Rabu, 17 Oktober 2012

Masalah jerawat dan petua tradisional




Rasanya kalau sebut pasal jerawat pasti setiap orang ada pengalaman tersendiri termasuklah saya sendiri. Ingat masa di kampus dulu, kalau ada "roommate" yang tumbuh jerawat, boleh dengar tetiba ada jeritan "Jerawat?..Oh tidakkk..!!". Mulalah dari pagi ke petang terbelek-belek muka kat cermin tu. Kalau cermin tu boleh cakap dia pun dah marah sebab bosan tengok muka orang yang sama dok mengeluh depan cermin :). Tu waktu zaman kampus dulu. Pengalaman sendiri,yang tak dapat dilupakan waktu di sekolah menengah dulu, saat-saat yang paling teruk naik jerawat. Mungkin sebab perubahan hormon menginjak ke zaman remaja, menyebabkan jerawat naik tak berhenti-henti. Masa sekolah dulu manalah tahu pasal suplemen ni, tambah pulak sekolah lagi, duit poket cukup-cukup untuk buat belanja makan kat kantin je. Kalau "over budget" jawabnya tak makanlah hari tu. Sebab tulah dulu masalah jerawat dan petua tradisional tak dapat dipisahkan. Semuanya sebab budget.

Inilah contoh serbuk kunyit yang saya guna tu..:)

Kalau waktu tu, kalau ada terbaca pasal petua-petua yang tak pakai budget banyak mulalah nak cuba, dari serbuk kunyit yang ada kat dapur sampailah petua guna daun gelenggang untuk hilangkan jerawat. Kalau pakai kunyit, kuning muka satu hari, orang pakai kunyit hidup, saya pulak pakai serbuk kunyit yang mak buat goreng ikan..huhuhu..yang tu je ada kat rumah pakai sapu jerlah kat muka ni, kekadang tengok macam berkesan jugak cuma warna kuning kat muka tu yang payah nak hilang. kelakar pulak fikir, punya taksub nak lawa punya pasal tu yang sanggup buat apa saja. Tu ok lagi yang paling teruk masa saya nak cuba petua guna daun gelenggang. Terbaca dekat suatu majalah daun gelenggang boleh hilangkan jerawat, so dok "aim" pokok gelenggang depan surau. Masalahnya nak pergi ambik malulah pulak, tu tempat budak-budak muda main sepak takraw petang-petang, mesti diaorang pelik apa budak perempuan ni buat dalam semak, kalau saya ambil "time" tu jugak daun gelenggang, jatuhlah imej huhuhu..jadi saya tunggu sampai malam..lepas ngaji Quran cepat-cepat pergi redah gelap, takde rasa takut pulak ada ular ke binatang bisa ke..yang penting daun gelenggang!.Dah dapat daun tu nak kena tumbuk pulak..dah siap tumbuk mulalah tampal dekat muka dengan harapan muka jadi licin berseri, tetiba rasa pijar satu muka...panasss...rupa-rupanya mak buat sambal belacan pakai lesung batu tu..Huhuu..tambah lagi la ramuan kat muka hari tu..

Daun gelenggang yang saya pernah guna tu..


Tapi selepas kenal Shaklee baru tahu kalau setakat letak ramuan kat muka , benda tu tak seefektif kalau kita "improve" sekali kesihatan dalaman kita, kalau setakat dari luaran jer yang kita jaga "maybe" jerawat tu akan berulang kembali, sebab masalah jerawat berpunca dari kekurangan zat nutrisi di dalam tubuh seseorang itu.

Di sini adalah vitamin-vitamin untuk yang ada masalah jerawat






  • GLA - untuk pulihkan kulit rosak.
  • Vita-E - untuk menghilangkan kesan parut-parut akibat jerawat.
  • B-complex - untuk membekalkan B6, penyebab jerawat adalah kerana kekurangan B6
  • Vitalea - Di dalam Vitalea ada chromium yang bantu metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil boleh sebabkan jerawat.
  • Zinc Complex - adalah untuk mengurangkan dan mencegah jerawat serta memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat. 
Jadi kalau anda ada masalah jerawat yang sukar hilang dan bertambah teruk dari sehari ke sehari anda boleh ambil vitamin-vitamin semulajadi ini sebagai langkah penyelesaian jerawat itu.


Boleh sms ke 013-2995854 jika berminat untuk membuat pesanan atau pertanyaan atau boleh like page www.facebook.com/OrganicSupplementShoppe untuk info lanjut.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor


1 ulasan:

Free Auto Malaysia Backlinks