Mungkin ada yang memandang remeh berpantang selepas bersalin. Ada yang beranggapan itu sekadar pandangan kuno yang tak membawa apa-apa kesan besar pada diri. Namun dari pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak pertama dan kedua serta setelah keguguran, berpantang memang banyak kebaikan kepada kesihatan seseorang wanita. Semasa mula-mula keguguran, saya tak berpantang langsung, ambil segala makanan yang tak sepatutnya diambil. Akibatnya saya jatuh pengsan gara-gara makan jambu batu di dalam peti sejuk. Mula-mula rasa peluh dingin keluar satu badan, saya ingatkan dah nak mati hari tu. Kemudian macam ada angin yang tajam, menolak bahagian dalam rahim dan rasanya tersangatlah sakit. Suami saya bawa ke klinik, tapi belum sempat melangkah masuk berjumpa doktor saya rasa makin lama, makin sejuk dan akhirnya saya jatuh pengsan. Hampir seminggu lebih bahagian rahim rasa sakit mencucuk-cucuk. Sejak hari tu, saya mula berhati-hati selepas bersalin/keguguran takut perkara yang sama berulang lagi. Di sini saya kongsikan 7 tips semasa berpantang yang bagus untuk ibu-ibu amalkan.
Berpantang adalah penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin. |
1. Kawal pergerakan
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
2. Jaga pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.
3. Amalkan mandian air rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.
4. Berurut
*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
5. Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.
6. Menyapu pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.
7. Minum jamu (suplemen untuk ibu bersalin pun bagus)
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin/ set berpantang yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.
Semoga tips ini berguna buat ibu-ibu sekalian.
Nak dapatkan Set berpantang dari Vitamin Semulajadi?
klik sini http://bit.ly/19o7Hnu
Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms:013-2995854
Tiada ulasan:
Catat Ulasan