Madu ni memang banyak khasiatnya. Ia juga menjadi salah satu makanan kegemaran Rasulullah. Bagi ibu mengandung pula, meminum madu akan m
embantu pertumbuhan janin dari segi fizikal dan mental. Memang terdapat banyak madu di pasaran tetapi pasti yang tertanya-tanya adakah madu yang dibeli itu benar-benar asli dan berkualiti. Di sini disertakan cara memilih madu yang asli dan berkualiti.
Pastikan beli madu yang asli. |
1)Salah satu caranya adalah dengan mengetahui kadar air di dalam madu dengan cara menitiskannya pada kertas. Madu yang kadar airnya tinggi (madu tak tulen) akan lebih cepat meresap ke dalam kertas di bandingkan madu asli dengan kadar air rendah.
2)Cara kedua adalah dengan menitiskan madu ke atas piring beling putih lalu goyangkan ke kiri dan ke kanan. Madu akan membentuk segi enam. Kalau bentuk segi enam tersebut bertahan lama bererti kandungan air yang ada di dalam madu tersebut rendah.
3)Cara ketiga, kalau kristal gula terbentuk pada permukaan madu menunjukkan bahawa madu tersebut sudah melewati waktu penyimpanan yang lama sehingga sudah mengalami penurunan mutu.
Moga tips ini berguna untuk anda!
Faizah Zain
SID
Tiada ulasan:
Catat Ulasan