Isnin, 26 Ogos 2013

Rahsia kurus dan cantik macam Soo Wincci

Macam-macam petua untuk cantik dan kurus macam selebriti. Kali ini saya nak berkongsi rahsia kurus dan cantik macam Soo Wincci. Mungkin ramai yang tidak tahu Soo Wincci juga pernah mengalami masalah berat badan ketika remajanya. Jom kita korek rahsia beliau yang cantik dan menawan tu.



Rahsia kecantikan Soo Wincci


Wajah Miss World Malaysia yang ke-41 ini tidak lagi asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Semenjak menyertai MasterChef Selebriti musim pertama, nama wanita berusia 28 tahun ini terus mendapat tempat bukan sahaja bagi masyarakat Cina, bahkan masyarakat Melayu. Malah, kerana bakat dan kecantikan dimilikinya, Wincci turut menjadi dambaan peminat di Taiwan yang begitu memujanya. Ikuti rahsia Wincci menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.


Boleh kongsikan rahsia kecantikan anda?

WINCCI : Saya adalah duta produk penjagaan kulit dan kesihatan AVON. Mereka melantik saya setahun selepas dinobatkan sebagai Miss World Malaysia. Saya diibaratkan seperti 'tikus putih' yang harus mencuba kesemua produk kulit dan kesihatan sebelum ia dipasarkan. Bagi saya inilah rahsianya kerana saya mendapat produk yang sangat bermutu tinggi dan berkualiti.


Apakah produk penjagaan kulit yang anda amalkan?

WINCCI : Saya menggunakan rangkaian produk Anew Reversalist dan Anew Clinical Pro Liner Eraser with AF33. Saya juga mengamalkan minuman kolagen AVON. Sudah empat tahun saya setia dengan produk ini. Selain bagus untuk kulit, kolagen juga mampu membentuk tubuh cantik menawan. Saya biasanya mengambil minuman kolagen sebelum saya workout.


Selain pemakaian produk, apa lagi yang anda amalkan untuk kulit?

WINCCI : Saya seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat. Saya mengutamakan buah-buahan kerana khasiatnya sudah lama diketahui dalam mengekalkan keremajaan kulit dan kecantikan tubuh. Selain itu saya juga mengambil vitamin C.


Adakah anda mempunyai rutin tertentu untuk mengekalkan kelangsingan tubuh?

WINCCI : Sudah semestinya! Saya tidak dilahirkan terus cantik seperti ini. Saya juga ada kisah silam yang sukar kerana dahulu saya bertubuh gempal dan kerap dibuli. Balik sekolah saya mesti menangis tetapi apabila meningkat dewasa, kekurangan bertubuh besar dan tinggi saya lihat sebagai satu peluang. Jadi saya gunakan kekurangan itu untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga mengurangkan pengambilan daging dan karbohidrat serta melebihkan pengambil buah-buahan dan susu.


Tentu ada hari-hari anda 'terlebih makan', jadi bagaimana cara anda mengatasinya?

WINCCI : Saya ada resipi detoks sendiri. Biasanya saya akan kisar buah epal, oren, limau dan dua buah kegemaran sehingga menjadi air satu liter. Saya akan ulang minum jus ini sampailah habis. Selain itu, saya juga suka berpuasa dan sudah dua tahun saya berpuasa penuh.


Selain menjaga tubuh dengan pemakanan, adakah anda bersenam?

WINCCI : Tentu sekali! Saya akan luangkan masa sebanyak tiga hingga empat kali seminggu untuk bersenam. Saya lebih suka bersenam di gimnasium kerana saya suka melakukan regangan.


Apa pesanan anda untuk pembaca?

WINCCI : Dunia ini tidak ada wanita hodoh, yang ada cumalah wanita malas. Saya tidak dilahirkan terus cantik dan cerdik tetapi saya berusaha untuk dapatkannya. Kalau saya boleh kenapa anda tidak? Usah takut dengan cabaran dan rancang kehidupan ke arah yang lebih baik.


PROFIL 
Nama Komersil: Soo Wincci
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Penyanyi, Komposer, Pelakon, Pengacara, Model.

Free Auto Malaysia Backlinks