Memaparkan catatan dengan label set berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set berpantang. Papar semua catatan

Ahad, 20 April 2014

Berat aku turun lagi tinggal 58kg...

Seronok sahabat saya sms "Berat aku turun lagi tinggal 58kg" ..berat dia sebelum ini 72 kg ...sapa yang tak suka kan..dulu diet segala bagai...exercise macam nak tercabut lutut..bila timbang 1kg pun tak turun..semangat nak diet plak makin lama makin menipis bila terpaksa berhadapan dengan segala makanan yang bukan main sedap...terutama bila ada jemputan majlis kahwin..jadi trend sekarang kat rumah kenduri hidang macam2 menu...dengan laksa..bihun sup..abc..cendol..tu termasuk hidangan utama macam nasi beriani dengan lauk-pauk yang memang cepat je "increase" berat badan. 


Berat badan turun 14kg tanpa sedar

Sahabat saya ni..memang dah lama nak turunkan berat..masa tu berat dia 72kg..belum turun lagi berat, dia mengandung anak ke-4..berat dia naik lagi..jadi 84kg...sebelum tu ada juga saya kenalkan shaklee..dan tak sangka sahabat saya ni tergerak hati nak cuba set berpantang basic. Dia juga ambil ostematrix bersama alfalfa sebagai "milk booster"..sebab dia "breastfeeding"..dia ambil ESP dan Lecithin tambahan untuk teruskan hasrat dia untuk kurangkan berat yang tertangguh sebelum ini.. Selepas 1 bulan bersalin dia pergi timbang tengok2 dah tinggal 65kg....Baru-baru ni selepas 3 bulan bersalin..terperanjat dia, bila berat dia tinggal 58kg tanpa teruk2 dia berdiet atau exercise. Alhamdulillah...maybe sebelum ni dia susah nak kurangkan berat sebab masalah "water retention" atau kurang protein dalam badan...yang sukarkan proses turunkan berat badan.



Kalau ada yang bermasalah macam kawan saya...dan nak dapatkan produk Shaklee macam yang kawan saya guna, boleh sms/whatsapp 013-2995854..free consultation untuk semua customer akan diberi.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854

Jumaat, 21 Jun 2013

7 Tips Semasa Berpantang yang sangat membantu

Mungkin ada yang memandang remeh berpantang selepas bersalin. Ada yang beranggapan itu sekadar pandangan kuno yang tak membawa apa-apa kesan besar pada diri. Namun dari pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak pertama dan kedua serta setelah keguguran, berpantang memang banyak kebaikan kepada kesihatan seseorang wanita. Semasa mula-mula keguguran, saya tak berpantang langsung, ambil segala makanan yang tak sepatutnya diambil. Akibatnya saya jatuh pengsan gara-gara makan jambu batu di dalam peti sejuk.  Mula-mula rasa peluh dingin keluar satu badan, saya ingatkan dah nak mati hari tu. Kemudian macam ada angin yang tajam, menolak bahagian dalam rahim dan rasanya tersangatlah sakit. Suami saya bawa ke klinik, tapi belum sempat melangkah masuk berjumpa doktor saya rasa makin lama, makin sejuk dan akhirnya saya jatuh pengsan. Hampir seminggu lebih bahagian rahim rasa sakit mencucuk-cucuk. Sejak hari tu, saya mula berhati-hati selepas bersalin/keguguran takut perkara yang sama berulang lagi. Di sini saya kongsikan 7 tips semasa berpantang yang bagus untuk ibu-ibu amalkan.

Berpantang adalah penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin.



1.       Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.

*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.

*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.


2.       Jaga pemakanan

*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.

*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.

*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.


3.       Amalkan mandian air rebusan herba

*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.

4.       Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

5.       Bertungku

*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

6.       Menyapu pilis

*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

7.       Minum jamu (suplemen untuk ibu bersalin pun bagus)

*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin/ set berpantang yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.


Semoga tips ini berguna buat ibu-ibu sekalian.

Nak dapatkan Set berpantang dari Vitamin Semulajadi?


Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms:013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks