Memaparkan catatan dengan label tanda-tanda kurang kalsium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanda-tanda kurang kalsium. Papar semua catatan

Ahad, 7 Julai 2013

Kesan Masalah Tiroid Buat Badan Kejang dan Menggigil selepas Pembedahan

Baru-baru ni saya dimasukkan ke wad atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Dalam wad tu saya bertemu dengan ramai kawan-kawan baru yang ada pelbagai masalah kesihatan. Terasa bertuah sangat sebab masalah saya taklah sebesar kawan-kawan dalam wad tu. Salah seorang yang jadi kawan baik saya adalah seorang wanita berbangsa India yang bernama Kaliamah. Saya tengok parut pembedahan masih jelas di lehernya akibat masalah tiroid. Sebenarnya dia dimasukkan kembali kerana kesan masalah tiroid buat badannya kejang dan menggigil selepas pembedahan.

Sekadar gambar hiasan.


Kenapa badan Kaliamah kejang dan menggigil?

Menurut Kaliamah, badannya kejang macam diserang strok, mulut senget dan badannya menggigil disebabkan selepas pembedahan badannya hilang jumlah kalsium yang sangat banyak. Tambahan pula dia menyusukan anaknya yang berusia setahun, jadi kehilangan kalsium bertambah cepat. Selepas dimasukkan ke hospital, badannya disalurkan kalsium dalam bentuk cecair melalui tiub ke tubuh dan juga terpaksa mengambil kalsium dalam bentuk tablet juga. Tiap-tiap hari dia dipantau, bila kalsium diberikan, barulah tubuhnya hilang kejang dan tidak menggigil lagi.

Nak Hadiahkan Ostematrix buat Kaliamah


Walaupun saya cuma berada 3 hari di hospital tapi terasa macam sudah lama mengenali Kaliamah. Macam-macam yang kami bualkan. Masa yang terhad membuatkan saya tak sempat menghadiahkan Kaliamah sebotol Ostematrix. Kenapa saya nak hadiahkan Ostematrix? Kerana Ostematrix sumber kalsium terbaik, yang lengkap dengan vitamin D dan Magnesium yang mudah diserap oleh badan tanpa meninggalkan kesan sampingan pada tubuh. Lagipun Ostematrix ni daripada sumber semulajadi. 1 biji ostematrix = 80 biji badam = 1 gelas susu berkalsium tinggi. Mungkin kalau bertemu lagi dengan Kaliamah saya akan hadiahkan kepadanya, saya kesiankan Kaliamah sebab dia selalu risau akan masalah kesihatan dirinya disebabkan anak-anaknya yang masih kecil. Tunggulah Kaliamah, kalau ada rezeki, Ostematrix akan jadi milikmu!



Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854

Sabtu, 2 Mac 2013

Tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium

Mungkin ramai yang tak sedar tubuh mereka kekurangan kalsium. Kekadang corak pemakanan kita yang lebih mementingkan rasa dari khasiat menyebabkan masalah itu terjadi ditambah lagi dengan faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin pengurangan kalsium pada tubuh. Pada umur 20 tahun, kalsium pada tubuh manusia akan mengurang sebanyak 1% dalam setahun, pada umur 50 tahun jumlah kalsium akan menyusut lagi sebanyak 30% dan kehilangan kalsium boleh mencapai 50% pada umur 70 tahun. Berikut adalah tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium.

Adakah anda ada tanda-tanda dibawah?

1) pada otot dan saraf:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
  • Kejang otot 
  • Wheezing(pernafasan berdehit) 
  • Susah menelan 
  • Suara berubah akibat laryngospasm



2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
  • Letih 
  • Sawan 
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal


3) pada jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat

4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum: 
  • Kekejangan atau "kram" otot 
  • sukar/susah nak tidur 
  • Perasaan berdebar-debar 
  • Eczema (penyakit kulit) 
  • Rapuh kuku 
  • Sakit Sendi 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Gigi reput 
  • Paras Kolestrol tinggi 
  • Kebas-kebas kaki dan tangan 
  • Rheumatiod arthritis 
  • Rickets



RETAIL PRICE EM/WM : RM61.00 (120 BIJI)



Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama magnesium, vitamin D dan zink. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran ketiga-tiga unsur itu . Kekurangan magnesium pula memberi kesan kepada kemampuan tubuh untuk mengawal penggunaan kalsium. Dicadangkan mengambil Ostematrix kerana ia lengkap dengan kalsium, vitamin D, Magnesium dan Zink. 


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Testimoni: "Suami tak mengeluh kaki lenguh lagi"



Untuk info lanjut mengenai Ostematrix hubungi:

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call:013-2995854
Free Auto Malaysia Backlinks