Rabu, 3 Oktober 2012

Keajaiban Soya





Kacang soya adalah salah satu di antara tujuh 'super foods' di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat cina.


Satu hidangan soya (20 mg) mengandungi 14 gram protein, 20 gram karbohidrat, 100 kalori dan 4 gm lemak. Produk soya juga kaya dengan asid lemak omega yang penting untuk pertumbuhan sel membran. Selain itu kandungan serat, kalsium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga bukan sahaja baik untuk kesihatan sebaliknya turut membantu membentuk kecantikan kulit dalaman seseorang itu. Kacang soya juga menjadi di antara makanan yang paling banyak dilakukan kajian saintifik untuk membuktikan kebaikannya. Di antara manfaat kacang soya adalah:-

Isoflavin soya dipercayai dapat :
  • mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, 
  • memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, 
  • mengatasi gejala putus haid. 

Lesitin soya membantu :
  • mempercepatkan peredaran darah, 
  • menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, 
  • membantu menguraikan lemak dalam makanan, 
  • mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati 
  • mampu membantu melambatkan proses penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.



Sesuai bagi semua wanita


Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Asid amino juga membantu melambatkan proses penuaan sama seperti pentingnya lesitin soya.



Hampas kacang soya yang dikeringkan boleh digunakan sebagai skrub yang baik untuk tubuh. Hanya bancuhkan bersama sedikit air suam lalu sentalkan ke seluruh tubuh anda. Protien di dalam kacang soya pula adalah setara dengan dua kali protien daging, empat kali protein dalam telur, lima kali atau enam kali atau dua kali protien dalam susu.



Energizing Soy Protein


Shaklee Best-seller 







Kita dah baca serba ringkas keajaiban yang terkandung pada kacang soya. ESP ni lagi banyak kelebihan yang kita dapat selepas mengambil minuman ini.

ESP ialah protein..kenapa protein penting?

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti 
  • Membina sel-sel baru.
  • Menggantikan tisu-tisu badan yang lama @ tua dengan tisu-tisu yang baru.
  • Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

APA yang BEST tentang ESP?

merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Ia berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi serta rendah lemak dan bebas kolesterol Dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim juga hormon yang sempurna. 

ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak di dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Perkara yang paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.


Kelebihan ESP 

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.

ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat. 

ESP jika diambil bersama suplemen-suplemen lain akan membantu penyerapan yang lebih baik. Semua suplemen yang kita ambil akan cepat diserap dan kesannya lebih baik berbanding mereka yang tidak ambil bersama ESP.

Kesimpulannya, ESP adalah protein soya terbaik dengan membekalkan 9 asid amino penting utk pertumbuhan sel, membantu penyerapan lebih baik semua suplemen, memberi kesan yang optimum dan cepat berbanding mereka yang tidak ambil ESP dan inilah antara suplemen yang sangat sedapppp.. :) 

Kacang soya di dalam ESP juga adalah NON-GMO iaitu ia tidak diubah genetiknya dan proses pembersihannya menggunakan air dan bukan alkohol seperti kacang soya yang terdapat di pasaran...yang pasti kehalalannya terjamin.

======================================================
Ingin dapatkan ESP?
sms di 013-2995854 dan jika anda menjadi pelanggan saya konsultasi percuma berserta jadual pemakanan turut disediakan.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks