Selasa, 26 Februari 2013

Cara Penjagaan Kuku yang betul dan Petunjuk penyakit melaluinya

Kuku ialah keratin iaitu sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Mungkin kekadang kita boleh perasan sendiri perubahan kuku kita sendiri. Di sini dikongsikan cara penjagaan kuku yang betul dan petunjuk penyakit melaluinya.


Kuku perlukan penjagaan yang betul.



Cara penjagaan kuku yang betul

Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-

  • Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  • Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi kerana kuku mudah rosak jika tidak mendapat  kalsium yang mencukupi. Ostematrix di antara suplemen yang bagus untuk diamalkan .
2 biji Ostematrix sudah mencukupi untuk kalsium kuku anda.

  • Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  • Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  • Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  • Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.

Petunjuk disebalik kuku

Berikut  pula merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu anda mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campakcacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema(gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan struktur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang dapati dia mempunyai tanda-tanda di atas, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan untuk kenalpasti dengan lebih lanjut  masalah kesihatan yang setepatnya .

Faizah Zain
SID 887424
SMS 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks