Selasa, 23 Julai 2013

Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas Ketika Berpuasa

Ramai ibu-ibu menyusu yang mengadu rasa lemah tak bertenaga ketika berpuasa. Susu pula makin merudum dan berkurang dan mereka berhadapan masalah hidrasi yang agak teruk. Lemah longlai tubuh, terasa tak terdaya nak buat kerja-kerja rumah. Perut pula asyik berkeroncong sebab bayi nak menyusu je. Manakala si kecil asyik menangis dan mengamuk akibat tak puas menyusu dan macam-macam lagi dugaan dan cabaran bagi ibu menyusu yang berpuasa!. Masalah ini sebenarnya dapat diatasi dengan panduan yang betul. Disini dikongsikan Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas Ketika Berpuasa.


Adakah ibu-ibu ada masalah begini ketika puasa?



Faktor Pemakanan Memainkan Peranan Penting  Ketika Berpuasa

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


Anda boleh kekal cergas, bertenaga dan ceria walaupun berpuasa dan menyusukan bayi anda.


Set Puasa Shaklee membantu anda:

✔ Kekal cergas, ceria dan bertenaga sehingga waktu berbuka.

✔ Mengurangkan kehilangkan air dalam badan (kurang haus).

✔ Susu badan kekal meriah.


Berminat mendapatkan Set berpuasa bagi Ibu Berpuasa? Hubungi :

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854

Sabtu, 13 Julai 2013

Masalah Kulit Ketika Hamil Hilang Selepas Bersalin

Ibu yang hamil mungkin rasa kehairanan melihat kulitnya yang berubah mendadak ketika mengandung. Ada bermacam-macam masalah kulit ketika hamil. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana masalah kulit ketika hamil akan hilang selepas bersalin

Pelbagai masalah kulit ketika hamil.


APAKAH MASALAH KULIT KETIKA HAMIL?

  • Topeng Kehamilan/ Chloasma
Terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi. Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

  • Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.


  • Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.


  • Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.


  • Spider Naevi/Spider Veins

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
  • Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.


  • Pruritic Urticarial Papules and Plagues (PUPP)


Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.

  • Obstetric Cholestasis 

Berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.








Fungsi ESP :
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Fungsi Vita-C
  • membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.




Sharing dari Puan Salmeza Salih


"..da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2..konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee..."


Klik untuk besarkan imej.


Berminat untuk pulihkan masalah kulit ketika hamil? Hubungi :-

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854


Ahad, 7 Julai 2013

Kesan Masalah Tiroid Buat Badan Kejang dan Menggigil selepas Pembedahan

Baru-baru ni saya dimasukkan ke wad atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Dalam wad tu saya bertemu dengan ramai kawan-kawan baru yang ada pelbagai masalah kesihatan. Terasa bertuah sangat sebab masalah saya taklah sebesar kawan-kawan dalam wad tu. Salah seorang yang jadi kawan baik saya adalah seorang wanita berbangsa India yang bernama Kaliamah. Saya tengok parut pembedahan masih jelas di lehernya akibat masalah tiroid. Sebenarnya dia dimasukkan kembali kerana kesan masalah tiroid buat badannya kejang dan menggigil selepas pembedahan.

Sekadar gambar hiasan.


Kenapa badan Kaliamah kejang dan menggigil?

Menurut Kaliamah, badannya kejang macam diserang strok, mulut senget dan badannya menggigil disebabkan selepas pembedahan badannya hilang jumlah kalsium yang sangat banyak. Tambahan pula dia menyusukan anaknya yang berusia setahun, jadi kehilangan kalsium bertambah cepat. Selepas dimasukkan ke hospital, badannya disalurkan kalsium dalam bentuk cecair melalui tiub ke tubuh dan juga terpaksa mengambil kalsium dalam bentuk tablet juga. Tiap-tiap hari dia dipantau, bila kalsium diberikan, barulah tubuhnya hilang kejang dan tidak menggigil lagi.

Nak Hadiahkan Ostematrix buat Kaliamah


Walaupun saya cuma berada 3 hari di hospital tapi terasa macam sudah lama mengenali Kaliamah. Macam-macam yang kami bualkan. Masa yang terhad membuatkan saya tak sempat menghadiahkan Kaliamah sebotol Ostematrix. Kenapa saya nak hadiahkan Ostematrix? Kerana Ostematrix sumber kalsium terbaik, yang lengkap dengan vitamin D dan Magnesium yang mudah diserap oleh badan tanpa meninggalkan kesan sampingan pada tubuh. Lagipun Ostematrix ni daripada sumber semulajadi. 1 biji ostematrix = 80 biji badam = 1 gelas susu berkalsium tinggi. Mungkin kalau bertemu lagi dengan Kaliamah saya akan hadiahkan kepadanya, saya kesiankan Kaliamah sebab dia selalu risau akan masalah kesihatan dirinya disebabkan anak-anaknya yang masih kecil. Tunggulah Kaliamah, kalau ada rezeki, Ostematrix akan jadi milikmu!



Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks