Khamis, 4 Oktober 2012

Rahsia Cantik Linda Jasmine di Usia 40-an




SAYA tidak percaya pada botox atau pembedahan plastik. Saya mahu melalui proses penuaan secara semula jadi," ujar guru tari, Linda Jasmine Hashim, 40.

Jika wanita lain takutkan angka 40 tetapi tidak bagi Linda kerana dia percaya penjagaan wajah secara semula jadi, sifat baik dari dalam diri dan gaya hidup sihat merupakan rawatan anti penuaan terbaik.

Kesibukan sebagai guru tari, isteri dan ibu kepada tiga anak memang mengehadkan masanya untuk melakukan rejim kecantikan secara teratur. Lebih-lebih lagi beliau sangat cerewet memilih produk kecantikan.

"Saya bukan seorang yang rajin menjaga kecantikan dan sabar menunggu keputusan. Justeru, saya akan menggunakan produk yang saya yakin selamat dan natural tetapi memberi kesan yang segera. Selepas saya diperkenalkan dengan produk serum berganda iaitu Clarins Double Serum, saya nampak perubahan kulit saya. Garisan dan pigmentasi yang timbul semasa mengandung dulu, beransur hilang. Lebih menggembirakan saya apabila suami, Que Haidar nampak perbezaan dan memuji kulit saya semakin lembut," ujarnya sambil tersenyum.

Selain penggunaan produk, Linda juga mengamalkan petua lain untuk kekal cantik. Linda akan memastikan dia cukup tidur kerana baginya, badan yang kurang tidur akan mengganggu mood.
Sebagai seorang guru tari, Linda juga percaya penampilan sangat penting dan hanya boleh dijaga dengan mengawal pemakanan dan senaman yang sihat.

" Tidak perlu sedut lemak kerana menari lebih selamat untuk kurus," katanya yang gemar solekan ringkas.

http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks