Ahad, 7 Oktober 2012

Nak Bina Otot?


Sekarang ramai ahli bina badan yang mengambil protein tinggi dalam pelbagai bentuk tertentu. Pergilah ke mana-mana kedai farmasi atau pasaraya, anda akan menemui pelbagai jenis bijirin protein yang kaya dan  "tinggi" dengan protein. Sama ada jenis protein soya, whey, kasein, atau susu; semuanya mangandungi protein. 


Sudah tentu salah satu cara terbaik untuk mendapatkan jumlah protein yang diperlukan oleh diet anda adalah melalui makanan pejal, tetapi sudah pasti ahli bina badan ramai akan bersetuju bahawa tak mudah untuk mendapatkan protein walaupun melalui makanan pepejal. Terutamanya apabila anda bekerja sepenuh masa dan tak cukup masa untuk memasak makanan pejal sebagai sumber protein anda. Jadi dicadangkan di sini, anda boleh ambil Energizing Soy protein (ESP) sebagai sumber protein segera kerana satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Pengambilan ESP boleh dioptimumkan lagi bersama dengan Vitalea



Kelebihan Protein 

Mengapa ramai ahli bina badan mengambil protein ? Protein digunakan untuk membina otot. Protein juga digunakan untuk membina hormon, enzim, sel, asid nukleik, dan komponen imunisasi badan. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita tidak boleh menyusun struktur yang membentuk setiap sel, tisu, organ, dan tidak boleh menghasilkan bahan-bahan biokimia yang diperlukan untuk fungsi kardiovaskular, pengecutan otot, pertumbuhan, dan penyembuhan. Tanpa jumlah protein yang cukup, otot kita takkan sembuh dengan cepat selepas latihan dan dengan itu boleh membawa kepada kecederaan disebabkan oleh overtraining. 

Tambahan pula, mengambil protein selepas latihan bina badan adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan protein ke dalam badan supaya protein boleh dihantar ke otot anda, untuk proses penyembuhan kepada otot yang telah diregangkan semasa latihan. 

Makanan pejal pula mengambil lebih banyak masa untuk dihadamkan, jadi proses memecahkan protein dan penghantaran kepada otot lebih lambat, sebab itu cara yang terbaik ialah mengambil protein sejurus selepas bersenam, 

Apakah Sumber Pilihan Protein yang Terbaik? 

ESP boleh menjadi supplement tambahan bagi mereka yang ingin membina otot dan meningkatkan tahap kesihatan.
Sebagai contoh, daging lembu mempunyai BV(Biological Value) yang agak rendah tetapi telah menjadi sumber protein utama untuk atlet (dan rakyat secara amnya) selama beberapa dekad. Soya juga mempunyai BV rendah tetapi mempunyai berpotensi lain yang baik. Jadi, sebagai panduan umum kepada memilih protein, BV adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan tetapi tidak sepatutnya menyebabkan anda menolak sumber protein yang mempunyai BV yang rendah. 

Berapa Banyak Protein Yang Anda Perlu Ambil? 



Jumlah minimum protein yang anda perlu ambil semasa membina otot adalah 1 gram protein per kilo berat badan ( misalnya, jika berat anda 200 paun, maka anda perlu mengambil 200 gram protein untuk pertumbuhan otot ). Mana-mana protein tambahan yang diambil melebihi kadar pengambilan minimum harian untuk membina otot boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan. 

Ada banyak perdebatan tentang jumlah maksimum protein yang harus anda ambil. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil protein dalam jumlah yang besar, ia baik sebagai tambahan kepada diet anda dengan kalsium dan magnesium kerana jumlah protein yang berlebihan telah terbukti untuk mengurangkan jumlah kalsium dan magnesium dalam badan. Walau bagaimanapun, ditekankan bahawa pemakanan protein yang tinggi diambil untuk lebih daripada satu sebab. Bukan sahaja otot memerlukan bahan yang menakjubkan ini untuk membaik pulih dan membina otot, tetapi juga tiga perempat daripada pepejal dalam tubuh adalah terdiri daripada protein. 

Bilakah Masa Terbaik Untuk Mengambil Protein? 

Jadi sekarang anda dah tahu manfaat protein dan berapa banyak yang harus diambil, tetapi timbul satu soalan pula, bilakah masa terbaik untuk mengambil protein ke dalam tubuh anda? Salah satu masa terbaik untuk mengambil protein, ialah sejurus selepas senaman kerana badan anda mula memulihkan otot selepas senaman, jadi mengambil protein pada masa itu akan memberikan badan 'bahan api' yang diperlukan untuk pulih dan berkembang. 

Selepas latihan bina badan, adalah sangat baik untuk mengambil hidangan kecil yang mengandungi protein yang tinggi kira-kira selang 3-4 jam, cara ini akan memberikan otot anda bekalan protein yang berterusan untuk membantu otot anda sembuh. Juga penting untuk mengambil minuman protein sebelum anda pergi tidur. Oleh itu, bekalkan otot anda dengan protein, kerana badan anda akan kehilangan protein perlahan-lahan semasa anda tidur. Sarapan pagi adalah hidangan penting juga, kerana badan anda perlukan khasiat selepas tidur 8-12 jam. Cara terbaik adalah untuk makan secara konsisten di waktu siang dan malam. 

Kesimpulan 

Walau apa pun matlamat anda, protein harus dianggap sebagai zat asas dalam mana-mana program pemakanan anda dan menjadi bahan penting untuk mencapai kemajuan dalam meningkatkan kekuatan fizikal dan prestasi yang optimum. Bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa para atlit atau ahli sukan banyak mendapat manfaat daripada pengambilan protein yang mencukupi. Walaubagaimanapun, ramai juga orang yang tidak membuat latihan bina badan mendapat kelebihan dari pengambilan protein. Antaranya ialah kesan anti-penuaan yang disebabkan oleh amalan pengambilan protein tinggi. Jadi cara untuk mengetahui dan merasa sendiri kebaikan protein, ialah dengan mencubanya sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks