Selasa, 23 Julai 2013

Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas Ketika Berpuasa

Ramai ibu-ibu menyusu yang mengadu rasa lemah tak bertenaga ketika berpuasa. Susu pula makin merudum dan berkurang dan mereka berhadapan masalah hidrasi yang agak teruk. Lemah longlai tubuh, terasa tak terdaya nak buat kerja-kerja rumah. Perut pula asyik berkeroncong sebab bayi nak menyusu je. Manakala si kecil asyik menangis dan mengamuk akibat tak puas menyusu dan macam-macam lagi dugaan dan cabaran bagi ibu menyusu yang berpuasa!. Masalah ini sebenarnya dapat diatasi dengan panduan yang betul. Disini dikongsikan Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas Ketika Berpuasa.


Adakah ibu-ibu ada masalah begini ketika puasa?



Faktor Pemakanan Memainkan Peranan Penting  Ketika Berpuasa

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


Anda boleh kekal cergas, bertenaga dan ceria walaupun berpuasa dan menyusukan bayi anda.


Set Puasa Shaklee membantu anda:

✔ Kekal cergas, ceria dan bertenaga sehingga waktu berbuka.

✔ Mengurangkan kehilangkan air dalam badan (kurang haus).

✔ Susu badan kekal meriah.


Berminat mendapatkan Set berpuasa bagi Ibu Berpuasa? Hubungi :

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks