Ahad, 20 April 2014

Suplemen dan tips mak-mak zaman dulu

Zaman sekarang ada yang pesimis tentang suplemen atau vitamin. Tapi terpulang kepada individu masing-masing. Vitamin atau suplemen ni tak diperlukan kalau anda ni jenis yang titikberatkan pasal penjagaan makanan dan dapat memastikan anda dapat cukup zat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Bercerita pasal suplemen mak-mak zaman dulu memang tak dapat disangkal tentang betapa awet mudanya mereka berbanding usia sebenarnya.

Sekadar gambar hiasan


Saya pernah berjumpa dengan seorang makcik yang dah berusia 80 tahun lebih. Saya kenal makcik ni sebab dia pernah mengurut tangan saya yang terseliuh dulu, masih kuat lagi makcik ni buat kerja-kerja rumah dan berjalan ke kedai yang agak jauh juga dari rumahnya sekiranya dia nak beli keperluan dapur. Saya rasa kalau orang muda takkan berjalan sejauh tu punya semata-mata nak beli 3 ekor ikan atau sebungkus garam . Makcik ni juga tak suka langsung makan makanan yang dibeli dari luar, dia suka masak "fresh" sendiri. Lauk pauk dia tak suka campur-campur banyak2 jenis macam kita makan kat kedai2 nasi campur. Sekali makan mungkin 1-2 jenis je. Mungkin amalan yang makcik ni buat bagus untuk mudahkan pencernaan sebab kalau dicampur-campur lauk pauk akan buatkan perut sukar nak cernakan semuanya serentak dan mulalah timbul macam-macam hal dalam perut. Biasanya menu dia mesti ada kunyit hidup, pucuk ubi, pucuk paku dan daun-daun ulaman. Satu lagi makcik ni yang bagusnya jika kita mengurut dengan dia, mulut dia tak lekang-lekang pesan supaya kita ingat Allah selalu dan bersederhana dalam hidup. Makcik ni bukan susah sebenarnya sebab anak dia seorang "engineer" dan menantu dia pula seorang doktor. Dia kerap menolak ajakan anak-anaknya hidup senang di bandar sebab lebih gemar hidup bersederhana di kampung.

Mungkin kalau ada yang tak suka telan suplemen banyak-banyak boleh ikut cara makcik ni, makan banyak makanan yang fresh macam sayur,ulam (macam pucuk kaduk, selom, pegaga, cekur) dan buah-buahan , banyakkan aktiviti yang keluarkan peluh macam berjalan dan makan nasi jangan campur-campur dengan terlalu banyak lauk. Cukuplah pilih 1 karbohidrat (nasi), 1 protein (ayam/daging/ makanan laut) dan sayur-sayuran.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/whatssup 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks