Isnin, 17 Februari 2014

Cara Atasi Bayi Meragam?

Seronok tengok bayi yang baru lahir..comel..sejuk mata memandang.Waktu-waktu macam ni..bayi memang lebih banyak tidur dari berjaga..Tapi apabila usia menginjak...bayi mula meragam..Di sini dikongsikan tips yang Cara Atasi Bayi Meragam saya ambil dari Majalah Pa ma..

Comelkan?Wajah cucu sulung Rosyam Nor yang baru lahir, Hanan Adraa dari MH Online.

Sebenarnya, semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan.
Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini. Anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.
Sapukan bedak yang biasa dipakai oleh ibunya atau selimutkan dengan kain ibunya. Dengan cara ini, bayi tersebut akan berasa yang ibunya sentiasa berada di sisi dan mungkin tidak meragam lagi. 

sumber:http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/bayi-mula-meragam-1.251837

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks