Selasa, 25 Jun 2013

Makanan yang Ibu Hamil Perlu Elakkan dan Set Kehamilan Terbaik

Tak semua makanan bagus untuk ibu-ibu hamil, ada yang boleh memudaratkan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Di sini saya kongsikan makanan yang ibu hamil perlu elakkan agar tiada perkara buruk terjadi pada ibu dan bayi dan set kehamilan terbaik buat ibu-ibu hamil.

Ibu Hamil perlu lebih berhati-hati ketika memilih makanan.


Apakah Makanan yang Boleh Membahayakan Ibu Hamil dan Perlu Dielakkan?

1-Daging mentah : Makanan laut yang tidak dimasak atau daging lembu/ayam yang tidak dimasak sepenuhnya perlu dielak bagi mengelakkan risiko pencemaran seperti bakteria Coliform, toxoplasmosis dan Salmonella. Tambahan pula, ibu mengandung berisiko tinggi mendapat keracunan makanan akibat penurunan daya tahan imun semasa hamil. Mungkin tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk mengambil makanan mentah tetapi risiko tetap ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti makanan barat atau mungkin Sushi dari Jepun.



2-Daging Deli : Daging Deli seperti ham, ayam turki, salami dan bologna atau hotdog juga perlu dielakkan kecuali jika daging ini di masak sepenuhnya. Daging seperti ini mampu menyebabkan keracunan makanan dinamakan listeriosis. Listeriosis berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Listeria monocytogenes. Pemanasan sewaktu memasak boleh membunuh bakteria ini. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko dan membawa kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian.

3-Ikan bermerkuri tinggi : Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi berkait rapat dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak. Contoh ikan bermerkuri tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. 

4-Ikan yang terdedah dengan pencemaran industri : Elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. 

5-Kerang-kerangan mentah : Majoriti kes bawaan makanan laut adalah berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang, tiram, dan kepah. Proses memasak mungkin membantu dalam nyah-bakteria tetapi bukan jangkitan berkaitan alga.

6-Telur Mentah : Telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk. 

7-Keju Lembut : Keju lembut yang diimport mungkin mengandungi Listeria. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut.Elakkan pengambilan keju seperti Brie, Camembert, Roquefort, Feta, Gorgonzola dan sebagainya.

8-Susu yang tidak dipasteur : Susu sebegini juga mungkin mempunyai Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteur.

9-Kafein : Elakkan kafein terutamanya di awal trimester untuk mengelakkan kebarangkalian keguguran. Secara amnya, pengambilan kafein dihadkan ke 200mg sehari semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan pengambilan kafein berlebihan mampu menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir yang rendah dan sebagainya. Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan kafein semasa mengandung.

10-Alkohol : Tiada amaun alkohol yang selamat semasa mengandung, jadi pengambilannya seharusnya dielakkan semasa mengandung. Pendedahan alkohol prenatal boleh mengganggu perkembangan sihat bayi. Fetal Alcohol Syndrom atau gangguan tumbesaran yang lain boleh berlaku bergantung kepada amaun, masa dan cara pengambilan. 

11-Sayur yang tidak dibasuh : Pastikan ibu membasuh sayur yang hendak dimakan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.

Memandangkan tiada lagi kajian yang membuktikan nenas dan daging kambing menyebabkan keguguran, ibu-ibu berhak untuk memilih samada untuk mengambil makanan yang dikhuatiri atau pun tidak. Daging kambing boleh membahayakan ibu mengandung jika tercemar dengan bakteria seperti Listeria ataupun Salmonella. Daging kambing seperti daging lain (ayam, lembu, kerbau dan sebagainya) akan mengalami proses pencernaan yang sama melibatkan penguraian protein, lemak dan lain-lain. Bagi nenas pula, buah-buahan disarankan untuk ibu mengandung kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Jika ibu-ibu was-was untuk makan nenas, pilihlah buah-buahan yang lain. Tuhan menciptakan kita pelbagai jenis haiwan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, jadi jangan risau!. Jika takut untuk makan daging kambing dan nenas, makan daging ayam dan tembikai!.


Set Kehamilan Untuk Meningkatkan Kecergasan dan Kesihatan Ibu Hamil juga Bayi

Lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil.


Set ini mengandungi 4 vitamin asas iaitu :


[1] VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung. Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan.


[2] Vita-C : Meningkatkan imun tubuh ibu yang lemah ketika mengandung.

[3] B-Complex : Menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung. Kandungan asid folik di dalam B-Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.

[4] Ostematrix : Membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, tidur tidak lena.

** Sangat digalakkan mengambil Omegaguard pada 2nd dan 3rd Trimester

[5] Omega Guard : Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Testimoni Ibu Hamil yang Menggunakan Set Kehamilan Shaklee

klik untuk besarkan imej.


Ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee? Hubungi

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854


Isnin, 24 Jun 2013

Khasiat Halia selain untuk masalah angin dalam badan

Halia sudah lama digunakan sejak turun temurun. Biasanya kalau ada masalah angin di dalam badan, orang-orang tua suka buat halia ni sebagai minuman. Memang terbukti keberkesanannya. Selain untuk perubatan, halia banyak digunakan di dalam masakan masyarakat Melayu contohnya macam di dalam rendang. Sebenarnya banyak lagi khasiat halia selain untuk masalah angin dalam badan. Jom kita tengok khasiat halia di bawah ni:-

Halia punyai pelbagai khasiat untuk tubuh.


  • Membantu untuk menghadamkan makanan.
  • Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  • Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  • Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  • Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
  • Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  • Menghilangkan bau busuk mulut.
  • Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: "Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

Kegunaan lain selain di atas adalah:-

Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.


Khasiat Halia di dalam Peppermint-Ginger Plus


Dapatkan khasiat halia dalam bentuk tablet.


Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Ingin mendapatkan Peppermint-Ginger Plus?? Hubungi :

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms013-2995854


Jumaat, 21 Jun 2013

7 Tips Semasa Berpantang yang sangat membantu

Mungkin ada yang memandang remeh berpantang selepas bersalin. Ada yang beranggapan itu sekadar pandangan kuno yang tak membawa apa-apa kesan besar pada diri. Namun dari pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak pertama dan kedua serta setelah keguguran, berpantang memang banyak kebaikan kepada kesihatan seseorang wanita. Semasa mula-mula keguguran, saya tak berpantang langsung, ambil segala makanan yang tak sepatutnya diambil. Akibatnya saya jatuh pengsan gara-gara makan jambu batu di dalam peti sejuk.  Mula-mula rasa peluh dingin keluar satu badan, saya ingatkan dah nak mati hari tu. Kemudian macam ada angin yang tajam, menolak bahagian dalam rahim dan rasanya tersangatlah sakit. Suami saya bawa ke klinik, tapi belum sempat melangkah masuk berjumpa doktor saya rasa makin lama, makin sejuk dan akhirnya saya jatuh pengsan. Hampir seminggu lebih bahagian rahim rasa sakit mencucuk-cucuk. Sejak hari tu, saya mula berhati-hati selepas bersalin/keguguran takut perkara yang sama berulang lagi. Di sini saya kongsikan 7 tips semasa berpantang yang bagus untuk ibu-ibu amalkan.

Berpantang adalah penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin.



1.       Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.

*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.

*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.


2.       Jaga pemakanan

*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.

*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.

*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.


3.       Amalkan mandian air rebusan herba

*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.

4.       Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

5.       Bertungku

*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

6.       Menyapu pilis

*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

7.       Minum jamu (suplemen untuk ibu bersalin pun bagus)

*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin/ set berpantang yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.


Semoga tips ini berguna buat ibu-ibu sekalian.

Nak dapatkan Set berpantang dari Vitamin Semulajadi?


Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms:013-2995854

Khamis, 6 Jun 2013

Masalah Luka Diabetes Sembuh

Pesakit Diabetes bukan sahaja dialami oleh orang dewasa sahaja, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali. Pelbagai punca yang menjadi penyumbang kepada masalah ini. Apa yang paling menakutkan apabila penyakit ini mejadi serius sehingga luka yang dialami pesakit diabetes sukar sembuh. Pelbagai cara digunakan agar masalah luka diabetes sembuh baik tradisional mahupun moden.

Masalah luka pesakit diabetes ambil masa untuk sembuh.


Mengapa luka pesakit diabetes sukar sembuh?
====================================

Diabetes itu adalah dikaitkan dengan gula dalam darah yang tinggi dan gula itu bersifat diuresis atau menarik air.


Kandungan utama plasma darah adalah air, jika terdapat gula di dalam darah plasma akan diserap oleh gula. Darah pula akan mengental.

Jika terjadi luka, faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) akan berperanan dan ia sebahagian komponen dalam darah. Namun kerana aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sukar untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi lambat sembuh.


Selain itu,  gula di dalam darah juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteria. Jadi selain sukar sembuh, penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi yang mengarah ke gangren. Jika gangren parah, kaki pesakit terpaksa pula dipotong. Penderita diabetes juga mudah mengalami kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang menyebabkan penderita diabetes seringkali merasa kebas-kebas atau semut-semut pada kakinya.

Vivix - Alternatif untuk pesakit diabetes
===========================

Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL(terdapat dalam Vivix) mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.

Ada pesakit diabetes yang mengalami 
Kadar gula dalam darah ialah 15.5, tetapi kini setelah mengambil VIVIX Shaklee selama 7 bulan secara konsisten, kadar gula dalam darah telah menurun kepada 4.8 dan beliau telah bebas dari Diabetes. 


Vivix kaya dengan RESVERATROL.


Vivix adalah Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Selain itu Vivix juga kaya dengan RESVERATROL yang mengurangkan kandungan gula di dalam darah.

Vivix juga bantu pulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein AGE-advanced glycation end products yang boleh ganggu keutuhan sel, bantu jaga dan pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan serta untuk kesihatan menyeluruh

Bahan-bahan utama di dalam Vivix telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Vivix bantu sembuhkan luka diabetes
=========================

Pesakit diabetes ni selepas pembedahan, Alhamdulillah lukanya semakin pulih selepas consume 1 botol Vivix.


Jika berminat mendapatkan Vivix hubungi

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424|sms: 013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks