. Dulu tertanya-tanya juga kenapa datuk larang sangat makan makanan tu, bila dah besar baru faham. Semua tu akan menyebabkan daya ingatan jadi lemah. Saya rasa semua tu memang berkesan, sebab ayah walaupun tak belajar sampai ke IPT tapi daya ingatan dia sangat kuat walaupun dah menjangkau 70 tahun, kalau nak mengira yang darab-darab ni tak payah pakai kalkulator semua dicongaknya walaupun yang ayah darab tu semuanya angka yang ada perpuluhan. Lagi satu ayah ni suka makan ikan kembung, dulu kalau boleh hari-hari nak makan ikan kembung masak kari atau goreng. Teringat pasal tu, saya juga tertarik pasal cara menguatkan daya ingatan macam Orang Jepun . Diaorang terkenal sebab kuat menghafal kalau belajar dan panjang usia. Jom korek rahsia diaorang.
Dari aspek pemakanan, ikan mendominasi di antara makanan yang kerap diambil oleh orang Jepun, puratanya adalah 60kg per orang setahun, memang banyak kan ? Berbanding kita di Malaysia yang puratanya baru 37kg per orang setahun. Kadar protein ikan segar atau olahan cukup tinggi, Ikan juga kaya akan kalsium, fosfor, besi, Vitamin A dan B1. Salah satu lagi komponen gizi yang terkandung dalam ikan yang berperanan dalam meningkatkan kecerdasan ialah Docosa-hexaenoic-acid (DHA), yang merupakan asid lemak rantai panjang Omega-3. Ia terdiri dari 22 atom karbon, 32 atom hidrogen dan 2 atom oksigen (rumus molekul: C22H32O2).
Daripada kajian yang dibuat, orang Jepun yang tingkat konsumsi ikannya lebih tinggi memiliki rata-rata kecerdasan yang lebih tinggi sebab Ikan merupakan bahan yang kaya dengan DHA.
Menurut pakar dari Amerika Syarikat, sekiranya diet anda mengandungi kurang asid lemak Omega-3, otak anda akan menjadi 2 tahun lebih tua dari umur yang sepatutnya. Kajian juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak Omega-3 di bawah 25%, memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan abstrak
(Majalah I-Sihat; September 2012)
Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.
1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.
Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.
Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.
4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.
Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).
6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder
Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder) dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.
7) Menyokong kesihatan mata
Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)
Sumber:
1)http://ezinearticles.com/?expert=Michael_Byrd
2) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21961774
3) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20504323
4) http://www.fishoilblog.com/8-fish-oil-benefits.php
Bagus untuk seisi keluarga |
Khasiat OMEGAGUARD -minyak ikan yang kaya dengan 99% Omega-3
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
OmegaGuard antara minyak ikan yang terbaik kerana terdiri daripada 99% omega-3 berbanding minyak ikan yang lain. Memang bagus untuk dijadikan suplemen harian anda.
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854
Tiada ulasan:
Catat Ulasan