Rabu, 23 April 2014

Sukar Hamil sebab Senggugut ??

Aduh!!...sesiapa yang ada pengalaman berhadapan dengan senggugut pasti tak lupa penangan menahan sakit tiap kali datang bulan. Waktu ni..akan guna alternatif apa saja untuk redakan kesakitannya. "Pain killer" walaupun ada kesan sampingan, terpaksa ditelan setiap bulan untuk redakan kesakitan. Rasa senak memulas-mulas dan dicucuk-cucuk di bahagian peranakan tak dapat dihuraikan sepenuhnya. Hanya yang mengalami yang lebih mengetahui. Betulkah ada wanita sukar hamil sebab senggugut? Mungkin post saya ini boleh merungkai sedikit sebanyak salah faham tentang senggugut ini.

Memang waktu-waktu ni semua serba tak kena.


Senggugut Primer

Senggugut primer sebenarnya tidak menjejaskan peluang wanita untuk hamil. Ia biasanya terjadi sejak wanita mengalami haid yang pertama. Amat sukar untuk mengetahui punca terjadinya senggugut primer walaupun doktor pakar telah melakukan laparoskopi terhadap pesakit. Ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh saluran darah dan urat-urat membengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim setiap kali wanita didatangi haid

Senggugut mungkin perkara biasa bagi sesetengah wanita. Tetapi, sekiranya ia mengganggu aktiviti harian anda, ada baiknya anda berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Senggugut primer biasanya akan berkurang apabila wanita mencecah usia 20-an dan akan beransur hilang apabila berkahwin dan bersalin. Jadi, kepada wanita bujang yang selalu senggugut, anda dinasihatkan untuk cepat-cepat kahwin.

Senggugut Sekunder

Senggugut sekunder terjadi kerana pelbagai punca. Punca utama ialah kerana masalah endometriosis. Endometriosis tumbuh dan mengembang bergantung kepada hormon estrogen yang keluar ketika haid. Oleh itu, peratusan untuk endometriosis semakin membesar dan merebak adalah sangat tinggi. Kebiasaannya senggugut jenis ini akan semakin serius. Senggugut jenis ini juga mengganggu tahap kesuburan wanita.

Penggunaan ubat tahan sakit sakit seperti ponstan adalah biasa di kalangan wanita yang seringkali berdepan masalah senggugut. Namun pengambilan secara kerap akan memberi kesan buruk kepada usus anda. kebiasaannya ubatan ini akan menyebabkan masalah gastrik dan ulser perut yang teruk.

Walau apa pun berjumpalah dengan doktor sakit puan anda untuk memastikan senggugut jenis mana yang dihidapi. Jangan pandang remeh akan masalah ini kerana masalah dalaman wanita boleh berkait  rapat  juga dengan masalah penyakit lain.

Alternatif buat yang alami masalah senggugut

Selain berjumpa doktor anda juga boleh amalkan suplemen semulajadi seperti GLA dan Ostematrix

GLA Complex Shaklee



GLA Complex ialah campuran ekstrak bungaan borage, minyak bunga matahari, Omega 6 dan juga Vitamin E sangat sesuai digunakan bagi melegakan masalah senggugut. Ia berfungsi sebagai EPO namun kandungan GLA lebih tinggi di dalam GLA Complex berbanding EPO menjadikan ia kuasa pemulihan lebih tinggi.

Kesakitan akibat senggugut disebabkan oleh kekejangan otot dan juga pembengkakan saluran darah di sekitar rahim. Ia dipercayai akibat badan kekurangan GLA (gamma linolenic Acid). Wanita yang sedang menderita senggugut gagal menukarkan asid lemak penting kepada GLA. Oleh itu, pengambilan GLA Complex sangat-sangat membantu untuk keredaan segera.

(Harga Runcit  GLA [60 biji] : RM91.25)


Ostematrix Shaklee 



Selain GLA Complex, ostematrix juga mampu melegakan masalah senggugut teruk. Ia merupakan sumber kalsium yang mampu melegakan ketegangan saraf perut yang cramp akibat sakit senggugut. Pengambilan secara konsisten akan membantu mengurangkan masalah senggugut yang anda hadapi.

Sekiranya anda seringkali berhadapan masalah sengugut setiap kali haid,mari atasinya dengan tablet GLA Complex dan juga Ostematrix. 
1 tablet Ostematrix = 80 biji badam = 1 gelas susu berkalsium tinggi

(Harga Runcit  Ostematrix [120 biji] : RM61.00)


Kalau anda berminat boleh sms/whatsapp 013-2995854..free consultation untuk semua customer akan diberi.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks