Kalau migrain menyerang semua serba tak kena. Rasa berdenyut-denyut sepanjang hari menyebabkan semua aktiviti tergendala. Banyak penyebab yang menyebabkan migrain menjadi bertambah teruk. Walaupun begitu, ada cara mengatasi migrain agar tidak terus berulang.
Ada beberapa punca migrain di antaranya:-
Info migrain |
Ubat-ubatan tinggalkan kesan
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan natural supplement adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa suplemen lebih baik dari ubat?
Kerana ia dihasilkan daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada bahan semulajadi yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah tertentu dan sebagainya yang mendatangkan kesan sampingan pada tubuh manusia.
Ostematrix dan B-Complex untuk atasi migrain
Suplemen/vitamin yang sesuai utk tubuh:
- Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
- B-Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B-Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kenalah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.
(credit to : www.mamafaiz.com)
SMS 013-2995854 untuk info lanjut dan untuk mendapatkan harga istimewa dari ALL NATURAL SUPPLEMENT.
Faizah Zain
SID 887424
Tiada ulasan:
Catat Ulasan